Pages

Wednesday, October 08, 2014

Macam Mana Nak Letak Butang/Menu All Program Pada Windows 8?


Ramai di kalangan kita tak suka berpindah kepada Windows 8 kerana menu all program tidak ada. Susah nak cari solfware yang ada pada pc berkenaan. Tadi semasa saya mengajar 2 Intan 2 mereka tercari-cari Microsoft Word kerana PC makmal semuanya baru saya format dan saya tak buat shortcut.


Sebenarnya masih boleh buat menu tersebut secara manual seperti di atas, tapi ramai yang tak tahu.



Mula-mula "Right-click on the Taskbar" 



Selepas itu "Highlight the Toolbars sub-menu" untuk dapatkan sub-menu



Pilih "New toolbar"



Taipakan perkataan  %ProgramData%\Microsoft\Windows\Start Menu\Programs dan klik select folder




Akhirnya menu/butang all program akan terhasil seperti windows 7 tetapi disebelah kanan pc anda.

Selamat mencuba.










Friday, June 20, 2014

OCR dengan menggunakan Adobe Acrobat XI Pro


Semasa saya membuat semakan installer yang ada dalam multiboot pendrive 32G saya, saya terfikir baik saya letak satu software OCR (Optical character recognition atau bahasa mudah scan buku untuk jadi teks yang boleh diedit). Saya selalu guna OmiPage. Kebetulan OmiPage yang ada adalah versi 15 dan sekarang sudah 18.

Tapi sebelum itu saya buat pencari 'the best OCR software 2014'. Tiba-tiba terkeluar dalam perbandingan Adobe Acrobat Pro. Terus terang saya tak terlintas bahawa Acrobat boleh buat OCR... Saya baru jadikan Acrobat Pro sebagai sofware kemestian diinstall mengantikan Acrobat Reader kerana sekarang lebih baik dan ringan... lagi pun mudah untuk buat buku PDF daripada scanner yang sebelum ini saya buat dengan CorelDraw.

Saya buat keputusan ucap selamat tinggal kepada OmiPage... Dulu saya pernah ucap selamat tinggal kepada
Solid Converter PDF.


Mula buka Acrobat Pro XI


Pilih Scan Black & White


Hasil scanner kalau boleh buat mana yang tak nak, tapi dalam tunjukcara ini saya biarkan kotaran tepi...


Kita boleh select mana yang kita nak dan copy.... atau


Kita boleh 'save terus' kepada text atau microsoft word.


Ini hasil selepas kita save kepada microsoft word.


Kita boleh pinda, buang mana-mana yang kita mahu.


Atau kita boleh paste aje seperti berikut:-

Saya rasa Acrobat Pro XI sudah cukup untuk scan, baca dan edit PDF... oleh itu boleh ucap selamat tinggal kepada softare lain sperti ini.


Thursday, June 12, 2014

Firefox 30 Membuat Perubahan Kepada 7 Aspek Keselamatan (Security Fixes)


29 April lalu baru lagi update Firefox 29, 10 Jun 2014 keluar pula Firefox 30. Ini buat pening kepala.... Katanya Firefox 30 menyelesaikan 7 aspek keselamatan yang tidak begitu stabil.

2 hari lepas PC desktop aku terkena serangan malware untuk broswer Firefox, Chrome dan Internet Explore semua terkena. Setelah fix hanya IE sahaja yang ok. Aku terfikir ketahanan IE melebihi daripada Firefox dan Choreme. Masa tu aku guna Firefox 29.

Butang sidebars dalam Firefox kini membolehkan pengguna akses lebih cepat kepada sosial, bookmark dan history sidebars. Selain itu, dengan Firefox 30 ini Mozilla kini menyediakan sokongan untuk GStreamer 1.0 bagi rangka kerja untuk streaming multimedia.

Firefox kini menyediakan 7 nasihat keselamatan bagi pengguna open-source browser release. Yang paling utama ialah  fixing bagi "miscellaneous memory safety hazards."

Anda boleh download Firefox 30 di sini



Thursday, May 15, 2014

Sony Vegas Pro 13 Dengan Plug-In Terkini

7 April 2014 lalu Sony telah melacarkan keluar terbaru Vegas iaitu Vegas Pro 13 64bit. Versi terbaru ini lebih mudah dan cepat dalam proses video berbanding dengan versi sebelum ini Vegas Pro 12 yang dikeluarkan pada 9 November 2012 dua tahun lalu.

2 tahun sudah pasti banyak perubahan dari segi teknologi kepantasan dan caragaya persembahan.

Walaubagaimana pun tak banyak yang berubah pada asasnya melainkan plug-in.

Sunday, May 11, 2014

Membuat Laman Web Dengan Adobe Photoshop


Minggu ini adalah minggu terakhir sebelum peperiksaan. Saya kena habiskan Adobe Photoshop untuk pelajar saya sebelum saya nak masuk ke CorelDraw X7. Minggu depan peperiksaan dan cuti. Saya cuba tamatkan pengajaran asas photoshop dengan membuat web seperti di atas.

Wednesday, May 07, 2014

Windows 8.1 updates terkini untuk Desktop User


Microsoft mengemaskni windows 8.1 dengan pengguna desktop. Sebelum ini windows 8.1 lebih selesa untuk pengguna touch-screen devices tetapi dengan update terbaru pengguna desktop boleh menggunakan dengan lebih selesa.

Tuesday, May 06, 2014

Wifi File Transfer Pro Lebih Baik Untuk Pindah Data Dari SmartPhone ke PC


Hari saya nak transfer satu gambar daripada smartphone ke laptop saya. Saya ada banyak pilihan untuk membuatnya. Antara pilihan-pilihan yang boleh dibuat ialah menggunakan bluetooth, send emel, dropbox, kabel OTG dan pendrive atau wifi transfer pro.

Saya melihat cara paling mudah ialah wifi transfer pro (WTP) kerana tak banyak keadah dan lebih cepat pemindahan data. WTP menggunakan port dan browser untuk pemidahan data.


Monday, May 05, 2014

Membuat Animasi dengan Adobe Photoshop


Usop Sontorian ialah siri animasi Malaysia yang pertama. Siri kartun tersebut direka oleh Ujang bersama Kamn Ismail dan diterbitkan oleh Kharisma Pictures Sdn. Bhd. pada tahun 1993. Kartun animasi ini menggunakan lukisan 8 gambar pada satu saat. Oleh sebab itu pergerakkannya agak kaku.


Monday, April 14, 2014

ES File Explorer File Manager for Android

Saya minta guru untuk berkongsi bahan menggunakan Telegram (anak beranak Whatsapp) termasuk fail yang dipadatkan dengan zip atau rar.

Ada yang tanya saya macam mana nak buka file rar dengan smartphone (android).

Saya mencadangkan untuk menggunakan ES File Explorer Manager. Software ini bukan sahaja boleh buka bermacam-macam jenis format file malah boleh explorer dalam root smartphone (bahaya kepada yang sukar mengganas kalau ta ada asas).


Sunday, April 13, 2014

Protect USB Pendrive daripada virus macam kita guna CD atau DVD


Saya daripada tahun lepas mencari pendrive yang ada lock supaya menyelamatkan pendrive software saya terkena virus. Dulu ada sekarang tak ada.

Baru-baru ini pendrive 32G saya mempunyai pelbagai software semasa telah terkena virus daripada komputer kawan-kawan. Memang cerewet nak buat semula.


Wednesday, April 09, 2014

CorelDraw X7 sangat menarik.. Support Tablet Windows


27 Mac 2014 lalu CorelDraw versi 17 atau dikenali sebagai CorelDraw X7 dilancarkan. Versi ini sangat menarik dan mempunyai banyak perkara baru. Saya telah download untuk 32bits 416MB manakala untuk 64bits 423MB di laman Corel. Ada crack tapi ingat "niti titian siraq' masing-masing.


Thursday, April 03, 2014

Gadget kabel untuk smartphone atau tablet (VGA, USB dan HDMI)


Saya selalu ditanya "boleh tak tablet saya disambung ke projetor?" Jawapan boleh tapi masalahnya apakah alatan (gadget) yang diperlukan untuk kerja penyambungan ini.

Satu lagi masalh ialah kebanyakkan projetor sekolah (versi lama) tidak mempunyai connetor HDMI (High-Definition Multimedia Interface). Apa dia HDMI? satu connetor yang boleh menghantar video dan audio sekali berbeza dengan VGA (Video Graphics Array) yang hanya menghantar video sahaja tanpa suara.


Thursday, February 27, 2014

Zoom YES dan Network

Ada beberapa orang cikgu tanya saya pasal zoom yes yang agak limeted akses internet dan tidak boleh pergi jauh hanya sekitar dalam bilik. Bila masuk 20 orang sudah mula macam "siput khinzir"

Di sekolah aku tak ada masalah seperti ini kerana akhir Disember 2012 dulu aku dah 'kerjakan' puak yang pasang yes di sekolah aku.


Saturday, February 01, 2014

MyScript® Calculator™ adalah kalkulator saintifik android friendly


Saya telah mencuba banyak software android untuk kalkulator terutamanya kalkulator saintifik. MyScript Calculator adalah antara yang terbaik kerana cukup mudah diguna sekadar menulis pada paparan skrin untuk mendapatkan jawapan.

Penggunaan makin baik jika kita mempunyai pen stylus.


Bagaimana nak delete "File name is too long to delete"


Banyak kali kita jumpa fail yang mempunyai nama panjang dan tak boleh didelete, pindah atau pun rename. Siapa yang install banyak kali windows kalau terjumpa folder windows.old juga mengalami masalah yang sama.


Friday, January 03, 2014

Buang Suara Pada Lagu Menggunakan Sony SoundForge 11

Pertama sebelum saya panjangkan citer.. saya nak maklumakan saya tak minat lagu dan tak mahir pasal audio. Kalau terbabit pun adalah secara 'terpaksa'. 

Dulu kalau orang tanya saya pasal lagu, saya terus tunjukkan kepada cg Anuar Ishak dia pakar! 5 - 6 tahun lalu kalau nak buang suara pada lagu, selalunya kita rujuk kepada cg Anuar (sekarang di PPD Setiu). Teorinya saya tahu orang menggunakan Cool Edit Pro atau Audacity. Biasanya yang nak buang vokal kerana nak buat karaoke.

Akhir tahun lepas, cg Rosni minta aku buang vokal pada lagu kerana dia nak hantar pelajar koir ke KL. Aku kata aku kurang pandai pasal audio tapi aku citer pasal teorinya tak boleh buang semua.

Selapas itu cg Musa (kaunselor dan pengasas kedai komputer 4M di Dungun 22 tahun lalu) jumpa aku dan rasa pelik aku tak boleh buat. Dia cakap dia telah buat kepada cg Rosni dengan menggunakan CoolEdit Pro.

Saya sebenarnya malas nak install CoolEdit Pro pasal saya menggunakan notebook ultrabook yang harddisk SSDnya hanya 125GB sahaja. Saya dah install SoundForge 11 untuk penggunaan editan audio.

Bila saya semak pada SoundForge 11, rupanya dah ada plug-in build-in dikenali sebagai "Vocal Cut"... cis terlalu mudah berbanding sebelum ini.

Oleh itu saya rasa baik saya kongsikan dengan semua pembaca.



Sorry masa rakam secara 'live' saya selsema... teruknya selsema.. tapi yang penting isinya.

Selamat mencuba..



Thursday, January 02, 2014

Windows 8.1 Pro Evolution akan Expire pada 15 Januari 2014


Microsoft telah memberi notis kepada pengguna Window 8.1 Pro Evolution supaya update windows 8.1 Pro Final sebelum 15 Januari 2014. Notis amaran ini telah dikeluarkan pada hari 2 Januari 2014.

Jika tidak mengemakini versi final, pc akan restart secara automatik setiap 2 jam sekali.

Jika anda mengemakini (update) anda kena ada akaun microsoft (mungkin strategi untuk melawan gmail) dan anda boleh update tetapi mesti membeli lesen. Jika gagal, pc anda akan kembali kepada versi asal dan pc anda akan restart setiap 2 jam sekali.... KAH KAH memang Microsoft bijak cuba "mengerik" pitih kita!!

Anda orang tanya saya, bagaimana cg Zul nak selesaikan masalah ini??


"Jawapannya mudah aje.. Gunalah semula windows 8.0 yang dah stabil. Tunggu sehingga 15 Januari 2014 ini. Selepas ini sudah dalam dunia ada manusia yang tak suka microsoft kaya raya... dan kita boleh download Final Versi windows 8.1 tersebut"

Yang paling sedih sekali ialah ustaz Yusrie baru copy Windows 8.1 dengan aku di kedai makan pekan Ajil. "jem kelong"... ha ha