![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhJ3mvV9wlzaQ8gujFZUCkpJ404sRjxojM8AtIaYUr-BrKXoZZaBDaCyBANKrtJM9-5Xp6tkOFiS9t-QKroNTC0UYoEY_JH_2ZSYXxNIsZrq260XaWAEyPdY0eaWbfOIR8HFM5AfmQfQaQG/s200/Corel-Draw-X5-Cd-Cover-35248.jpg)
Soalan ini aku terbaca di
internet dan aku terasa nak juga tahu
"menantang apa" lebihnya Corel
DESIGNER ini? Sebelum ini minda aku tertutup Corel DESIGNER hanya untuk grafik
teknikal termasuk buat pelan dan kejuruteraan sahaja (untuk CAD).
Aku
mula download, Corel DESIGNER Technical Suite X5 daripada laman asalnya hanya
sekitar 807MB sahaja.
Bila nak install, kena buang CorelDraw yang
tersedia ada. Rupa-rupa pakej ini telah ada dengan CorelDraw
sekali.
Corel DESIGNER yang diintaller adalah
seperti berikut:-
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjuKeZhRp-g-pPShQBqyy1GSUgy7wRwx2734e_AWc42gL0ysR3LaRyznzx4rYf8GIOgBWE5X3RJy45SMm7ovEcKLlPPnhtZcYI13saMmSGe1wwkNa_LrgXD_ZhF9fOtmqcxyhm04YtgLEeF/s280/CDTX5.jpg) |
Klik untuk
besarkan |
Dan ini pula paparan bagi CorelDraw X5
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiu6aY-PYpnF6RTtZQuUo5EPME1M_oWIi6yauco8mVsyO-ol_2NCTFg-umfrH2AweGVHeT7TGLc5d9gRBv_uyXMCTxgIM15jsCo7vdk3EHl8Q50_Qwroy2g53hyXlLHykEngygvbq3eEC-O/s280/CDX5.jpg) |
Klik untuk
besarkan |
Tak ada banyak beza antara kedua-duanya. Kalau
nak buat grafik rumit bolehlah guna Corel DESIGNER kerana
toolnya lebih
banyak dan lebih menarik. Yang aku perasan ada juga kelamahannya berbanding
CorelDraw ialah dia tak boleh buat
Weld, Trim, Intersect, Simplify, Font
Minus Back, Back Minus Font yang terlalu banyak aku guna dalam demo
grafik aku terutama bila nak buat bulan sabit tak sampai 10 saat.
Tapi
mula hari ini, siapa yang minta installer CorelDraw daripada aku; akan aku bagi
pakej ini, yakni termasuk Corel DESIGNER sekali. Tak rugi sekadar memenuhi
harddisk kita yang besar sahaja.
Dah terlanjur bercakap pasal CorelDraw
ada juga yang nak tahu bila aku menggunakan software ini?
Aku mula guna
CorelDraw versi 4, akhir tahun 1994. Masa itu installernya 8 keping Disket. Mat
Haslim seoarng penjual komputer, juga kawan aku yang banyak mengalakkannya.
(
CorelDraw ver. 4 - 1993, Included Corel PHOTO-PAINT* (for bitmap editing),
CorelSHOW (for creating on-screen presentations), CorelCHART (for graphic
charts), CorelMOVE for animation, Mosaic and CorelTRACE (for vectorizing
bitmaps). Multi-page capabilities, Powerlines, support for graphic tablets,
Clone tool, elastic node editing, Envelope tool.)
Yang guna
CorelDraw di Dungun pada masa itu, yang aku ingat, Syed Watan Niaga (Kedai
Cetak), Aziz (Kedai Kreatif Art), Rohim WansaMaju (kedai Cetak), Mat Yasim
Pegawai PPD masa tu, sekarang Pegetua. (
Pinjam installer coreldraw 4 aku aku
sampai hari ini tak hantar) dan Aziz (kedai Komputer, pekerja
AAOpen)
Aku tak minat mana CorelDraw pada masa itu, aku berpendapat nak
lukis lebih mudah guna Amipro 3.0. Pasal kebolehan aku melukis dengan baik
menggunakan Amipro termasuk melukis "Tolok Skru Micrometer" dengan skalanya
sekali.(
Aku bukan pengguna Microsoft Word)
CorelDraw 5 keluar,
masa itu intallernya ada dalam "CD Master Inteller" antara CD inteller paling
top zaman awal CDROM 2 speed berharga RM750.00
Kemudian aku beli CD untuk
CorelDraw 6, 3 keping dengan harga RM27. Asalnya ada 4 keping tak nak jimat duit
tak beli CD yang ke empat.
CorelDraw 7 tak sempat nak beli, keluar
CorelDraw 8., 9 dan 10.
Antara CorelDraw 9 dan 10 aku mula mengenai
mereka-mereka ini Yusri, Anuar, Subky, Amir, Mahadi dll
Aku mula menjadi
pengguna CorelDraw tegar pada versi ke 10. Masa tu aku tak guna Photoshop aku
guna CorelPhoto Paint. Ingat lagi masa duduk sebilik dengan Ustaz Mahadi, aku
selalu bandingkan CorelPhoto Paint dengan Photoshop... masa tu Photoshop versi 6
atau 7.
Bila aku bertukar kepada Photoshop? Ini citer menarik.. Aku masih
ingat lagi Ustaz Mahadi tergelak nasib baik tak tergolek bila aku jadi
Fasilitator untuk kursus Photoshop di Ti-Man. Nanti ada masa aku tulis pasal
citer ini. (Photoshop berbeza dengan CorelDraw, nak bandingkan CorelDraw
bandingkan dengan Adobe Illistrator)
Mulai CorelDraw X3 aku tak beli
lagi, aku mula download (jimat pitih)
Sekarang aku masih beranggapan
CorelDraw yang terbaik, buku rekod, surat malah nak buat notis nak tampal di
dinding pun aku guna CorelDraw....