Pages

Tuesday, July 31, 2012

First Time Naik Escalator


Bila agaknya anda mula naik escalator? Macam mana keadaan pada masa itu? Ini video bagaimana berlaku kepada sorang yang dah berusia menaiki escalator di satu pasaraya.



 Naik badan!!

Nak lawan parking ya!!


Hahaaaaahah kelakarnya....pdn mk die amk parking org hahha. dua2 xleh kuar ni...Tapi nak tahu lihat video di bawah.

Ok nak lawan parking ya? Lihat siapa tak boleh keluar!!

Monday, July 23, 2012

Azab api neraka..


Pada malam nabi di Israk dan Mi'rajkan maka nabi telah diperlihatkan kepada syurga dan neraka. Apabila nabi melihat syurga maka orang yang paling ramai menghuni syurga adalah orang fakir dan miskin. Manakala di neraka pula orang yang paling ramai menjadi penghuni neraka adalah kalangan wanita.
Firman Allah S.w.t di dalam Surah An-Nisaa' ayat 56-57:

Mafhumnya :

"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat kami, kelak kami akan masukkan mereka ke dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka hangus, kami gantikan kulit yang lain untuk mereka supaya mereka dapat merasai azab sengsara itu (Ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"

"Dan orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Mereka beroleh di dalam syurga itu pasangan-pasangan atau isteri-isteri yang suci, serta kami memasukkan mereka ke tempat yang teduh (lagi nyaman) yang berkekalan"





Allah s.w.t telah menceritakan mengenai cara penghuni neraka itu diazab. Apabila kulit tubuh mereka hangus terbakar, kulit yang baru akan tumbuh dan tubuhnya dibakar lagi sehingga hangus. Kemudian tumbuh lagi kulit yang baru dan dibakar lagi, dan begitulah seterusnya mereka diseksa berulang-ulang dengan penuh kesakitan. Perlu diingat bahawa penghuni neraka tidak akan mati kerana azab siksaan yang berterusan. Segalanya untuk merasai kesakitan dan kepedihan yang berterusan


Saturday, July 21, 2012

Selamat menyambut Ramadan & Takwin berbuka


Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak 1433 hijrah. Jadikan puasa tahun ini adalah yang terbaik untuk puasa-puasa yang tersedia. Allah telah menjanjikan melalui hadis Nabi s.a.w. Abu Hurairah radhiallaahuanhu meriwayatkan, Rasulullah sallallaahu’alaihiwassalam bersabda, “Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang Ramadhan itu, dibuka semua pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka, dan syaitan dibelenggu. (Hadith Riwayat Ahmad, An-Nasai’ dan Baihaqi)


Takwin kawasan Dungun/Kemanan


Takwin untuk seluruh Terengganu

Tuesday, July 17, 2012

Wang baru Malaysia Bernilai RM3


Wang kertas baru mula berada dalam pasaran Isnin 16 Julai 2012. Tapi malangnya tak ada nilai untuk RM3. Oleh itu ada yang kreatif menghasilkan wang kertas RM3 (RM2.50 + 50 sen).

Pasukan Bomba di China


Tak cukup peralatan. Peralatan tak boleh berfungsi dengan baik adalah alasan untuk mengelak daripada membuat kerja. Bagi yang nak bekerja itu semua bukan alasan. Kesungguhan, kegigihan dan kecekalan adalah segala-segalanya.

Di China memang ada masalah peruntukkan, tak membuat masyarakatnya malas untuk melakukan kerja. Jangan hairan sebab apa kaum China ada di serata dunia!!!

Guru perlukan pengetahuan IT


Sekarang dunia it berkembang dengan pesat. Jika guru tak mahu bersama guru akan ketinggalan. Nak tak nak guru mesti tahu dan mencuba semua perkembangan baru berhubung dengan peralatan it.

Tahun 1994 saya pernah mencuba untuk mengeluarkan slip peperiksaan secara 'printed', ramai yang menentang kerana mereka lebih selesa dengan buku kemajuan yang diisi secara manual. Tapi sekarang sudah tidak menjadi masalah malah semuanya secara online.


Jangan sampai anak murid lebih pandai daripada guru....

Solat kena buat Full Time

Hari ini dapat tag di wall Facebook oleh Cg Mazharudin, cantik stiker berkenaan solat tapi designnya sekadar kartun ringkas. Aku ubah sikit untuk dikongsi bersama.

Semoga Solat yang kita lakukan akan menjadi lebih bermakna kalau boleh kita buatlah OVER TIME.. takkan itu pun tak boleh dibuat berbanding dengan duit!! 

Nak Resize Imege dengan cepat dan mudah..


Apabila guna kamera 16 megapixel, saiz gambar besar dan bila nak masukkan ke internet perlukan banyak masa. Rasanya di internet ini 1 megapixel dengan 1024 x 768 pixel pun sudah cukup besar.

Masalah yang berlaku ialah nak kecilkan saiz (resize). Apa program yang paling sesuai? Kalau guna photoshop tak sesuai pasal makan masa. Dulu saya guna picasa yang diberikan oleh google secara percuma. Tapi picasa perlu beberapa step..


Akhirnya saya dapat satu software free iaitu Image Risezer For Windows. Program kecil hanya 887KB sahaja tapi cukup mudah buat kerja. Dia keluarkan menu pada sebelah kanan bila kita guna "right click mouse". Lihat seperti rajah di bawah.


Boleh kecilkan semua fail dalam satu folder pada folder asal dan tak perlu rename kerana software ini akan berikan nama secara automatik. Saiz untuk kecilkan itu boleh di customkan!!


Pilihan untu setting walaupun tak banyak tapi cukup friendly...



Anda boleh dapatkannya di http://imageresizer.codeplex.com/ selamat mencuba...




Membuang Bayang Cahaya Matahari


Antara masalah kepada pengguna kamera ialah mengambil gambar sebarang tanpa mengira sudut cahaya. Akibatnya gambar terlindung dengan bayang. Kamera compact digital pula 'main' auto flash dan pengesan cahaya sekadar mengesan cahaya pada sekitar juru kamera sedangkan objek terlindung cahaja.

Gambar di atas adalah contoh bagaimana kesan bayang menyebab rupa objek tidak dapat dikesan. Adobe Photoshop mempunyai ciri-ciri untuk membetulkannya.
Pilih Images ---> Adjustments ---> Shadows/Highlights.



Pilih untuk shadows misalnya 70% dan highlights amount 0. Hasilnya seperti di bawah.


Bagaimana nak hilangkan bintik hitam pada perahu dan batu pada pasir di belakang gambar budak perempuan ini?

Pergi ke Tool, pilih "Spot Healing Brush Tool" dan pilih saiz brush yang sesuai dengan menekan kekunci [ atau ] dalam proses membesar atau mengecil. Select kawasan batu dan tunggu seketika. Lihat batu hilang. Lihat gambar di bawah.

Begitu juga untuk poko kelapa, proses yang sama dilakukan.



Kemudian buang sebatang lagi pokok kelapa. Lihat hasilnya seperti di bawah.


Saya rasa cukup hari ini untuk satu tips ringkas menggunakan fungsi "shadows/Hightlights" dan "Spot Healing Brush Tool" Kalau ada masalah boleh bertanya saya dalam kelas ICTL nanti.



Buat tulisan belakang bukit tanpa menggunakan layer


Setiap kali mengajar atau memberi kursus photoshop, saya suka 'buka minda' (dalam p&p di sebut set induksi) dengan bertanya bagaimana nak masukkan teks di belakang bukit tanpa menggunakan layer. Ya iaitu memasukkan gambar pada 'layar background' pada photoshop. Kita tahu antara kelebihan photoshop dan dia boleh mengalahkan corel photo paint atas dasar layer. Konsep layerlah membuatkan photoshop begitu hebat...

Lihat contoh gambar di atas, saya masukkan perkataan kursus di belakang bukit pada gambar satu layer sahaja iaitu layer background. Bagaimana?



Anda boleh ambil dan copy gambar ini untuk mencuba.



Taipkan perkataan "LEPAR PELURU" pada satu sudut. Guna warna yang contrast dan sebaiknya buat stroke di keliling teks.


Double klik pada layer untuk paparkan 'Layer Style' atau pilih menu Layer ---> Layer Style ---> Blending Options. Lihat seperti rajah di atas.


Kemudian lihat menu "Underlying Layer" dan setkan kepada 145 misalnya. Lihat seperti panah di atas. Lihat teks 'Lepar Peluru" akan tenggelam di bawah pokok dan bangunan. Ini menggunakan konsep 'blend' pada RGB color.


Hasilnya adalah seperti berikut.



Untuk tugasan dalam kelas nanti anda akan diberikan gambar ini. Cuba masukkan teks;
1. di belakang pokok sebalik sungai
2. dibelakang pokok sebelum bukit dan
3. di belakang bukit



Ini adalah contoh no. 2

Selamat mencuba.

Manipulasi warna dalam Photoshop


Ramai orang suka bergambar untuk Facebook dengan pelbagai gaya. Sebahagiannya nak tunjuk cantik atau lawa. Walaupun ada yang berniat selain daripada itu. Gambar kadangkala tidak mengambarkan realiti. Orang Terengannu sebut "ma'kang gambar" dan "dok ma'kang gambar".. maksudnya tak fotogenik.

Saya cadangkan yang suka sangat nak tunjuk ex gambar dia di FB gunalah photoshop ubah kening, mata, muka jadi macam anak ayam yang selalu di jual di pasaran yang biasanya datang daripada Thailand atau China.


Penjualan anak ayam berwarna di pasar di Negara China


Walaupun kita tahu ayam China atau Siam tu di suntik telurnya dengan pewarna dan ditutup dengan lilin sebelum di'ram'. Sehingga anak ayam itu menjadi berwarna dan tahi ayam itu pun berwarna. Tapi warna ini tak kekal sehingga membesar... sama macam orang warnakan rambut...

Anak kucing di atas tak di suntik dengan perwana sebab kucing tak bertelur!! Kecuali ada teknologi perubatan moden boleh suntik telur sperma dengan pewarna!

Di bawah adalah gambar asal kucing di atas.

Gambar asal sebelum diubah dengan Photoshop
Bagaimana anda nak ubah gambar kucing di atas kepada warna yang dikehendaki.

Mula-mula pilih select tool menggunakan samada Lasso Tool, Magnetic Lasso Tool atau Quick Selection Tool untuk menandakan mana-mana anak kucing untuk di tukar warnanya. Misalnya kita select untuk anak kucing yang ketiga.



Kemudian pilih Images ---> Adjustments ---> Replace Color... Lihat menu seperti di atas.


Kemudian guna pick untuk ambil warna yang nak di tukarkan dan tukar melalui 'Hue'. 'akjus' Hue untuk dapat warna yang dikehendaki.


Akhir tukar semua warna anak kucing mengikut kehendak anda.

Saya pernah menggunakannya untuk menukar baju anak saya untuk beberapa sesi gambar kebetulan masa itu di kuburan. Hasil gambar adalah seperti di bawah...

Orang yang sama dengan baju sama, tapi posisi berlainan

Tahun ini saya tak mengajar Tingkatan 1, rasanya pelajar Tingkatan 1 di SMKTIZ boleh menjadikan satu daripada aktiviti subjek ICTL selain daripada apa yang telah diajar oleh cikgu anda. Kemahiran asas photoshop seperti ini sepatut sudah ada pada pelajar Tingkatan Satu supaya anda akan menjadi lebih mahir dan daya kreativiti yang tinggi bila anda meningkat usia nanti...

Selamat mencuba.


5 Cara Untuk Hilangkan Objek Dengan Adobe Photoshop..


Antara yang menarik dalam Adobe Photoshop ialah menghilangkan objek yang tidak dikehendaki. Paling saya suka dalam hal ini ialah Adobe Photoshop. Perkembangan Photoshop juga mempengaruhi sejauh mana kecepatan sesuatu objek itu dibuang, kehalusan gambar yang dibuat selepas objek tidak dihendaki dibuang.

Lihat gambar di bawah, saya telah membuang bola tersebut dengan salah satu daripada kaedah-kaedah yang boleh dilakukan. Saya akan tunjukkan satu persatu kaedahnya dan anda boleh mencuba. Setiap kaedah ada kelebihan dan cara menggunakannya. Hanya kita boleh pilih mana yang sesuai dengan objek dan gambar yang hendak diubahsuai.



1. Clone Stamp Tool

Ini kaedah yang agak tua, semenjak photoshop versi yang awal. Caranya mudah aje kita pilih sahaja latar belakang gambar yang hampir sama dengan latar objek yang nak dibuat. Tekan kunci Alt + klik pada mouse kawasan latar itu, sapukan kepada bola akhirnya objek bola akan hilang diganti dengan rumput. Lihat rajah di bawah.


2. Spot Healing Brush Tool

Pilih Spot Healing Brush Tool. Besar atau kecilkan saiz brush dengan menggunakan key "[" mengecil dan "]" membesarkan saiz. Selalu orang tanya saya kenapa saiz bulatan brush (defaultnya bulat) tidak kelihatan, hanya tanda pangkah aje. Tanda pangkah berlaku jika Caps Lock di On. pastikan kunci Caps Lock di Off.

Anda boleh juga memilih Healing Brush Tool (HBT) dan bezanya dengan Spot Healing Brust Tool (SHBT) ialah anda kena tanda kawasan latar, yakni rumput untuk di'klon' pada bola tersebut. Konsep ini hampir sama dengan Clone Stamp Tool.

SHBT pula akan mengambil latar sekitarnya untuk memandang objek yang tidak dikehendaki. Biasa diguna untuk mencuci objek muka yang ada jerawat, bintik hitam atau tahi lalat...


3. Patch Tool

Jarang orang mengguna kaedah ini. Walau bagaimanapun kaedah ini mudah jika anda sudah mahir. Bila kita klik butang Patch Tool, kita tandakan kawasan objek bola yang nak dihilangkan. Tanpa mengubah setting sedia ada (pada menu pop untuk patch tool) iaitu normal dan source... kita gerakkan aje mouse ke kawasan yang dikehendaki sebagai ganti sehingga imej bola itu hilang dengan latar rumput kita klik mouse, tunggu seketika dan bola akan hilang dengan rumput.

Jika kita tip pada 'transparent' imej boleh dan rumput akan bertindih hampir sama dengan kaedah 'overlay'. Jika kita tukar source kepada 'Destination' pula bola itu bukan hilang tetapi satu lagi bola akan muncul di tempat distinasi yang kita tuju.

Bola bayang rumput (overlay) jika pilih transparent

Jika pilih "Destination" bukan 'source" bola diklon bukan dipadam

4. Fill dengan Content-Aware

Bila kita pilih menu Edit --> Fill dan Pilih Content-Aware. Content-Aware ini hanya ada pada versi Photoshop CS5 ke atas sahaja.

Saya pernah memberi kursus kepada peserta berkenaan Adobe Photoshop, kebetulan ada perserta kursus sudah mahir photoshop dan menggunakan CS4. Slot pertama installation, peserta berkenaan tak install pun versi CS5.1 yang saya berikan. Masuk slot berkenaan edit pada hari berikutnya dan saya menunjukkan kelebihan versi CS5 barulah nampak dia ambil DVD Installation untuk mengantikan CS4 kpada CS5.

Banyak ajaran karut dalam software, misalnya dulu ada yang kata Photoshop 7 lebih baik daripada CS atau CS2. Saya tak banyak komen tapi rasanya orang yang bercakap itu kaku menggunakan CS atau CS2 pasal banyak 'shortcut key' telah ditukar.

Fenomena yang sama juga berlaku pada CorelDraw dengan menggatakan CorelDraw 10 lebih baik daripada CorelDraw 11 atau 12. Saya pernah menukar versi ini di sebuah kedai percetakan akhirnya tokey kedai telefon saya minta saya tukar semula kepada CorelDrwa versi 10. Saya tanya sebab apa, dia kata tak boleh buat duplicate (satu fungsi yang bagus dalam coreldraw ialah bila kita nak buat invoice kita buat garis pertama just tekan Ctrl + D terus dia copy berapa line invoice itu nak dibuat).

Saya tunjukkan konsep menu pop yang ada pada CorelDraw versi 12 itu lebih baik daripada versi 10 barulah dia akur.

Saya terbaca satu 'tutorial' tulisan Zulkiply Harun dalam lamannya berkenaan dengan tips photoshop yang ditulis CS2 dan CS3 beta. Banyak tutorial yang diberikan bukan kaedah CS2 atau CS3. Misalnya memasukkan imej pada teks yang memerlukkan beberapa langkah sedangkan kalau kita menggunakan CS3 "hanya satu step sahaja".

Aku kita masuk kepada kaedahnya. Mula-mula pilih Lasso Tool atau seangkatan dengannya dan lakar kawasan tepi bola. Kemudian pilih Fill daripada menu Edit. Paparan pop akan keluar seperti gambar di bawah. Tekan aje ok.


5. Content-Aware Move Tool

Ini hanya pada Photoshop CS6 sahaja. Saya rasa pembaruan kepada Fill pada CS5. Tujuan asalanya ialah untuk move objek. Menunya ada bersama dengan HST dan Patch Tool. Jika kita pilih Content-Aware Move Tool dan kita lakarkan kawasan boleh kita gerakkan mouse ke kawasan lain bola itu akan berpindah tempat. Lihat contoh di bawah.



Habis bagaimana nak padamkan bola itu?

Cara yang sama, tapi jangan gerakkan mouse, sebaik sahaja kita lakarkan kawasan bola kita terus tekan butang delete. Paparan macam Fill macam kaedah 4 akan keluar terus kita tekan ok. Bola itu hilang.

Itu lima cara, mungkin anda ada kaedah lain, boleh kita berkongsi bersama. Selamat mencuba.