Pages

Friday, June 20, 2014

OCR dengan menggunakan Adobe Acrobat XI Pro


Semasa saya membuat semakan installer yang ada dalam multiboot pendrive 32G saya, saya terfikir baik saya letak satu software OCR (Optical character recognition atau bahasa mudah scan buku untuk jadi teks yang boleh diedit). Saya selalu guna OmiPage. Kebetulan OmiPage yang ada adalah versi 15 dan sekarang sudah 18.

Tapi sebelum itu saya buat pencari 'the best OCR software 2014'. Tiba-tiba terkeluar dalam perbandingan Adobe Acrobat Pro. Terus terang saya tak terlintas bahawa Acrobat boleh buat OCR... Saya baru jadikan Acrobat Pro sebagai sofware kemestian diinstall mengantikan Acrobat Reader kerana sekarang lebih baik dan ringan... lagi pun mudah untuk buat buku PDF daripada scanner yang sebelum ini saya buat dengan CorelDraw.

Saya buat keputusan ucap selamat tinggal kepada OmiPage... Dulu saya pernah ucap selamat tinggal kepada
Solid Converter PDF.


Mula buka Acrobat Pro XI


Pilih Scan Black & White


Hasil scanner kalau boleh buat mana yang tak nak, tapi dalam tunjukcara ini saya biarkan kotaran tepi...


Kita boleh select mana yang kita nak dan copy.... atau


Kita boleh 'save terus' kepada text atau microsoft word.


Ini hasil selepas kita save kepada microsoft word.


Kita boleh pinda, buang mana-mana yang kita mahu.


Atau kita boleh paste aje seperti berikut:-

Saya rasa Acrobat Pro XI sudah cukup untuk scan, baca dan edit PDF... oleh itu boleh ucap selamat tinggal kepada softare lain sperti ini.


Thursday, June 12, 2014

Firefox 30 Membuat Perubahan Kepada 7 Aspek Keselamatan (Security Fixes)


29 April lalu baru lagi update Firefox 29, 10 Jun 2014 keluar pula Firefox 30. Ini buat pening kepala.... Katanya Firefox 30 menyelesaikan 7 aspek keselamatan yang tidak begitu stabil.

2 hari lepas PC desktop aku terkena serangan malware untuk broswer Firefox, Chrome dan Internet Explore semua terkena. Setelah fix hanya IE sahaja yang ok. Aku terfikir ketahanan IE melebihi daripada Firefox dan Choreme. Masa tu aku guna Firefox 29.

Butang sidebars dalam Firefox kini membolehkan pengguna akses lebih cepat kepada sosial, bookmark dan history sidebars. Selain itu, dengan Firefox 30 ini Mozilla kini menyediakan sokongan untuk GStreamer 1.0 bagi rangka kerja untuk streaming multimedia.

Firefox kini menyediakan 7 nasihat keselamatan bagi pengguna open-source browser release. Yang paling utama ialah  fixing bagi "miscellaneous memory safety hazards."

Anda boleh download Firefox 30 di sini