Pages

Friday, December 21, 2012

Pinnacle Studio 16 berubah agak drastik


Lama tak buat video klik. Baru-baru ini ada yang minta tolong buatkan video klik 10 minit.

Semenjak saya guna notebook HP Folio 13 saya saya hanya install Sony Vegas 12 dan Power Director sahaja. Harddisk yang kcil 128GB memerlukan saya ber'jimat cermat' kerana saya menggunakan banyak software.

Beberapa program hanya saya guna portable sahaja, misalnya Open Office 3.2.

Dalam membuat video dengan masa yang terbantas, bahan yang terbantas dan memerlukan teknik yang kehadapan, saya terpaksa install Pinnacle Studio Ultimate 16 yang bersaiz 1.71GB.

Wah, cukup berbeza penampilan Pinnacle 16. Adakah perubahan ini kerana CorelDraw telah membeli Pinnacle Studio, Dazzle Studio dan termasuk Avid Studio.

Pinnacle Studio 16

Walaupun Pinnacle 16 lebih laju, lebih menarik dengan butang dan menu yang terkini tapi "cukup memeningkan" aku yang telah lama dengannya.

Sebelum ini saya menggunakan Pinnacle Studio 15. Masih seperti versi asalnya yang lebih tertumpu kepada "stroryboard view".

Pinnacle Studio 15
Dalam keadaan tergesa takkan aku nak belajar fungsi-fungsi baru sedang tujuan aku nak guna Pinnacle sekadar nak ambil transationsnya sahaja yang agak menarik!

Aku guna Pinncale semenjak versi 7 dan paling lama aku guna ialah versi 9.1 (aku tak guna versi 9.3 pasal versi update ini menyebabkan suara boleh lari daripada gambar). Tapi bila lihat pada versi 16 ini membuatkan aku terpaksa mengambil keputusan meninggalkan Pinnacle pasal dah hampir sama dengan Sony Vegas atau pun Cyberlinks PowerDirector.

Pinnacle Studio 10
Kesimpulan yang boleh aku buat, walaupun besar, Pinncale Studio 16 baik untuk dicuba kerana banyak fungsi yang memudahkan kita membuat video tanpa pengetahuan asas yang banyak.

Tapi buat aku, Pinnacle sekadar hiasanya di notebook sebagai koleksi soflware dan aku aku buat perbandingan jika ada kursus video yang terpaksa aku menjadi JU (Jurulatih Utama). Gunanya untuk mengelirukan orang untuk meneka video klip ini dibuat dengan soflware mana? he he

Thursday, December 20, 2012

Ok juga Microsoft Office 2013


Agak terlewat aku installar Microsoft Office 2013 atau dikenali sebagai Office 15. Walaupun masih belum ada versi sepenuhnya lagi, yang dijangka akan dilancarkan pertengahan tahun 2013 nanti. Versi  MSDN (Microsoft Developer Network) ini sudah cukup baik jika dibandingkan dengan versi sebelum ini Office 2010.

Kebelakangan ini agak sibuk dan tak banyak masa untuk ditumpukan kepada software baru.



Paparan Office 2013 agak menarik, simple dan kemas paparannya disesuaikan dengan Windows 8. Bukaannya lebih cepat berbanding dengan Office 2010.

Kelebihannya boleh sambung terus dengan skyDrive ini bermakna boleh buka fail terus daripada 'awan' (clouds) dan menyimpan di sana, tanpa perlu 'pendrive'.


Paling ok boleh buka fail PDF dan terus convert. Ini bermakna tak perlu lagi software sampingan seperti Adobe Acrobat, Solid Converter atau Corel PDF Fusion. Dulu saya pernah menulis selamat tinggal kepada Solid Converter 7.0 (sila baca di sini) tapi sekarang rasanya saya kena ucapkan selamat tinggal kepada Corel PDF Fusion pula!

Anda boleh buka fail PDF terus dengan Word 2013 dan mengedit tulisan bukan pada grafiknya dan boleh save sebagai Word.


Untuk tidak ketinggal pada perkembangan dunia internet, Office 2013 ini boleg share fail dengan e-mel, blog dan media sosial.

Pada keseluruhan, butang dan menunya lebih friendly... sebenading dengan versi sebelum ini.

Saya malas nak tulis banyak, kalau nak tahu lanjut install lah sendiri.
Office 2013 didatangkan dengan 32 dan 64 bit. 32bit bersaiz 708MB dan 64bit dengan saiz 815MB.

Sunday, November 18, 2012

Contrast Gambar menggunakan Sharpening (High Pass Filter)



Gambar yang diambil menggunakan kamera biasa dia telah buat 'softner' skin supaya nampak licin dan menarik. Tapi kadang kala dalam fotografi kita perlu muka asli yang berkedut. Lihat gambar di atas.

Tutorial kali ini saya akan guna gambar cikgu Radzi..

Gambar Sebelum


Gambar ini diambil dengan mengunakan campact kamera sony.

Mula-mula open dengan Adobe Photoshop.
Kemudian Tekan CTRL + J untuk buat satu layer baru salinan gambar ini.



Untuk layer baru ini, pilih Filter kemudian Other dan kemudian pilih High Pass. (Filter --> Other --> High Pass). Pilih antara 05 - 6. Jika pilih lebih alur akan lebih jelas... nampak lagi tua he hehe.

Lihat seperti gambar di atas.


Selepas itu kelihatan seperti ini.


Kemudian pilih Images, Pilih Adjustments, pilih Hue/Saturation.


Alih Saturation kepada -100.


Tukar layer daripada normal kepada overlay. Lihat seperti dia atas. Simpan gambar baru yang kelihatan lebih contrast.

Gambar Selepas

Lihat urat-urat muka cikgu Radzi makin jelas.


Anda boleh mencubanya.

CorelDraw X5 atau Corel DESIGNER X5?


Soalan ini aku terbaca di internet dan aku terasa nak juga tahu "menantang apa" lebihnya Corel DESIGNER ini? Sebelum ini minda aku tertutup Corel DESIGNER hanya untuk grafik teknikal termasuk buat pelan dan kejuruteraan sahaja (untuk CAD).

Aku mula download, Corel DESIGNER Technical Suite X5 daripada laman asalnya hanya sekitar 807MB sahaja.

Bila nak install, kena buang CorelDraw yang tersedia ada. Rupa-rupa pakej ini telah ada dengan CorelDraw sekali.



Corel DESIGNER yang diintaller adalah seperti berikut:-

Klik untuk besarkan
Dan ini pula paparan bagi CorelDraw X5

Klik untuk besarkan
Tak ada banyak beza antara kedua-duanya. Kalau nak buat grafik rumit bolehlah guna Corel DESIGNER kerana toolnya lebih banyak dan lebih menarik. Yang aku perasan ada juga kelamahannya berbanding CorelDraw ialah dia tak boleh buat Weld, Trim, Intersect, Simplify, Font Minus Back, Back Minus Font yang terlalu banyak aku guna dalam demo grafik aku terutama bila nak buat bulan sabit tak sampai 10 saat.

Tapi mula hari ini, siapa yang minta installer CorelDraw daripada aku; akan aku bagi pakej ini, yakni termasuk Corel DESIGNER sekali. Tak rugi sekadar memenuhi harddisk kita yang besar sahaja.

Dah terlanjur bercakap pasal CorelDraw ada juga yang nak tahu bila aku menggunakan software ini?

Aku mula guna CorelDraw versi 4, akhir tahun 1994. Masa itu installernya 8 keping Disket. Mat Haslim seoarng penjual komputer, juga kawan aku yang banyak mengalakkannya. (CorelDraw ver. 4 - 1993, Included Corel PHOTO-PAINT* (for bitmap editing), CorelSHOW (for creating on-screen presentations), CorelCHART (for graphic charts), CorelMOVE for animation, Mosaic and CorelTRACE (for vectorizing bitmaps). Multi-page capabilities, Powerlines, support for graphic tablets, Clone tool, elastic node editing, Envelope tool.)

Yang guna CorelDraw di Dungun pada masa itu, yang aku ingat, Syed Watan Niaga (Kedai Cetak), Aziz (Kedai Kreatif Art), Rohim WansaMaju (kedai Cetak), Mat Yasim Pegawai PPD masa tu, sekarang Pegetua. (Pinjam installer coreldraw 4 aku aku sampai hari ini tak hantar) dan Aziz (kedai Komputer, pekerja AAOpen)

Aku tak minat mana CorelDraw pada masa itu, aku berpendapat nak lukis lebih mudah guna Amipro 3.0. Pasal kebolehan aku melukis dengan baik menggunakan Amipro termasuk melukis "Tolok Skru Micrometer" dengan skalanya sekali.(Aku bukan pengguna Microsoft Word)

CorelDraw 5 keluar, masa itu intallernya ada dalam "CD Master Inteller" antara CD inteller paling top zaman awal CDROM 2 speed berharga RM750.00

Kemudian aku beli CD untuk CorelDraw 6, 3 keping dengan harga RM27. Asalnya ada 4 keping tak nak jimat duit tak beli CD yang ke empat.

CorelDraw 7 tak sempat nak beli, keluar CorelDraw 8., 9 dan 10.

Antara CorelDraw 9 dan 10 aku mula mengenai mereka-mereka ini Yusri, Anuar, Subky, Amir, Mahadi dll

Aku mula menjadi pengguna CorelDraw tegar pada versi ke 10. Masa tu aku tak guna Photoshop aku guna CorelPhoto Paint. Ingat lagi masa duduk sebilik dengan Ustaz Mahadi, aku selalu bandingkan CorelPhoto Paint dengan Photoshop... masa tu Photoshop versi 6 atau 7.

Bila aku bertukar kepada Photoshop? Ini citer menarik.. Aku masih ingat lagi Ustaz Mahadi tergelak nasib baik tak tergolek bila aku jadi Fasilitator untuk kursus Photoshop di Ti-Man. Nanti ada masa aku tulis pasal citer ini. (Photoshop berbeza dengan CorelDraw, nak bandingkan CorelDraw bandingkan dengan Adobe Illistrator)

Mulai CorelDraw X3 aku tak beli lagi, aku mula download (jimat pitih)

Sekarang aku masih beranggapan CorelDraw yang terbaik, buku rekod, surat malah nak buat notis nak tampal di dinding pun aku guna CorelDraw....

Adobe Illustrator CS5 atau CorelDRAW X5?


Soalan ini selalu bermain dalam fikiran pengguna komputer dan ramai yang tak boleh menentukan mana yang lebih baik kerana mereka telah di'lahir'kan dalam suasana yang tak boleh membuat judgment. Maksud saya kalau orang Melayu tanya mana lebih baik jadi Cina atau Melayu? atau mana lebih baik jadi Melayu atau Arab?

Bagi orang Malayu akan kata Melayulah lebih baik. Begitu juga pengguna software komputer, jika dia pengguna Adobe tentu sudah Adobe akan dikatakan lebih baik.


Saya juga melihat dalam forum kereta misalnya, antara Honda City, Toyota Vios dan Nissan Sentra. Tak banyak yang boleh beri pendapat yang tepat melainkan mereka adalah pemilik ketiga-tiga kereta berkenaan. Kalau ada ketiga-tiga belum tentu pendapat itu masih betul... sukarkan?


Aku guna untuk buat graf, pasal Corel tak boleh buat.
Yang lain rasanya banyak kelebihan pada corel.

Dulu sebelum Adobe membeli syarikat Micromedia, ada satu satu lagi software vektor yang terkenal ialah Micromedia FreeHand, versi terakhirnya ialah 11.0.2. Selepas itu Adobe telah menyerap dalam Adobe IIIustrator.

Aku sempat juga guna FreeHand dan menarik juga

Saya sukar nak jawab soalan ini. Sama juga dengan pertanyaan mana lebih baik antara Microsoft Work dengan Lotus WordPro (Dulu Amipro - bukan Lotus 123 macam Excel tu!! Ni ramai yang keliru ~ pasal tu Microsoft berjaya mendoktrinkan pemikiran pengguna). Saya adalah penggunakan WordPro, saya tak guna CorelDraw pada masa itu kerana WordPro boleh melukis


Versi terakhirnya ialah Tahun1997. Kira dah mati,
tapi masih lagi boleh buka fail Microsoft Word

Tapi Bill Gates telah berjaya mengubahkan diri saya tanpa disedari sehingga tahun 2010 saya dah jadi "orang Microsoft Word" sepenuhnya dan saya dan macam tak guna Lotus WordPro. Hanya tinggal Lotus Approah sahaja lagi pasal yang ini saya masih guna sebagai Sistem Peperiksaan dis sekolah.

Untuk memudahkan pembaca yang nak buat perbandingan, saya sertakan beberapa video dalam bahasa Portugis.. satu lagi bahasa penjajah kita. Takkan kita agungkan bahasa penjajah Inggeris sahaja!

Membuat Bintang



Page



Stroke



Stroke lagi



Mesh



Blend



Rounded Corner




Ada banyak lagi video, anda boleh lihat sendiri..
dan buat keputusan sendiri mana yang nak digunakan!

Corel PDF Fusion 1.0 menggalahkan Solid Converter PDF v7?



Saya selalu ditanya oleh rakan-rakan setugas tentang software untuk menukar format PDF kepada word (Microsoft Word). Setakat hari ini Solid Converter PDF v7 adalah yang terbaik dalam penukaran ini. Saya telah guna Solid Converter bermula daripada versi 3 lagi.

Rupanya saya tak bersendirian dalam hal ini, pakar komputer cikgu Anuar juga sependapat dengan saya. (Banyak perkara tentang sofware kami tak sependapat).



Solid Converter v7

Semalam saya telah install Corel PDF Fusion 1.0. Full installation 217MB atau yang versi Portable hanya 63MB sahaja.

Secara amnya saya boleh katakan Corel PDF Fusion telah memenuhi apa yang saya hajati selama ini kerana software ini boleh menukar hampir 100 format fail DOC, XLS dll termasuk fail photoshop kepada PDF. Ringan dan friendly.. boleh drag sahaja file yang nak diconved.



Beberapa keintimewaan selain daripada ada printer PDF Corel PDF Fusion ini juga boleh mengedit PDF termasuk tulisan pada gambar bagi menukar fungsi teks kepada underline, strike atau hitamkan yang sudah pasti cukub baik kerana sebelum ini jarang boleh edit melainkan teks biasa.

Corel PDF Fusion juga boleh menyimpan semula fail dalam format PDF, DOC dan XPS.

Secara jujur saya katakan selamat tinggal untuk Solid Converter PDF.

Adobe InDesign CS5


Semasa menyiapkan kad Raya untuk pengurusan sekolah, aku menggunakan gabungan Photoshop & CorelDraw dan aku masih mengganggap CorelDraw adalah terbaeek!! Bila di kedai priting mereka lebih banyak menggunakan Adobe, apatah lagi beberapa orang pelajar pratikal dari U di kedai priting tersebut juga menggunakan Adobe terutamanya Photoshop, Illustrator dan InDesign.

Semasa bersembang mereka, kata mereka InDesign agak bagus. Aku tak banyak komen. Aku lebih suka mengambil sikap mendiamkan diri. Tapi daripada komen perbandingan mereka antara CorelDraw dengan Photoshop sudah cukup membuat aku tahu tahap pengetahuan budak-budak U ini.

CorelDraw adalah vektor grafik manakala Photoshop adalah bitmap, sepatutnya CorelDraw dibandingkan dengan Adobe Illistrator manakala CorelPhoto Paint dibanding dengan Adobe Photoshop. Aku tak salah mereka, pasal kalau kita search di internet pun kita akan dapati perbandingan yang salah ini juga berlaku di luar nagara sehingga kadang kala aku nak tergelak melihat dalam forum perbahasan yang tak betul.

Ya tak betul, misalnya ayam dibandingkan dengan itik, sepatut ayam kampung dibandingkan dengan ayam hutan atau itik sekati dibandingkan dengan itik air. Seorang kata ayam bagus pasal ada taji seorang kata itik bagus pasal ada kaki boleh berenang... kah kah kah, sampai kiamat tak ada penyelesaian!!

Ok kita ketepikan soal CorelDraw ini, fokus kepada Adobe InDesign.

Aku bila, mereka kata bagus nak juga mencuba secara serius. Ya kita kena buktikan sendiri barulah benar perbandingan itu. Sebelum ini ada lihat tapi sepintas lalu aje.


Bila aku melihat video profesional tentang penggunaan InDesign aku rasa semacam PageMaker aje.. Bila aku tanya Mr. Google jawapannya ya. Zaman-zaman dulu aku pernah guna Aldus PageMaker tapi kemudian aku bertukar kepada CorelDraw.

Aldus PageMaker telah dikeluarkan pada tahun 1985 dan pernah menang award Best New Use of a Computer dan banyak digunakan di syarikat percetakan menggunakan Macintosh. Tahun 1987-88 aku pernah guna di UTM dan Macintosh ini hanya ada di bilik TNC HEP sahaja. Mahal oii harganya.

Aku balik daripada Sarawak 1994 syarikat Adobe telah membeli Aldus dan PageMaker dan versi terakhirnya ialah Adobe PageMaker 7.0 yang dikeluarkan pada tahun 2001.


Aku tak tahu sebab utama Adobe menghentikan PageMaker, tapi setakat aku guna kelemahannya ialah tak boleh buat grafik dan lebih kepada desktop publishing sahaja. itu pasal aku bertukar kepada CorelDraw. Masa tu terpaksa menggunakan Aldus Image Styler yang mana ditukar kepada Adobe Image Ready.

Adobe ada satu lagi software yang dipanggil InDesign. Pada Adobe InDesign 2.0 telah diupgradekan daripada Adobe PageMaker 7.0 ini.

Sekarang InDesign CS5.5 (versi 7) adalah urutan daripada PageMaker. Saya baru download sofware terkini InDesign full versi lebih kurang 684.36MB dan Portable hanya 170MB sahaja.

Minat kumpul "Virus"


Dulu masa kecil aku suka kumpul tudung botol 'air gas' (air bikarbanat). Aku juga kumpul macam-mana benda. Tapi aku tak suka kumpul setem atau duit syiling lama. Abang aku Hamzah yang dah meninggal dunia suka kumpul syiling lama. Tapi malangnya duit syiling itu hilang entah ke mana? Kalau ada boleh buat duit tu, jual benda-benda lama!

Dalam banyak tudung botol, aku suka tudung 'Sungkist'.Aku aku buat cerita macam perang, tudung sungkist akan jadi hero.... Kickkapoo mesti jadi pembantu hero!!. he he

Rupa tabiat ini telah diwarisi kepada anak aku Muhammad Haziq Izanuddin, 10 tahun yang suka jenis pen atau marker. Kalau ada pen cantik dia akan ambil buat main-main macam lagakan antara pen tersebut... macam cerita Toy's Story lagakan Andy dengan Buck.




Pernah satu malam aku balik daripada 'sekolah' pukul 2 pagi. Bilik Haziq masih cerah... rupanya dia ber'koyal' dengan pen-pen aku... Aku masuk tanya nak main games?? Dia senyap aje.. Aku pun kata kalau nak main games ambillah notebook ayah..

Entah aku tak pasti sampai pukul berapa dia main 'games' di notebook aku... pasal aku keletihan terus tidur. Walapun anak-anak aku sukar main games di pc atau notebook seperti yang aku pernah tulis dulu, ada kala aku longgar dengan peraturan ini... dan kadang kala tindakan aku tak 'valid'

Bila dah dewasa aku kumpul benda lain pula, dan zaman teknologi IT aku mula kumpul virus.

Semasa aku ke Shah Alam dengan Ustaz Mahadi, aku ada cakap bahawa aku suka kumpul virus komputer. Aku simpan dalam disket dan jika dua virus komputer berada pada disket yang sama virus yang kuat akan makan virus yang lemah.

Aku tak pasti Ustaz Mahadi percaya tak, tapi rasa dia sekadar layan aku yang suka bercakap... Maybe Ustaz Mahadi 'peraie'


Sebelum aku buang benda-benda ini, aku rasa kalau engkau orang nak beli 'nantang virus' ini yang sudah pasti jarang diperolehi kerana mesti anti virus makan boleh e-melkan kepada aku. Eksklusif 'nantang virus' ini....he he

Dulu aku ada "Black Monday" antara yang ganas sekitar tahun 1989-1990. Tapi hilang entah mana. "Die_Hard" juga yang agak ganas sekitar tahun 1996. Banyak kedai komputer buat duit untuk buang virus ini.

Die_hard juga dikenali sebagai DH2. Masa tu windows 95 belum ada lagi. Cikgu Abdullah (PPD sekarang) dia ada beli CD di Singapore yang ada Installer 'Win95 Julai Realease'. Tak ada yang berani nak install windows ini. Semua orang sudah selesa dengan Windows 3.11. Jadi ada cadangan untuk intall win95 ini di PC aku kerana masa tu aku pakai pc DX2 66 RAM 8MB (bukan GB) antara PC terlaju di Dungun. Selepas install di pc aku daripada pukul 9 malam hingga 12 malam, Mat Yasin (sekarang Ketua Sektor) minta install pc dia pula, mula-mula kita orang tak nak... lepas tu pergi juga sampai 3 pagi...

Aku cuba, DH2 ini di pc aku. Aku gelak pasal virus ini macam 'cool' aje. Aku pun cakap virus DH2 tak tahu OS Windows 95. Esok pagi bila aku buka pc aku 200 lebih fail aku dimakan oleh virus DH2... celaka punya DH2, nampak macam lembab dengan OS win95 tapi masih ganas lagi.

Pernah juga simpan "DENSUKO" sekitar tahun 1984 antara virus awal, masa tu harddisk belum ada lagi di pasaran. Monitor pun masih monocrome.

Ada orang kata ada 'virus komputer' macam ada 'hantu raya' boleh khianat orang... jadi aku dah lama simpan 'nantang virus' ni, jadi kalau ada yang nak 'saka' ni bolehlah contact aku...

CorelDraw X6 lagi mantap


Dua hari lepas aku ada install CorelDraw Graphic Suite X6 (versi 16). CorelDraw X6 telah menambah ciri-ciri baru antara lainnya ialah membaiki 'color' untuk interface antara Adobe, Microsoft dan CorelDraw versi lama. Kalau kita bekerja di kedai printing perkara ini amat penting, tapi memang tida terasa bagi pengguna biasa.

CorelDraw adalah software terbaik bagi aku kerana dengan CorelDraw aku boleh buat apa sahaja, seperti menaip surat, membuat jadual (table), buat kad, pamplet, majalah dsbnya. Tak perlu lagi Microsoft Word atau Publisher. Buku rekod mengajar aku dah lebih 4 tahun aku buat dengan CorelDraw 100%.

Photoshop software kedua yang menawan hati aku. Dengan gabungan CorelDraw dan Photoshop hasil kerja menjadi lebih mantap. Pada kebiasaannya orang gabungkan Adobe Photoshop dengan Adobe Indesgn tapi aku mengabungkan Photoshop dengan CorelDraw.

Zaman dulu, Lotus Amipro/WordPro adalah software terbaik bagi aku pasal aku boleh melukis tolok skru mirometer (subjek Fizik) hanya dengan Amipro sahaja. Tapi akhirnya Lotus telah tewas dalam perlumbaan mendepani market. Bukan kerana Amipro tak canggih tapi kerana Bill Gates memang bijak memusnahkan persaingnya.

Berbalik kepada CorelDraw, walaupun sepintas lalu kalau dilihat pada CorelDraw X5 dan X6 tak nampak berubah, tapi jika diteliti secara halus banyak perkara ditambahbaik. Misalnya PowerClip cukup mantap. Formatting text pada realtime, support 64bit.


4 Tool baru untuk CorelDraw X6

CorelDraw X6 didatangkan dengan 4 tools tambahan iaitu Freehand Pick, Smear, Twirl dan Attract yang akan memberikan rekabentuk yang lebih mantap kepada designer. Jika kita buat logo misalnya, tool baru ini boleh menambahbaik rekabentuk kita.

Fungsi baru untuk page numbering juga dimasukkan dan ini memudahkan terutama bila kita buat buku yang muka suratnya 100 ++ ke atas. Dulu terpaksa guna makro yang tersedia pada coreldraw tapi sekarang corel telah memperbaiki fungsi ini dengan menjadikan menu khas.

Installer CorelDraw boleh diperolehi 503MB (32bit), 496MB (64bit) dan 478MB untuk versi Portable.

Kalau nak 'keygennya' boleh e-mel kepada saya. Atau kalau anda kawan rapat saya boleh kongsi melalui Dropbox (http://db.tt/KtPZSdt), banyak perkara menarik telah saya masukkan dalam dropbox berkenaan selain keygen corel ini.

Dropbox aku dah 17.75GB


Sebelum ini aku ada menulis pasal Dropbox pada artikel "Dropbox free service untuk penyimpanan dan pengkongsian data". Rasanya baik engkau orang baca barulah faham.

Nak kata bagus taklah bagus sangat tapi banyak juga manafaatnya. Sekarang ni aku guna dropbox untuk berkongsi majalah, e-book dan bahan bacaan dengan kekawan menggunakan satu folder dinamakan ICT. Kebanyakkan bahannya dalam format pdf. Misalnya majalah PC, Mastika, Solusi, Harakah dll

Aku ada folder AIZEK untuk aku kongsi dengan rakan-rakan di IZ untuk buat kerja sekolah. Ini memudahkan. Misalnya sekarang ini kami di minta buat power point untuk SKK (Sekolah Kluster Kecemerlangan) jadi semuanya aku "sumbat" dalam folder aizek. Ada juga kerja peperiksaan aku namakan dengan PERIKSA. Yang ini untuk mereka nak analisis peperiksaan dalam di IZ.

Aku juga buat folder FAILKERJA untuk aku kongsi dengan aku sendiri. Bila aku ada di sekolah aku guna PC sekolah aku buat kerja dan aku simpan dalam folder itu. Jika aku balik rumah aku buka PC aku di rumah, secara automatik fail di sekolah tadi akan masuk dalam folder FAILKERJA di PC rumah aku untuk aku sambung kerja. Aku tak rungsing kalau tertinggal notebook di sekolah. Jadi tak macam dulu aku ke sekolah untuk ambil notebook.

Sebab itu jangan hairan kalau ada cikgu-cikgu lihat notebook aku selalu tak tertutup tertinggal di meja aku di sekolah.....

Pendriver dah rasa tak perlu sangat...

Aku juga ada fail-fail crack, patch atau keygen yang aku simpan pada folder tertentu untuk memudahkan aku men'jahanam'kan software original.. (amaran jangan tiru aksi ini, pasal anda terpaksa meniti di titian nanti dengan beban yang besar...)


Aku tak tahu maksimum sampai berapa?

Aku dapat space free sekarang ialah 17.75GB besar juga. Dropbox akan bagi percuma sebanyak 2GB untuk permulaan. Jika anda invate ramai kekewan anda akan dapat 500MB seorang dan boleh capai sehingga 16MB maksimum. Kalau nak besar lagi ambillah versi Pro dengan 50GB hanya $9.90 sahaja (tukar duit Malaysia aku tak tahu)
Kalau anda nak cuba Dropbox anda boleh 'folo' link ini...
http://db.tt/KtPZSdt

Saya akan kongsi folder ICT dengan mana-mana kawan rapat sahaja. Semuanya adalah bahan ICT, buku, majalah, kitab, akhbar, key installer dll.

SkyDrive (Microsoft - Windows Live), Dropbox & Google Docs. Apa bezanya?


Bila aku tulis pasal Dropbox, Rizal buat komen pada artikel berkenaan "Bro, mu sebagai pencinta Microsoft tegar guna le skydrive.live.com Bill Gate beri mu 25gig utk mu upload software microsoft utk pengedaran kengkawan. Log on guna akaun hotmail."

Bila aku teliti secara khusus aku rasa ada baik juga apa yang Rizal komen ini dikongsikan bersama. Aku sebenarnya mendaftar e-mel hotmail semenjak 1998 lagi dengan beberapa akaun. Yang 'real' ialah zulbmohd@hotmail.com dan mungkin 10 ++ lagi dengan nama samaran lain.

Aku mula beralih drp hotmail kepada yahoo.com bila Bill Gates beli hotmail daripada tuan punya yang berasal daripada India. Aku daftar zulbmohd@yahoo.com.

Selepas Google cuba bersaing dengan Yahoo.com, aku beralih pula kepada google dengan mendaftar e-mel zulbmohd@gmail.com

Akuan zulbmohd@hotmail.com hanya aku guna untuk mendaftar laman-laman untuk kerja-kerja cracker dan hackers sahaja...

Urusan 'pencikguan' (pendidikan) biasanya aku guna e-mel, gmail dan manakala urusan rasmi aku guna yahoo.

Satu kelebihan hotmail ini ialah bila tak buka e-mel setahun pun e-mel kita tak di'diaktifkan'. Hanya semua data dikosongkan sahaja. Sebab itu aku boleh dapatkan hampir semua e-mel-emel hotmail.com yang menggunakan nama-nama samaran semula.

Semenjak akhir ini Microsoft telah membaik dan menambah taraf hotmail.com dan aku rasa paparannya juga sudah menarik dengan pelbagai kemudahan. Lebih ringkas dan senang baca e-mel.

Satu kemudahan yang menjadi topik pembincangan pada artikel kali ini ialah SKYDRIVE. SkyDrive adalah "also called Microsoft SkyDrive or Windows Live SkyDrive is a free-of-charge file hosting service that allows users to upload files to a cloud storage and then access them from a Web browser. It is part of Windows Live range of online services and allows users to keep the files private, share them with contacts, or make the files public. Publicly-shared files do not require a Windows Live ID to access. The service offers 25 GB of free personal storage, with individual files limited to 100 MB. The service is built using HTML5 technologies, and files can be uploaded via drag and drop."

Pada February 2012 SkyDrive membenarkan upload satu fail sehingga 2GB.

Dengan 25GB kita boleh menyimpan banyak benda dan dengan kemudahan OfficeOnline untuk menaip dan menyimpan maklumat adalah suatu yang menarik seperti Google +.

Berbeza dengan Dropbox yang mana fail-fail yang kita simpan tidak akan disimpan dalam PC/Notebook/Handphone kita mengikut fail dan folder yang dicipta. Kita sekadar boleh 'sharing' dan mengambilnya di internet.


Klik untuk besarkan gambar. Anda boleh cuba dapatkan fail aku
di kongsikan di facebook.

Satu perkara yang menarik dalam SkyDrive ialah mana-mana folder kita boleh sharing dengan orang ramai tanpa kita invate mereka dan pengkongsian ini juga boleh dibuat di Facebook.

Saya telah 'share'kan satu folder saya bernama "Documents" kepada semua orang melalui Facebook. Dan sesiapa sahaja boleh ambil bahan saya dalam folder berkenaan tanpa sebarang syarat. Ini rasanya lebih terbuka dan begitu selesa.


Klik untuk besarakan. Anda boleh guna google docs dengan
konsep yang sama tapi mungkin tak boleh dikongsikan di FB
hanya di Google + sahaja

Anda patut cuba SkyDrive dengan 25GB space dan pasti banyak perkara anda boleh buat dan pengkongsian pintar bahan-bahan boleh dilakukan.

Daftar e-mel hotmail di http://www.hotmail.com selain anda boleh space, officeonline anda juga dapat chat dengan Windows Live Masseger!! Barang Free kalau tak ambil bodohlah kita.......

Photoshop CS6 terlalu hebat untuk photo manipulasi


Sebelum ini saya ada menulis tentang CorelDraw X6 (Versi 16) yang baru dilancar kini Photoshop persainnya juga telah memperkenalkan Photoshop CS6 Beta (versi 13) yang sangat hebat sehingga tak sabar untuk mendapat versi sepenuhnya nanti. Saya tak tumpu kepada Adobe Illustrator yang sama-sama vektor grafik tapi saya lebih suka kepada Adobe Photoshop kerana gambungan coreldraw + photoshop membolehkan reka bentuk grafik saya menjadi lebih mantap.

Photoshop CS6 Beta menambah beberapa ciri baru yang sangat mengkagumkan dan memudahkan manipulasi kepada photoshop. Didatangkan dengan berlatar belakang hitam, seperti versi-versi terkini software lain semuanya menggunakan latar belakang hitam sebagai satu trend baru. Sebelum ini Sony Vegas, Corel PhotoPaint, Pinnacle, Cyberlink dll.


Beberapa ciri baru diperhalusi ialah blur, crop, 3D, video, Content Aware Patch, RAW, Wide Angle dll


Pada CS5 (tiada pada CS4) satu tool iaitu Content-Aware dimana boleh hilangkan objek tanpa menggunakan Spot Healing brush. Tapi yang menarik pada versi CS6 ialah bukan sahaja boleh hilang malah boleh gerakkan objek itu ketempat lain (move). Lihat contoh di atas saya alihkan kon ke hadapan sedikit menggunakan fungsi ini.



CS6 telah memperbaiki fungsi blur dengan menambahkan beberapa kemudahan lain pada menu ini ialah Field, Iris dan Tilt-Shift blur yang mana fungsi ini saya sudah melihat pada Corel PaintShop Pro X4 dan rasanya jika ada pada Photoshop saya tak perlulah install Corel PainShop Pro.


Crop juga mempunyai menu yang menarik dan flaksibel.


Untuk versi Extended satu fungsi untuk 3D diperkenalkan.

Pada versi sebelum ini kita boleh animasi picture (gif) menggunakan menu Animation. Tapi pada versi CS6 ini menu ini dinamakan sebagai Timeline dengan menambah fungsinya untuk buat video. Jadi kita tak perlu lagi Adobe Premier untuk buat video 'simple'... just guna sahaja Photoshop CS6 yang telah di'built-in' Premier..

Banyak lagi 'menda' menarik, kena download sekarang untuk versi portable!!






Edraw Max 6 banyak membantu dalam pembinaan gambar rajah


Sebagai seorang guru kita tak lari daripada membuat rajah, carta, peta dan pelbagai lagi semata-mata hendak memenuhi kehendak semasa yang kian canggih dalam membuat persembahan dan perbentangkan. Apatah lagi kalau kita aktif dalam aktiviti pertandingan yang bersifat banyak membuat 'bahan' daripada projek sebenar.. he he.

Semasa mendapat 42 pc baru di makmal sekolah, aku menggantikan pc lama tahun 2009 yang lalu aku dibekalkan dengan satu software Edraw Max 4. Program itu agak menarik tapi aku dah lazim dengan CorelDraw aku macam tak pandang aje software berkenaan. Malah CD original sebanyak 42 keping aku beri sahaja kepada pelajar aku kepada yang berminat.


Lagi satu aku lihat software ini juga seakan-akan Microsoft Publisher jadi aku tak rasa ada kepentingannya.

Tahun lalu aku terlibat dengan pertandingkan KIK peringat kebangsaan. Kami buat bahan untuk pertandingan yang banyak melibatkan pareto, fishbone (cause and effect), TQM dll kumpulan kami mula cari jalan mudah untuk membuat bahan ini, maka tersebutlah nama software ini.

Aku antara terkenal sebagai geng 'cracker' maka aku terjumpa Edraw Max versi 6.3 yang banyak membantu dalam hal ini. Rasnya cukup baik kalau aku kongsikan bersama dengan pembaca kelebihan software ini. Kalau malas install anda hanya perlu ambil versi portable 42.6MB sahaja dalam pendrive dan guna bila perlu dan rasanya 'tak jadi kudis gatal' (bahasa Terengganu yang bermaksu tak menyusahkan) kalau software ini ada dalam pendrive anda.

Solfware ini boleh membantu membuat Flow Charts, Organizational Charts, Work Flows, Software, UML Diagrams, Network Diagrams, Business Process, Charts and Graphics, Directional Map, Database Diagrams dll.

Contoh paparan dibawah boleh membantu anda memahaminya. (klik jika nak lihat lebih jelas)

Paparan awal untuk umum..

Boleh buat bahan sains seperti susunan atom dll

Peta Minda

Rajah Tulang Iklan

Selamat mencuba...