Pages

Friday, December 21, 2012

Pinnacle Studio 16 berubah agak drastik


Lama tak buat video klik. Baru-baru ini ada yang minta tolong buatkan video klik 10 minit.

Semenjak saya guna notebook HP Folio 13 saya saya hanya install Sony Vegas 12 dan Power Director sahaja. Harddisk yang kcil 128GB memerlukan saya ber'jimat cermat' kerana saya menggunakan banyak software.

Beberapa program hanya saya guna portable sahaja, misalnya Open Office 3.2.

Dalam membuat video dengan masa yang terbantas, bahan yang terbantas dan memerlukan teknik yang kehadapan, saya terpaksa install Pinnacle Studio Ultimate 16 yang bersaiz 1.71GB.

Wah, cukup berbeza penampilan Pinnacle 16. Adakah perubahan ini kerana CorelDraw telah membeli Pinnacle Studio, Dazzle Studio dan termasuk Avid Studio.

Pinnacle Studio 16

Walaupun Pinnacle 16 lebih laju, lebih menarik dengan butang dan menu yang terkini tapi "cukup memeningkan" aku yang telah lama dengannya.

Sebelum ini saya menggunakan Pinnacle Studio 15. Masih seperti versi asalnya yang lebih tertumpu kepada "stroryboard view".

Pinnacle Studio 15
Dalam keadaan tergesa takkan aku nak belajar fungsi-fungsi baru sedang tujuan aku nak guna Pinnacle sekadar nak ambil transationsnya sahaja yang agak menarik!

Aku guna Pinncale semenjak versi 7 dan paling lama aku guna ialah versi 9.1 (aku tak guna versi 9.3 pasal versi update ini menyebabkan suara boleh lari daripada gambar). Tapi bila lihat pada versi 16 ini membuatkan aku terpaksa mengambil keputusan meninggalkan Pinnacle pasal dah hampir sama dengan Sony Vegas atau pun Cyberlinks PowerDirector.

Pinnacle Studio 10
Kesimpulan yang boleh aku buat, walaupun besar, Pinncale Studio 16 baik untuk dicuba kerana banyak fungsi yang memudahkan kita membuat video tanpa pengetahuan asas yang banyak.

Tapi buat aku, Pinnacle sekadar hiasanya di notebook sebagai koleksi soflware dan aku aku buat perbandingan jika ada kursus video yang terpaksa aku menjadi JU (Jurulatih Utama). Gunanya untuk mengelirukan orang untuk meneka video klip ini dibuat dengan soflware mana? he he

Thursday, December 20, 2012

Ok juga Microsoft Office 2013


Agak terlewat aku installar Microsoft Office 2013 atau dikenali sebagai Office 15. Walaupun masih belum ada versi sepenuhnya lagi, yang dijangka akan dilancarkan pertengahan tahun 2013 nanti. Versi  MSDN (Microsoft Developer Network) ini sudah cukup baik jika dibandingkan dengan versi sebelum ini Office 2010.

Kebelakangan ini agak sibuk dan tak banyak masa untuk ditumpukan kepada software baru.



Paparan Office 2013 agak menarik, simple dan kemas paparannya disesuaikan dengan Windows 8. Bukaannya lebih cepat berbanding dengan Office 2010.

Kelebihannya boleh sambung terus dengan skyDrive ini bermakna boleh buka fail terus daripada 'awan' (clouds) dan menyimpan di sana, tanpa perlu 'pendrive'.


Paling ok boleh buka fail PDF dan terus convert. Ini bermakna tak perlu lagi software sampingan seperti Adobe Acrobat, Solid Converter atau Corel PDF Fusion. Dulu saya pernah menulis selamat tinggal kepada Solid Converter 7.0 (sila baca di sini) tapi sekarang rasanya saya kena ucapkan selamat tinggal kepada Corel PDF Fusion pula!

Anda boleh buka fail PDF terus dengan Word 2013 dan mengedit tulisan bukan pada grafiknya dan boleh save sebagai Word.


Untuk tidak ketinggal pada perkembangan dunia internet, Office 2013 ini boleg share fail dengan e-mel, blog dan media sosial.

Pada keseluruhan, butang dan menunya lebih friendly... sebenading dengan versi sebelum ini.

Saya malas nak tulis banyak, kalau nak tahu lanjut install lah sendiri.
Office 2013 didatangkan dengan 32 dan 64 bit. 32bit bersaiz 708MB dan 64bit dengan saiz 815MB.