Pages

Friday, January 03, 2014

Buang Suara Pada Lagu Menggunakan Sony SoundForge 11

Pertama sebelum saya panjangkan citer.. saya nak maklumakan saya tak minat lagu dan tak mahir pasal audio. Kalau terbabit pun adalah secara 'terpaksa'. 

Dulu kalau orang tanya saya pasal lagu, saya terus tunjukkan kepada cg Anuar Ishak dia pakar! 5 - 6 tahun lalu kalau nak buang suara pada lagu, selalunya kita rujuk kepada cg Anuar (sekarang di PPD Setiu). Teorinya saya tahu orang menggunakan Cool Edit Pro atau Audacity. Biasanya yang nak buang vokal kerana nak buat karaoke.

Akhir tahun lepas, cg Rosni minta aku buang vokal pada lagu kerana dia nak hantar pelajar koir ke KL. Aku kata aku kurang pandai pasal audio tapi aku citer pasal teorinya tak boleh buang semua.

Selapas itu cg Musa (kaunselor dan pengasas kedai komputer 4M di Dungun 22 tahun lalu) jumpa aku dan rasa pelik aku tak boleh buat. Dia cakap dia telah buat kepada cg Rosni dengan menggunakan CoolEdit Pro.

Saya sebenarnya malas nak install CoolEdit Pro pasal saya menggunakan notebook ultrabook yang harddisk SSDnya hanya 125GB sahaja. Saya dah install SoundForge 11 untuk penggunaan editan audio.

Bila saya semak pada SoundForge 11, rupanya dah ada plug-in build-in dikenali sebagai "Vocal Cut"... cis terlalu mudah berbanding sebelum ini.

Oleh itu saya rasa baik saya kongsikan dengan semua pembaca.



Sorry masa rakam secara 'live' saya selsema... teruknya selsema.. tapi yang penting isinya.

Selamat mencuba..



Thursday, January 02, 2014

Windows 8.1 Pro Evolution akan Expire pada 15 Januari 2014


Microsoft telah memberi notis kepada pengguna Window 8.1 Pro Evolution supaya update windows 8.1 Pro Final sebelum 15 Januari 2014. Notis amaran ini telah dikeluarkan pada hari 2 Januari 2014.

Jika tidak mengemakini versi final, pc akan restart secara automatik setiap 2 jam sekali.

Jika anda mengemakini (update) anda kena ada akaun microsoft (mungkin strategi untuk melawan gmail) dan anda boleh update tetapi mesti membeli lesen. Jika gagal, pc anda akan kembali kepada versi asal dan pc anda akan restart setiap 2 jam sekali.... KAH KAH memang Microsoft bijak cuba "mengerik" pitih kita!!

Anda orang tanya saya, bagaimana cg Zul nak selesaikan masalah ini??


"Jawapannya mudah aje.. Gunalah semula windows 8.0 yang dah stabil. Tunggu sehingga 15 Januari 2014 ini. Selepas ini sudah dalam dunia ada manusia yang tak suka microsoft kaya raya... dan kita boleh download Final Versi windows 8.1 tersebut"

Yang paling sedih sekali ialah ustaz Yusrie baru copy Windows 8.1 dengan aku di kedai makan pekan Ajil. "jem kelong"... ha ha