Pages

Thursday, September 27, 2012

Bagaimana Untuk Setting Bridged Pada Modem 3-in One



[update ke-2 - 10.20 pagi] Beberapa hari lalu talian internet sekolah aku mengalami masalah, dua kali juruteknik call aku kata semua kawasan tak ada internet. Malam tu aku ke sekolah, aku setting semua sekali network. Ada aku tulis dalam blog ini pada artikel "Setting Network di sekolah aku - Part 1". Aku tak cerita bahawa 8 port switch rosak dan satu 'modem/router/wireless Cisco' (linksys) juga rosak port RJ11 (DSL) menyebabkan aku terpaksa beli satu lagi modem 3-in one TPLink.



TPLink modem jenama baru harganya pun tak sampai RM100. Modem ini adalah untuk bekalan line tambahan Streamyx ke sekolah. Kalau tak hanya guna line Schoolnet sahaja. Bukan apa ada line streamyx banyak perkara boleh buat sebab tak ada sekatan aksesnya. Line streamyx aku tak buka kepada pelajar dan limmited untuk guru (guru aktif sahaja tahu passwordnya). Line ini juga digunakan untuk buat backup jika Schoolnet down...

Kebetulan hari ini aku ke makmal sains untuk menyelidik penyataan pengetua bahawa ada makmal sains yang mempunyai 3 skrin projektor. Wah menarik... tu. Memang sah ada nanti aku cerita dalam artikel lain. Bila aku semak satu akses point (sebenarnya router wireless) di makmal sains, router wireless itu rosak. Kena beli baru lagi.... "Tak apa sekolah duit peruntukkan pembaikian banyakkan" dalam hati aku.

Tapi kita dah biasa berjimat cermat, entah tadi terfikir bagaimana nak setting modem dengan 4 port itu menjadi bridged yang berfungsi sama dengan router wireless.


Konsep router wireless ialah kabel network yang ada line internet daripada punca internet di masukkan ke port WAN dan 4 port LAN serta wireless akan menghantar bekalan internet ini ke alatan seperti pc dan lain-lain.

Konsep moden ialah bekalan internet daripada RJ11 (talian telefon)/DSL akan dihantar ke 4 port LAN dan wireless.

Apa yang kita nak buat sekarang ialah moden yang rosak RJ11 (DSL) boleh menerima internet daripada sumber lain melalui salah satu 4 port LAN. Fungsi ini hampir sama dengan router wireless sedia ada. Konsep yang sama juga boleh digunakan jika WAN pada router wireless rosak. Kita hanya guna 4 port LAN yang sedia ada.



Kabel network (putih kepala biru) adalah datang daripada salah satu switch yang telah ada bekalan line schoolnet. Kabel network kuning pula di sambung ke notebook aku.

Cara settingnya adalah seperti di bawah. Sebelum setting pastikan kabel putih dicabut dulu. (semua gambar pada blog aku boleh diklik jika nak besarkannya)



Pilih Bridged pada Encapsulation. Pilih LLC pada Multiplexing. Pilih automatically IP jika kita buat DHCP IP untuk kabel network putih kepala biru tadi.


Pastikan isi DNS Server. Kalau tak tak dapat internetlah... hanya boleh network sahaja!! Yang ditunjuk tu DNS Schoolnet, kalau streamyx gunalah 202.188.1.5 dan 202.188.0.132 atau 133. Kalau nak guna DNS Google pun tak apa 8.8.8.8 dan 8.8.8.4


IP configuration akan menjadi sepeti ini... Walaupun IP pada alat itu adalah 192.168.1.11 (default) bila kita nak masuk dan setting tapi kita akan dapat IP yang diberikan oleh satu rangkain network lain seperti sekolah saya 10.110.226.100. Inilah dia Bridged iaitu jambatan antara dua rangkaian network yang berbeza!!

Wallahhualam, entahlah aku pun main cuba-cuba aje, tapi alhamdulillah berhasil. Mungkin membantu anak murid aku yang ramai berkeliaran dan ada yang suka mengganas dengan alatan internet!!

Ok nak buat analisis keputusan peperiksaan pertengahan tahun pula. Semua markah cikgu sekolah aku dah key-in. Tahniah!!! masa cuti pun masih rajin datang ke sekolah untuk key-in markah! Inilah dia cikgu zaman sekarang.... zaman orang kata gaji cikgu banyak!!! (kerja banyak orang tak heboh!)

Betul ke bayi tak tenggelam dalam kolam?


Betul ke bayi tak tenggelam dalam kolam kerana ada daya ampungan mengikut prinsip achemides? Lihat vidoe di bawah ini. Sanggupkah anda buat begitu kepada anak orang lain? Bagaimana kalau anak anda sendiri? Apakah anda nak katakan kepada ibu bayi ini?




Tuesday, September 18, 2012

Gian nak merokok


Cara alternatif untuk untuk menyelesaikan masalah. Tapi jangan tiru. Silap hari bulan bertambah GELAP!!


Sunday, September 16, 2012

SPSS dan sejauh mana boleh dimanafaatkan?



SPSS atau 'Statistical Package for the Social Sciences' telah mula dikeluarkan untuk versi pertamanya pada 1968 oleh Norman H. Nie dan C. Hadlai Hull. Kira sudah terlalu lama. Aku mula kenal SPSS pada tahun 1994 iaitu versi SPSS 6.0 for DOS.

SPSS ini biasa diguna oleh orang yang belajar Master atau PHD. Macam aku yang belajar hanya 'sekerat jalan' (tak habis belajar kerana berhenti atau dibuang) mana kenal SPSS di U. Tapi nasib aku baik, aku kenal masa di sekolah.

Aku di perkenalkan SPSS bila aku terlibat dengan "geng kajian" yang dipopulari oleh Pn Hajjah Salmah Mohd Tahar (sebelum ini pengetua di SMK Paka dan sekarang berada di Melaka). Aku ada ikut sedikit kursus SPSS for DOS oleh cg Shamsuddin (Soden) kebetulan masa itu dia mengajar di SMK Pulau Serai dan sekarang berada di Kementerian Pelajaran.

Ya Allah semuanya guna arahan dan simbol macam belajar FOTRAN (Satu drp bahasa komputer untuk saintifik), aku mula boring. Aku jenis muda darah panas mana boleh susah-susah. Aku tanya ada tak yang windows punya? Mereka kata tak ada.

Masa tu aku pesan kepada Zaimi (ingat artikel aku sebelum ini pasal Allah bertempat - sila klik) jika ke Imbi (masa tu Lowyat belum ada) tolong cari CD Installer SPSS 6.0 for Windows. Al Hamdulillah ada CD "Master Installer" dan harga CD masa itu sekeping RM30.

Bila dapat tu baru rasa bertapa mudahnya SPSS.

Bila team "Kajian Tindakan" berpecah, mereka cari orang yang boleh SPSS aku dimasukkan dalam team berkenaan untuk bahagian komputer. Sangat seronak bekerja dengan Tuan Haji Mohd Tawang dengan kepintaran dan kecerdasannya dalam banyak hal. Pn Zailah yang kritis dan ramai lagi seperti Man Putih, Loh Othman (sekarang PPD Dungun) dll, semuanya hebat belaka.

Selain team Terengganu, kami juga ada team Dungun yang diketuai oleh Pn Salmah Mohd Tahar, Tg Halim, cg Rokiah dl masa tu Pn. Salmah sebagai Ketua Bidang Sains.


Contoh data yang kami masuk untuk kajian buku teks kerana masa itu ada isu pelajar bawa beg berat ke sekolah. Data kajian ini dalam format SAV masih aku simpan sampai sekarang. Paparan di atas adalah data tersebut aku buka dengan versi 20 sedangkan masa aku buat kajian aku guna versi 6.0


Secara peribadi aku jadi 'bengong' bila lihat versi baru ini yang aku dowload seminggu yang lalu. Versi 20 lebih kurang 925MB. Kecanggihan buat graf dengan mudah membuat correlate merasakan aku perlu belajar semula SPSS.


Ini muka depan Kajian Buku Teks aku. Dulu aku guna Lotus Wordpro 9.8 100% dan aku bukan pengguna Microsoft Word.


Walaupun aku bukan pengguna Word aku kena juga taip dengan word pasal "puak Terengganu" masa tu guna Word. Hanya "puak Dungun" aje guna Amipro atau Wordpro.


SPSS masa itu bukan sahaja aku guna untuk kajian-kajian khusus tetapi aku guna juga untuk mata pelajaran aku misalnya FIZIK. Fizik kertas satu ada 40 soalan yang dipelajari oleh 61 orang pelajar daripada 3 kelas, semuanya aku masukkan data dalam SPSS.

Maksud aku setiap kertas jawapan pelajar dan apa yang dijawab semua aku jadikan data untuk aku kaji dengan program SPSS.

Daripada data itu aku keluarkan hasilnya.


Lihat pada contoh di atas. Misalnya soalan nombor 18 iaitu berkaitan dengan Separuh Hayat radioaktif. Daripada 61 pelajar, 12 menjawab A, 22 menjawab B, 2 orang menjawab C dan 25 menjawab D.

Jawapan yang betul ialah B. Ini bermakna 22 orang daripada 61 orang pelajar menjawab betul. Secara ringkasnya aku masih gagal memberikan kefahaman tentang separuh hayat kepada pelajar aku. Daripada situ aku baiki cara aku menyampaikan pengajaran. Al Hamdulillah dengan cara ini aku menguasai mata pelajaran Fizik yang aku mengajar.

Daripada soalan 18 tadi juga ada dua pelajar 'bengong' jawab C. Aku drill data untuk mengetahui siapa dua orang ini yang terbabas dalam pengajaran aku. Jadi mudahlah aku nak pulas kepala ke atau nak 'dera' sampai dia tak lagi menyeleweng dalam pengajaran aku.

Perkara yang sama juga aku pernah buat dalam subjek Matematik Tingkatan 3. Ada seorang pelajar aku semasa menjawab berapa bilangan paksi simetri pada satu daun. Dia jawab 32. Hampir 15 minit aku fikir kenapa dia pilih 15. Rupanya dia bilang petak luas pada daun itu kerana diaun itu dilukis pada kertas graf. Baru aku tahu dia ni tak tahu "Menatang apa Simetri".

SPSS banyak membantu aku pada masa itu. Malah seingat aku ada 2-3 orang yang melanjutkan pelajaran ambil master dan PHD datang ke rumah aku untuk belajar SPSS. Ada daripada Dungun dan ada juga daripada Kuala Terengganu dan membuatkan aku hairan bagaimana dia tahu aku tahu SPSS.

Oleh kerana masa singkat, aku tolong dia masukkan data dan buat report sehingga Pn. Salmah "mengajing" (perli) "cg Zul doh payah belajar ambil master dia dah buat master!!"



Bila ku meningkat usia dan aku juga sibuk dengan bukan tugas sebagai guru di sekolah, akhirnya aku menjadi guru sekadar menghabiskan selibus sahaja, aku bukan pendidik lagi!! Pengajaran aku mula dah tak ada uhmpp!!

SPSS pun sudah menjdi kenangan untuk nota yang tercicir.....

Oh ya, belum aku akhiri tulisan ini, ada yang nak tahu kenapa aku tiba-tiba boleh tulis pasal SPSS. Sebenar tadi aku telefon cg Anuar Ishak (sekarang ini pengawai ICT di PPD Setiu), dia beritahu bahawa ustaz Mahadi (sekarang pengawai IT JPNT) sedang beri kursus SPSS untuk sektor ICT dan Maklumat. Terlintaslah kenangan lama dan aku rasa macam nak belajar semula SPSS. Kenapa orang selalu terlintas aku bila nak suruh aku mengajar dan mereka tak pernah terlintas nama aku bila nak suruh aku belajar!!!


Bagaimana membuat shortcut "Windows Switcher" pada Windows 7


Semasa saya format Notebook Cikgu Mahmood, saya install windows vista ultimate dan saya dapati windows switcher cukup menarik ada sedikit semacam apple.

Saya sebenarnya kurang biasa dengan Windows Vista, kerana sebelum ini semasa saya menggunakan vista pada notebook tablet, saya terus guna windows 7 RC versi percubaan hampir setahun sebelum dilancarkan.

Saya cari dan dapati sebenarnya Windows Swicther ada untuk versi 7 tapi dihiddenkan dan kita akan ketemuainya jika kita buka hide pada folder option.

URL untuk mendapatkan Windows Swicther ialah;

C:\Users\"nama_akaun_start_windows"\AppData\Roaming\Microsoft\Internet Explorer\Switch between windows

Saya membuat pencarian di internet dan ada cara lain lebih mudah adalah seperti berikut yang boleh dikongsikan bersama;

1. Buat shortcut



Klik sebelah kanan mouse buat satu shortcut seperti gambar di atas.

Copy url ini, C:\Windows\System32\rundll32.exe DwmApi #105 pada type of location kerana ini adalah singkatan cepat ke "windows swicther". Lihat gambar di bawah sebagai contoh;




Kemudian namakan shortcut ini dan klik pada finish. Lihat gambar sebagai panduan.



2. Membina Icon

Klik sebelah kanan mouse pada ikon tadi dan pilih properties. Lihat gambar di bawah


Seterusnya pilih Change Icon. Lihat gambar di bawah;



Kemudian masukkan URL ini C:\Windows\System32\imageres.dll pada Look for icon. Lihat gambar di bawah sebagai panduan.


3. Pin Pada Taskbar

Drag ikon berkenaan pada taskbar. Pinkan di situ untuk memudahkan penggunaannya. Lihat gambar di bawah;


Selamat mencuba, terima kasih.

Bagaimana membuka semula fail dalam pendrive anda yang hilang?

Artikel saya dah tulis dalam laman sekolah http://www.aizek.net/. Oleh kerana saya dah mula untuk berblog semula saya rasa semua tulisan saya harus ada dalam blog, just saya copy & paste aje di sini...

Saya selalu didatangi oleh cikgu yang mengatakan failnya (terutama fail microsoft word) hilang dan ada sesetengah PC failnya nampak tetapi kelabu dan kebanyakkan PC tidak nampak seolah-olah kosong sahaja pen drivenya.

Biasanya Cikgu Zam akan menyelesaikan masalah ini dan boleh dikata hampir setiap hari masalah yang sama kami terpaksa selesaikan.

Oleh itu terfikir saya untuk menulis di sini supaya cikgu atau mana-mana pembaca laman ini yang mengalami masalah yang sama boleh menyelesaikannya sendiri.

Perkara ini berlaku kerana ada virus pada PC yang digunakan membuatkan fail berkenaan tidak dilihat (hidden). Lihat pada rajah di bawah.




Ada beberapa cara mengatasi masalah ini.

CARA 1

1. Klik Start --> pilih Run --> taip cmd



Kemudian klik OK dan paparan seperti berikut akan kelihatan.



Jika pen drive ada berada pada G misalnya. Taipkan G: kemudian enter. Selepas itu taipkan perkataan ini

attrib -r -a -s -h /s /d

Kemudian enter

Insya-Allah fail yang hilang akan nampak semula. Selamat mencuba.

CARA 2

Cara ini ialah membuatkan satu fail mengatasi masalah ini jika berlaku lagi.

Mula-mula buka notepad. taipkan perkataan ini dalam notepad tersebut.


attrib -r -a -s -h /s /d
exit

Savekan fail berkenaan dengan nama misalnya unhide.bat

Masukkan fail ini dalam pen drive kemudian klikkan pada fail ini. Tunggu sehingga selesai dan folder msdos ditutup sendiri. Kalau lambat bermakna ada banyak fail. Insya-Allah semua fail akan kembali kepada keadaan asal.

Selamat mencuba.

Font seakan-akan jawi yang cantik

 
Saya pernah menulis di http://www.aizek.net/ untuk artikel ini dan rasanya baik juga diposting sama pada blog saya sendiri.

Saya ditanya oleh cikgu Zam berkenaan font semacam tulisan jawi. Saya beritahu dia dulu saya ada simpan tapi sekarang entah di mana. Banyak sangat PC sekolah yang saya guna dan saya juga ada satu tabiat suka berpindah tempat.

Rasanya sudah 4 atau 5 kali meja saya berubah. Sekarang saya duduk dalam bilik "frozen" (server). Mengigil dan bila pulang pukul 3.00 petang saya tak perlu buka air-cond kereta dan kadang kala lupa menyebab anak-anak yang diambil menegur kerana kepanasan...

Saya cari font berkenaan dan mungkin juga ada cikgu lain yang yang keinginan sama dengan font ini.

Anda boleh cari font terbaik di http://www.fontsy.com/


Ini adalah contoh font yang dicari oleh cikgu Zam, dan memberikan idea untuk saya buat head pada laman http://www.aizek.net/


Sila lihat perkataan Maklumat di hujung Jari anda...

Jika anda berminat boleh download di Menu Muat Turun pada laman ini atau cara mudah di sini http://www.aizek.net/v5/modules.php?name=Downloads&d_op=getit&lid=5

Nanti akan ada bagaimana pula nak masuk dalam PC setelah dimuat turun. Itu kena tanyalah sendiri. Kata perpatah Melayu, "Malu bertanya sesat jalan.."

Lalu cikgu zam mencelah, silap tanya kena 'jerkah'

Windows 7 tak genuine...


Hari terganggu lagi, windows 7 PC HP Pavalion Slimline saya, tak genuine. Ini adalah kali kedua selepas kali pertama tak genuine keluar paparan wallpaper hitam serta teks di sisi kanan memaklumkan bahawa "Windows Mung Ni curi oooi, belilah original" (dalam bahasa mudah)

Memang dasar kita walaupun barang itu adalah "curi" kita berusaha untuk menjadikan dia seolah-olah macam kita beli dengan Microsoft. Dan yang berikan alasan kononnya untuk menghalalkan cara "Ini Yahudi punya". Apa-apa alasan kita tetap salah!!!

Ada juga yang menyebut kepada saya "orang kafir punya tak apa" lalu saya menjawab selamba " ok malam ni, mari kita gi curi rumah cina". Jawapan ini terus mematikan hujah-hujah 'nakal'.


"Windows Experince Index" PC ini telah jatuh kepada 4.4 daripada asalnya 5.5. Rupayanya bukan ori mempengaruhi kelajuan PC.. Ini saya belum mengesahkannya.. tapi nak 'buat balah' dalam perbincangan aku rasa Ustaz Yusrie paling sesuai...

Removel WAT yang aku guna sebulum ini versi 2.2 tak berhasil.. Nak cari cara lain yang paling mudah. Bagaimana??

Akhirnya aku dapat satu maklumat daripada Mr. Google untuk paling mudah dan tidak begitu menyusahkan seperti kita buat untuk windows XP dengan membuang fail WGALogon.exe dan dll.

Cara yang paling baik ialah buang semula update Windows 7 berkaitan dengan Genuine ini..

Caranya ialah;

1. Sila pergi ke Windows Update


2. Pilih Installed Updates (linknya sebelah kiri bawah). Jika tak ada, pilih “view update history” dan pilih “installed updates” link sebelah atas.

3. Cari dengan membuat scroll ke bawah pada seksen bertajuk “Microsoft Windows” dan klik pada "update KB971033".

4. Klik sebelah kanan mouse, dan pilih “uninstall”. Pilih ok.

5. Reboot

Rasanya selepas itu tiadalah gangguan daripada pihak Microsoft.


Jika anda belum update lagi, berhati-hati dengan update for windows 7 KB971033. Kerana update ini untuk mengesahkan PC anda menggunakan Windows 7 ori atau tak.

Saya masih tak bersetuju dengan cara sesetengah dikalangan kita, yang mana dia matikan terus update windows bagi menyelesaikan masalah ini. Saya masih berpendapat update perlu bagi meningkatkan keupayaan PC kita.

Cara-cara lain yang boleh membantu mungkin;

Method of Removing Genuine Activation Message

1. Copy down these instructions into notepad and save it to your desktop.

2. Go to start -> hold shift and click run (If you do not see run, simply type run in the start menu’s search box and click it while holding shift)

Note: Holding shift while clicking run opens up run in administrative mode, which is necessary for this process.

3. Type in “command” or “cmd” and press enter.

4. In the command prompt window type or right click -> paste:

takeown /f “%windir%\System32\Wat\*”

5. Press enter

6. Type or right click -> paste:

icacls “%windir%\System32\Wat\*” /deny *S-1-1-0

7. Press enter and reboot.

NOTE: This method has worked for some people but not others.


If you have changed your Windows Key and want to re-validate:


1. Go to start -> hold shift and click run (If you do not see run, simply type run in the start menu’s search box and click it while holding shift)

Note: Holding shift while clicking run opens up run in administrative mode, which is necessary for this process.

2. Type in “command” or “cmd” and press enter.

3. Type the following or right click -> Paste:

%SystemRoot%\system32\Wat\WatAdminSvc.exe /run

4. Hit enter and reboot.


Selepas saya memberikan tips ini, saya pesan satu sahaja... "jika meniti nanti, jangan babitkan saya, nitilah seorang dengan beban sendiri..."

Bagaimana nak ambil semula fail terdelete yang tak direcover oleh Recycle Bin?


Menyimpan fail pada folder dalam my documents ada kemungkinan boleh terdelete terutamanya bagi mereka yang menukar setting check box untuk selected pada setiap fail. Saya sudah mengalami 3 kali dimana folder sudah terselect secara automatik jika kita keluar daripadanya terdelete sama dengan fail lain yang nak didelete.


Mungkin ada yang tak jelas apa dia "check box". Satu daripada kelebihan windows 7 yang mungkin juga membahayakan bagi mereka yang "terlalu cepat" dan kurang ambil perhatian pada notis tip amaran. (Ttak baca arahan.. ini pernah terjadi pada pengetua aku di Sarawak dulu yang hairan kerana saya yang dikategorikan tak pandai berbahasa Inggeris, tapi terlalu cepat membaca arahan yang keluar pada pc)

Arahan pada windows ini juga dikritik oleh "puak-puak linux" sebagai membodohkan sahaja. Saya paparkan setting pada folder option untuk check box.

















Anda boleh pilih check box untuk mudah select fail.

Hari itu saya nak delete beberapa fail, lalu saya select dan tekan butang delete, satu arahan tanya (biasa tak, tapi oleh kerana ada folder besar failnya yang tak mampu ditampung oleh Recycle Bin) tapi saya terus aje klik yes. Apa terjadi folder filem terdelete sama dan tidak boleh di recovers lagi oleh recycle bin kerana terlalu besar failnya..

Saya terdiam. Hampir beratus filem yang telah didownload terdelete. Dalam hati saya "Tuhan marah bulan-bulan puasa pun masih download filem" Dalam kekesalan, saya mencari iktiar bagaimana nak dapatkan semula filem berkenaan.

Windows 7 tak ada jalan nampaknya (mungkin saya masih belum jumpa, kalau ada pembaca tahu boleh maklumakan pada komen di artikel ini). Satu cara terbaik ialah bertanyakan Mr Google... Dulu saya guna GetDataBack untuk dapatkan semula fail yang hilang. Tapi cerewet nak mampus, kena cabut harddisk, dan prosesnya agak terlalu lama makan masa berjam-jam.

Akhirnya saya terjumpa satu program mudah dan simple shadowexplorer satu program yang cukup menanjukkan. Hanya sekadar install selepas kejadian (makna tak perlu install dulu) dan boleh ambil semula fail berkenaan dengan mudah dan cepat macam kita "copy and paste" macam biasa.


Programnya pula free. Kelemahan program ini tak boleh ambil fail daripada USB PenDrive. Anda boleh mencuba melihat kelebihannya.

Dulu zaman dos (sekitar tahun 1984) kalau kita terdele file kita hanya menggunakan PCTools 4.3 untuk edit semula failnya dimana file sebenarnya bukan didelete sekadar ditukar nama misal fail ToyStory3.avi ditukar kepada $oyStory3.avi. Rasanya konsep yang sama juga digunakan, hanya berbasekan windows.

Nampaknya 'download' filem lagi aku... he he he

Kod QR


Kod QR adalah sejenis kod bar generasi kedua. Sejenis 'penyimbolan' dua dimensi yang telah dibangunkan oleh sebuah syarikat di negara Jepun iaitu Denso Wave dan telah dikeluarkan pada tahun 1994. Kod QR dapat menyimpan maklumat lebih banyak daripada kod bar biasa kerana kod ini mengandungi maklumat secara menegak dan mendatar. Penggunaan Kod QR membolehkan maklumat dihantar dari dunia fizikal ke alam handphone.

Aku pun sebenarnya tak tahu sangat pasal kod ini, kebetulan semasa kita orang menjadi hakim "manipulasi" (pak kaduk) oleh pihak kerajaan Negeri Terengganu dalam pertandingan laman-laman Perlacongan Negeri Terengganu suatu masa dulu RizalHanafi ada membuka idea pasal perkara ini. (Nanti kalau ada masa aku akan tulis pasal hakim Pak Kaduk.. tapi nak tahu cerita panjang tanyalah Ustaz Mahadi.. dia Bapak Kaduk!!)

Dunia moden yang serba maju hari ini memerlukan data atau maklumat disimpan dalam bentuk yang lebih kecil tapi mempunyai ciri-ciri ketepatan, sistematik dan mudah. Oleh itu kod QR atau kod 2 dimensi ini boleh menepati kehendak semasa kerana maklumat boleh dicetak dalam saiz yang kecil tapi mudah dibaca.


Kod rekaan 2D ini sebenarnya direka untuk memudahkan dikesan dengan alat pengimbas.


Jika anda ada handphone yang agak canggih, anda akan jumpa QR kod dan boleh imbas kod yang aku buat di atas sekali. HP anda akan boleh baca URL blog ini dengan mudah. Selamat mencuba...

Oh ya aku terlupa..
sebelum tu engkau orang nak tahu juga macam mana nak cipta kod ini. Ini salah satu website yang boleh buat kod ini.

http://qrcode.kaywa.com/


Pendrive Kingston 256GB dari China


Semalam sepatutnya aku dah siap print slip Ujian TOV 2010 untuk tingkatan 3 dan 5. Tapi hanya siap ting 5 cikgu Zam tunjukkan aku pendrive 256GB. Mula-mula aku cakap tak boleh percaya kepada buatan China. Mungkin pendrive 8 atau 16GB sahaja dijadikan 256GB.

Buat format 'low lavel', pasti boleh tahu betul atau tak.

Aku terfikir mana ada 256GB, rasa-rasa mungkin 64GB sahaja yang paling besar. Bila aku semak di laman kingston.com terjumpa hanya 128GB sahaja. "Aku dah agak dah mesti tipunya"
Tapi bila ku buat semakan secara menyeluruh terjumpa model ini, Kingston dah keluar ini DT310 pada akhir 2009 dengan pada masa itu harga >< RM2000. Buatan China hanya RM80 sahaja.


Aku pun mulalah 'mengganas' pada pendrive itu untuk memastikan dia 'mampuhh!' tapi bila format ya Allah lama sangat, aku terus cabut. Selepas itu bila masuk semua Win7 minta format aku buat Quick Format ok semula.


Transfare data agak slow sikit read 20MB/sec dan write dia hanya 12MB/sec.

Dulu aku pakai pendrive 16GB pun aku dah rasa dia slow. Paling bagus hanya 4 atau 8GB sahaja. Stabil dan ok.. baik untuk buat OS didalamnya samada windows atau linux.

Tapi kalau untuk RM80 rasanya boleh 'mempejudikan' sebab semua installer aku daripada zaman "tok nenek" sehingga sekarang termasuk Pinnacle 14 boleh dimasukkan didalam pendrive sahaja. 16GB tu pun aku rasa terlalu ok nak letak installer. (Tok nenek tu termasuk program wordstar, profesional write, formtool, newsmaster, Lotus 123, dbase IIIPlus dll)


Aku tel Yusrie untuk tanya mana tahu dia ni tahu, pasal dia ni aku kategorikan antara yang 'ganas' boleh rosakkan alatan komputer.. he he

Dia pun macam aku juga tak terfikir dah ada 256GB dengan harga yang murah boleh mengalahkan haddisk stick!!