Pages

Tuesday, March 26, 2013

Selamat Hari Jadi Intel Pentium

Beberapa hari lalu, iaitu 22 Mac 2013 adalah ulang tahun ke-20 Intel Pentium. Satu langkah kepada perkembangan teknologi yang membuka era dunia pemkomputeran yang lebih mantap.

Intel memperkenalkan Pentium 60 CPU 5-volt Socket 4, dengan 3.1 juta transistor yang diproses melalui 800 nanometer.

Sebagai guru Fizik, aku mengajar anak murid tentang transistor, aku juga ajar tentang diod transistor. Jenis transistor PNP dan NPN. Ajar bagaimana mengira litar pemungut dan litar pengeluar. Ada yang belajar dan mengambil pengetahuan ini untuk dikaitan pada kehidupan dan ada yang sekadar belajar nak lulus SPM sahaja.


Gambar di atas adalah rupa transistor, besar pasal itu body TV dan komputer besar. Bayangkan ada 3.1 juta transistor dalam satu cip Pentium yang bersaiz 2" X 2"???

Makin hari makin kecil cip dan makin banyak transistor di"sumbat" ke dalam cip tersebut. Hari ini cip menajalankan proses 22 nanometer dengan 1.4 billion transistor.


Pada 22 Jun 1996 aku beli satu cip Pentium 166 dengan harga RM1900.00. Itu belum masuk lagi harga RAM yang pada masa itu 1MB (bukan 1GB) berharga RM100.00. Pernah dulu aku lihat harga cip ini dijual dengan hanya RM90 (baru dan jaminan 3 tahun). Selepas itu tak ada harga...kerana Pentium 2, 3, 4, Celeron, Core2Duo, QuadCore dan i3-i7. Cip di atas masih ada didalam kotak 'sampah sarap' barangan komputer lama aku.

Kalau aku beli sebuah motosikal HondaCup buruk dengan duit itu, sekarang ini kalau aku nak jual motor buruk berkenaan RM500 aku rasa ramai yang berebut-rebut untuk dapatkannya.

Teknologi IT berbeza.. banyak yang berlalu bukan sahaja barangan malah ilmunya. Misalnya dulu orang belajar COBOL, TURBO PASCAL, FOTRAN.. dan macam-macam tetapi sekarang semuanya menjadi 'sampah' yang tidak boleh dimanafaatkan.

Sebelum aku hentikan artikel ini, ada yang bertanya aku kaki cip itu emas tulin ke? Ya.. tapi tak berbaloi untuk mendapatkannya kerana terlalu sedikit.. Sekadar sadur sahaja...

Sunday, March 24, 2013

Nasihat ikhlas kepada pelajar aku yang suka posting gambar dalam FB..


Artikel ini aku telah tulis pada 6 Ogos 2010 di blog Notatercicir - http://notatercicir.blogspot.com. Aku rasa nak ulang tulis pada blog baru ini supaya boleh di ambil pengajaran oleh pelajar perempuan yang suka sangat posting gambar dalam facebook.

Dalam artikel baru diselitkan satu video yang 'tak lucah' boleh mengambarkan situasi ini. Dengan ada video mungkin lebih jelas keupayaan apa yang boleh dilihat.

Sebagaimana yang saya maklum sebelum ini, saya mewajibkan pelajar ada blog dan facebook (FB). Tapi saya banyak kali menasihatkannya untuk tidak membuat posting gambar-gambar perseorangan yang boleh membawa padah apatah lagi wanita biasanya lebih baik gambarnya untuk muhrim sahaja.

Kenapa saya begitu kolot sekali pemikirannya... sedangkan saya adalah antara guru yang selalu mengikuti perkembangan IT, dan bergelomang dalam dunia IT??

Ya kalau kita masihatkan pelajar perempuan menutup aurat, menjaga diri dan adab kita selalu dikatakan berada dalam dunia kolot, ketinggalan zaman dan tidak mengikuti peredaran zaman..

Sebenarnya kenyataan di atas yang kolot dan bodoh.. Mereka yang mengikuti nasihat agamanya sendiri adalah mereka yang berada dalam landasan "kemenjadian" (Pengetua saya selalu guna perkataan ini) yang hakiki. Kenapa??

Semasa di SMK Sultan Omar tahun 2002 saya telah beli dua kamera handycam Sony untuk sekolah. Digital 8 dengan harga sekitar RM2600. Handycam ini mempunyai fungsi NightShot (0 Lux). Nightshot adalah bertujuan mengambil gambar malam tanpa cahaya... gambarnya kelihatan warna hijau. Semasa aku ke sekolah SMK Tengku Intan Zaharah, handycam jenis ini pun ada, di bawah jangaan cikgu Wan Mohd Anuar.

Disebalik Nighshot 0 Lux ini, jika kita guna filter Infrared See-Through Filter PF pada waktu siang hari (sebaiknya tengahari) dia boleh menembusi baju yang nipis dan menampak apa yang ada didalam.

 

Bagaimana "menantang ning" berfungsi dan disalah gunakan oleh mereka yang kreatif dan mereka otak "kotor". Jika anda belajar Fizik (kebetulan pula saya memang cikgu Fizik) anda akan mengetahui dengan fenomena cahaya.



Petunjuk:
1. Cahaya Matahari (terang)
2. Tubuh Manusia
3. Baju
4. Infrared rays
5. Ultraviolet dan visible rays
6. KAYA PF (Filter)
7. Handycam

Ini kaedah bagaimana cahaya boleh menebusi lapisan pertama kerana kita tahu cahaya putih ada 7 komponen warna. Memang susah nampak macam ini. Saya ambil satu contoh bagaimana MatSalleh pakaikan seluar dalam pada kotak Sony... Walaupun nampak lucu tapi ini boleh memberikan penerangan yang lebih baik.




Segala apa yang tersembunyi boleh nampak belaka.



Masa saya beli Handycam Sony itu kerajaan Malaysia baru sedar dan mengelurkan arahan untuk mengambil balik semua filter berkenaan dan fiter berkenaan di haramkan di Malaysia. Engkau orang tahulah benda haram ini lagi cepat mereka yang memilik handycam akan mencari... lagikan dadah yang kena hukum gantung pun ramai orang seludup... ini sekadar haram sahaja!

Kalau payah order aje melalui internet mana orang tahu ini adalah fiter.. Anjing pun tak belajar lagi mengesan fiter ini pasal takkan dia kenal bau filter. Kalau saya gantung di "tekok" saya pun siapa tahu ini fiter yang dimaksudkan kerana semua filter kamera sama sahaja.. Tak percaya tanya cikgu Mulia..

But it's bad business to count on consumers being logical. In a discovery that was first publicized by a Japanese men's magazine, it so happens that in a well-lit setting, in certain instances, a NightShot camera can seem to penetrate fabric, revealing the underwear of fully clothed individuals, or making people in swimwear appear virtually naked. Of course, the NightShot is only a harbinger of the prurient progress that tomorrow holds in store. Sony may not have intended to design a camera that turns people naked, but you better believe somebody else eventually will. Newsweek(1999)
Itu cerita 2002, teknologi tahun 1999...

Sekarang 2010, teknologi makin berkembang dan perkembangannya cukup pesat. Sekarang boleh scan gambar menjadikan dia seolah gambar yang tak elok menggunakan teknik Super Impose dan X-Ray.

Saya tak akan tunjuk secara secara detail, mana tahu anda akan belajar pula nak buat eksperimen.. Entah-entah gambar saya tersiar dalam majalah porno... mampus aku nak membela diri, membersih aib....

Tiga gambar pelajar perempuan di atas sebenarnya diambil daripada FBnya. Gambar itu bagus menuntup aurat. Tapi malangnya ada manusia jahat telah merosakkan imej ini dengan menggunakan teknologi baru 2010.. Hasilnya....


Kalau gambar anda disiarkan begitu di internet akibat keghairah anda membuat posting gambar dalam FB. Siapa harus dipersalahkan.... Saya nasihatkan kepada semua pelajar perempuan, guru wanita (terutama yang bujang) dan lelaki juga... awasilah gambar anda di FB... Malang tak berbau....

Pasal itu ada orang menasihati kita "jangan caya lelaki"...

Solid State Drive (SSD) adalah pilihan terbaik


Mulai sekarang semua artikel berhubung dengan IT hanya di tulis di blog ini tidak lagi blog Notatercicir. Rasa pembahagian ini akan memudahkan rujukkan nanti, terutama kepada pelajar aku yang akan mengambil nota IT.

Sebelum aku beli Notebook Folio13 akan mendapat banyak gambaran yang salah pasal Intel Grafik buil-in (tak ada grafik kad). Kemudian harddisk SSD yang hanya 125GB sahaja. Bagaimana seorang penggunakan seperti aku yang menggunakan 3 wordprosessing seperti Office2013, LotusSmartSuite dan OpenOffice 3.3... Itu belum masuk lagi CorelDraw X6, Photoshop CS6, Sony Vegas Pro 12, Sony SoundForge 10, Power Director 11 dan beberapa software semuanya adalah sofware yang besar..

Cukup ke harddisk SSD 125GB?

Kalau Folio13 HP telah guna 10GB untuk backup windows asalnya.

Dulu aku bimbang... tapi setelah aku guna, sebenarnya lebih daripada cukup. Hanya jangan simpang fail-fail yang besar dan video terlalu banyak di harddisk.


HDD atau cakera keras standard menggunakan pepiring. Bagi HDD, kadar kelajuan ditentukan dalam bentuk putaran per minit, yang memberitahu bilangan pepiring melakukan satu pusingan lengkap.
Secara umumnya, kebanyakan HDD yang terdapat di pasaran mempunyai kelajuan sekitar 5400 rpm, 7200 rpm dan 15500 rpm. Secara umumnya, semakin tinggi RPM, semakin laju akses kepada data di dalam storan tersebut.

SSD pula menggunakan teknologi cip NAND untuk menyimpan data dan bukan pepiring, jadi data tidak perlu dibaca diatas pepiring oleh actuator head dalam harddisk tu. Malah, kelajuan ini pula disokong dengan SSD yang menggunakan SATA 2 dan keatas.



Video di atas menunjukkan perbandingan beberapa HDD dengan SSD.



Ini pula bagaimana PC buruk menggunakan SDD menunjukkan kelajuan yang sangat memberangsangkan.

Harga SSD 120GB Intel seperti gambar paling atas sekarang ini ialah RM300. Jika kita beli harddisk biasa hanya RM260 sahaja kita dah boleh beli 1000GB (1TB).

Sekarang saya mula bercadang untuk menukar harddisk pada PC HPSlimline QuadCore saya kepada SSD.