Pages

Monday, July 29, 2013

Membuat Pamplet/Brosur dengan menggunakan Coreldraw X6


Membuat pamplet atau brosur tidaklah sukar mana dengan menggunakan CorelDraw. Ada 3 cara untuk buat template brosur 3 kolum. Dalam video pertama saya ada tunjukkan 2 cara dan insya-Allah saya akan sambung satu lagi bila saya ada masa.



Pelajar boleh tonton video ini dan cuba membuat satu pemplet majlis sambutan Hari Raya peringkat sekolah yang mengandungi pendahuluan, objektif, AJK Kerja, Aturcara dan penghargaan.

Sunday, July 21, 2013

Membuat Kad Raya dengan CorelDraw X6

Minggu kedua untuk pengajaran CorelDraw dan kebetulan bulan ramadan dan akan raya tak lama lagi jadi saya membuat Modul 2 iaitu membuat kad raya dengan coreldraw. Saya pernah buat kad ini dengan gabungan Photoshop dan CorelDraw seperti apa yang tercatat di atas.

Walau bagaimanapun kad raya ini boleh dibuat sepenuhnya dengan CorelDraw.



Kad di atas adalah kad yang dibuat sepenuhnya dengan coreldraw. saya tunjukkan video di bawah bagaimana untuk membuatnya.

Selamat mencuba.


Wednesday, July 17, 2013

Mencetak Replika Cek dengan printer biasa A4


Ramai orang tanya saya pasal nak buat replika cek. Ni kes nak jimat duit. Biasanya dia orang ke kedai printing cetak banner dan tampal pada polystyrene. Tapi kalau nak buat sendiri nak cetak guna printer biasa bersaiz A4.

Jawapan paling mudah ialah dengan menggunakan CorelDraw X6. CorelDraw menyediakan printing untuk format tiled pages. Selepas cetak pada kertas A4 gunting dan tampalkan pada polystrene.

Aku ingat lagi masa kursus TMK (Teknologi Maklumat & Komunikasi) sekitar tahun 2000 dulu aku boring aku print gambar aku 25 keping A4. Gambar tu aku berjanggut. Aku balik aku tampal di dinding. Lihat daripada jauh macam Osama Ben Laden.

JU TMK tahun 2000 di Besut dengan Notebook Acer TravelMate 433

Saya tujukkan modul 11 untuk tatapan pelajar dan mana-mana yang berminat untuk belajar CorelDraw.



Link untuk ke youtube ialah
https://www.youtube.com/watch?v=CTE0Zq6byjI


Selamat mencuba.....
Terima kasih

Tuesday, July 16, 2013

Membuat Sijil dengan menggunakan CorelDraw X6

Untuk sesi kedua persekolahan, biasanya saya akan mengajar CorelDraw sebagai topik tambahan untuk grafik. Menjadi kebiasaan kepada saya bila mengajar, saya mengajar dengan begitu cepat dan rata-rata pelajar akan komen bahawa tak boleh ikut kerana cikgu mengajar terlalu laju.

Walaupun tiap-tiap tahun itulah komen yang diberikan, malah semasa saya memberi kursus untuk guru-guru pun perkara yang sama disebut.

Saya masih tetap dengan 'stail' laju kerana dengan laju saya rasa saya boleh ubah cara berfikir, bergerak dan mengolah dengan lebih 'cergas'. Ini membantu otak bergerak dengan lebih cepat... Rasanya ramai tak setuju.

Hari ini saya nak tunjukkan bagaimana sijil (seperti di atas) boleh dibuat dengan begitu mudah menggunakan CorelDraw X6. Ramai orang akan berkata saya tak pernah buka CorelDraw, bagaimana saya nak buat sijil, menunya pun saya tak pernah tahu?

Saya ada pendekatan yang cepat untuk pembelajaran CorelDraw dan Photoshop kepada orang yang tak pernah buka software ini sebelum belajar. Video di bawah adalah video hari pertama saya mengajar CorelDraw kepada pelajar Tingkatan 2 yang sebelum ini belum kenal apa itu CorelDraw.

Saya guna pendekatan, buka CorelDraw terus buat apa yang biasa dikehendaki, misalnya sijil, pemplet, kad, carta dll tanpa saya memeperkenalkan apa itu rekabentuk dalaman software berkenaan.

Mari kita cuba modul pertama untuk hari pertama dengan CorelDraw.



Boleh ke youtube terus melalui link ini
https://www.youtube.com/watch?v=P4K2JK_H1Xk

Selamat mencuba.