Pages

Friday, November 18, 2016

Bagaimana Nak Buka Fail Format .ISO?


.ISO bermaksud "In Search Of". Mungkin bagi sesetengah kita jarang terlibat dalam proses 'burning CD atau DVD' yang melibatkan fail image, dalam bentuk *.ISO atau .img.


Monday, November 07, 2016

Bagaimana Nak Dapat Maklumat (Misanya ProductKey) Notebook/PC dengan Mudah?


Selalunya kalau kita nak tahu 'productkey' notebook atau desktop kita balikkan notebook atau ke belakang nak lihat. Kalau tak nampak kita guna kamera ambil gambar untuk besarkan nombornya. Bagaimana kalau label 'productkey' ini hilang atau tercabut??

Saya pernah ditanya oleh seorang rakan guru berkenaan productkeynya yang tercabut.

Paling mudah gunalah "COMMAND PROMPT" CMD




Taipkan "wmic bios get serialnumber" untuk Siri Nombor
Taipkan "wmic csproduct get name" untuk Jenama Notebookni kalau anda biasa format notebook kemudian nak cari driver.

Boleh juga taipkan "wmic logicaldisk get deviced, volumename, description"
Taipkan "wmic os get BuildNumber" untuk versi dan build Windows



Saya sebenarnya dah menulis mengenai perkara ini di sini (Serial Number Laptop Atau PC Yang Hilang Sticker)

 

Masalah Invalid Signature Secure Boot Policy Semasa Nak Format Notebook


Aku mula jumpa perkara ini semasa nak format Notebook Asus Cikgu Musa daripada Windows 7 Original kepada Windows 10 Pirate. Tak baca pendrive bootable. Ingat masalah UEFI sedangkan aku dag guna bootable GPT.

Untuk pengetahuan ada dua bootable samada MGR atau GPT. Ini boleh dibuat dengan menggunakan rufus 2.11 (terkini).


Rupanya masalah "Secure Boot Policy". Cara nak atasinya ialah masuk BIOS setup F2, ESC atau DELETE bergantung pada jenama notebook.


 Pilih Secure Boot dan Enablekan. Kemudian exit dan "Save".

Ok Sekarang anda boleh guna pendrive anda untuk format notebook berkenaan.

Semalat Mencuba.












Bagaimana Nak Selesai Masalah The Recycle Bin [DRIVE]:\ is corrupted


Aku ada satu harddisk mobile 1TB yang selalu aku bawa kerana didalamnya ada banyak installer terkini yang aku buat dalam format ISO. Selain fail-fail lain. Biasalah aku mana guna remove hardware semasa mencabutnya... pakai cabur terus aje..

Sekali tu satu partition terkeluar macam di atas.

Jadi cara untuk mengatasinya adalah seperti gambar di bawah


Run Commad Prompt sebagai Administrator, lihat di atas.


Taipkan rd /s /q <Drive yang rosak>:\$Recycle Bin

C:\Windows\system32> rd /s /q G:\$Recycle Bin

Enter
Pastikan tiada apa yang terpapar sehingga keluar
C:\Windows\system32>

Sebaiknya selepas perkara ini selesai, pindahkan fail-fail yang ada dan kemudian formatkan semula harddisk atau partition berkenaan untuk dapatkan setting yang baik.

Sekian


Bagaimana Memasukkan Subtitle (fail SRT) Pada Sesebuah Filem (MKV, AVI, MP4 dll)


Sebelum ini saya telah menulis bagaimana nak edit subtitle daripada Bahasa Inggeris atau apa-apa bahasa ke Bahasa Melayu. Anda boleh baca di sini (Alih Bahasa Subtitle Filem). Hari ini saya akan menunjukkan pula bagaimana subtitle itu terus dimasukkan kedalam filem tanpa perlu ada fail sampingan SRT, ASS dll di sisi file filem.


Sebelum saya tunjukkan bagaimana nak masukkan fail SRT dalam file filem berkenaan seperti di atas saya akan tunjukkan kita boleh guna beberapa subtitle untuk sesebuah filem dengan menambahkan 'titik' pada fail berkenaan misalnya "Big Hero (2016).srt" kepada "Big Hero (2016).BI.srt" maka MoviePlayer akan membaca kedua-dua file SRT berkenaan.

Untuk masukkan SRT ke file Filem kita perlukan satu software percuma iaitu MKVToolNix GUI versi 9.50. Anda boleh download di sini (klik)



Klik "Add Source Files" dan masukkan file filem dan SRTnya sekali. Lihat di atas.


Namakan Subtitle pada "Track Name" dan setkan default Bahasa apa yang akan keluar semasa filem berkenaan dimainkan secara automatik jika anda masukkan beberapa subtitle.

Fail filem baru akan disimpan dengannama baru pada sisi fail filem asal. Anda boleh delete filem asal dan fail subtitle kerana anda tak perlu lagi fail srt berkenaan. Jika fail filem asal adalah selain MKV fail baru adalah dalam format MKV.

Selamat Mencuba.