Pages

Friday, November 18, 2016

Bagaimana Nak Buka Fail Format .ISO?


.ISO bermaksud "In Search Of". Mungkin bagi sesetengah kita jarang terlibat dalam proses 'burning CD atau DVD' yang melibatkan fail image, dalam bentuk *.ISO atau .img.


Monday, November 07, 2016

Bagaimana Nak Dapat Maklumat (Misanya ProductKey) Notebook/PC dengan Mudah?


Selalunya kalau kita nak tahu 'productkey' notebook atau desktop kita balikkan notebook atau ke belakang nak lihat. Kalau tak nampak kita guna kamera ambil gambar untuk besarkan nombornya. Bagaimana kalau label 'productkey' ini hilang atau tercabut??

Saya pernah ditanya oleh seorang rakan guru berkenaan productkeynya yang tercabut.

Paling mudah gunalah "COMMAND PROMPT" CMD




Taipkan "wmic bios get serialnumber" untuk Siri Nombor
Taipkan "wmic csproduct get name" untuk Jenama Notebookni kalau anda biasa format notebook kemudian nak cari driver.

Boleh juga taipkan "wmic logicaldisk get deviced, volumename, description"
Taipkan "wmic os get BuildNumber" untuk versi dan build Windows



Saya sebenarnya dah menulis mengenai perkara ini di sini (Serial Number Laptop Atau PC Yang Hilang Sticker)

 

Masalah Invalid Signature Secure Boot Policy Semasa Nak Format Notebook


Aku mula jumpa perkara ini semasa nak format Notebook Asus Cikgu Musa daripada Windows 7 Original kepada Windows 10 Pirate. Tak baca pendrive bootable. Ingat masalah UEFI sedangkan aku dag guna bootable GPT.

Untuk pengetahuan ada dua bootable samada MGR atau GPT. Ini boleh dibuat dengan menggunakan rufus 2.11 (terkini).


Rupanya masalah "Secure Boot Policy". Cara nak atasinya ialah masuk BIOS setup F2, ESC atau DELETE bergantung pada jenama notebook.


 Pilih Secure Boot dan Enablekan. Kemudian exit dan "Save".

Ok Sekarang anda boleh guna pendrive anda untuk format notebook berkenaan.

Semalat Mencuba.












Bagaimana Nak Selesai Masalah The Recycle Bin [DRIVE]:\ is corrupted


Aku ada satu harddisk mobile 1TB yang selalu aku bawa kerana didalamnya ada banyak installer terkini yang aku buat dalam format ISO. Selain fail-fail lain. Biasalah aku mana guna remove hardware semasa mencabutnya... pakai cabur terus aje..

Sekali tu satu partition terkeluar macam di atas.

Jadi cara untuk mengatasinya adalah seperti gambar di bawah


Run Commad Prompt sebagai Administrator, lihat di atas.


Taipkan rd /s /q <Drive yang rosak>:\$Recycle Bin

C:\Windows\system32> rd /s /q G:\$Recycle Bin

Enter
Pastikan tiada apa yang terpapar sehingga keluar
C:\Windows\system32>

Sebaiknya selepas perkara ini selesai, pindahkan fail-fail yang ada dan kemudian formatkan semula harddisk atau partition berkenaan untuk dapatkan setting yang baik.

Sekian


Bagaimana Memasukkan Subtitle (fail SRT) Pada Sesebuah Filem (MKV, AVI, MP4 dll)


Sebelum ini saya telah menulis bagaimana nak edit subtitle daripada Bahasa Inggeris atau apa-apa bahasa ke Bahasa Melayu. Anda boleh baca di sini (Alih Bahasa Subtitle Filem). Hari ini saya akan menunjukkan pula bagaimana subtitle itu terus dimasukkan kedalam filem tanpa perlu ada fail sampingan SRT, ASS dll di sisi file filem.


Sebelum saya tunjukkan bagaimana nak masukkan fail SRT dalam file filem berkenaan seperti di atas saya akan tunjukkan kita boleh guna beberapa subtitle untuk sesebuah filem dengan menambahkan 'titik' pada fail berkenaan misalnya "Big Hero (2016).srt" kepada "Big Hero (2016).BI.srt" maka MoviePlayer akan membaca kedua-dua file SRT berkenaan.

Untuk masukkan SRT ke file Filem kita perlukan satu software percuma iaitu MKVToolNix GUI versi 9.50. Anda boleh download di sini (klik)



Klik "Add Source Files" dan masukkan file filem dan SRTnya sekali. Lihat di atas.


Namakan Subtitle pada "Track Name" dan setkan default Bahasa apa yang akan keluar semasa filem berkenaan dimainkan secara automatik jika anda masukkan beberapa subtitle.

Fail filem baru akan disimpan dengannama baru pada sisi fail filem asal. Anda boleh delete filem asal dan fail subtitle kerana anda tak perlu lagi fail srt berkenaan. Jika fail filem asal adalah selain MKV fail baru adalah dalam format MKV.

Selamat Mencuba.









Friday, August 26, 2016

MAGIX Beli Sony Vegas Pro


20 May 2016 lalu syarikat MAGIX telah membeli sebahagian produk Sony iaitu Vegas Pro. Dijangkan pada September ini MAGIX Vegas Pro 14 akan dikeluarkan. Setakat ini MAGIX Vegas Pro 13 telah membuat sedikti perubahan daripada build 453 kepada 543 dengan jenama MAGIX.

Dalam banyak software saya tak berapa gemar menggunakan MAGIX Video Pro. Walaupun ada bekas pelajar saya pernah menulis tentang Magix Video Pro 17 yang terbaik... tapi saya sekadar komen ringan. Selepas Video Pro 17, Magix mengeluarkan versi terbarunya MAGIX Movie Edit Pro 2016 Premium 15.0.0.73 bersaiz 470MB.

Saya tak pasti apakah kedudukan Movie Edit Pro ini setelah MAGIX mempunyai Vegas Pro yang saya rasa terbaik diantara Adobe Premier, CorelVideo Studio dan Cyberlink PowerDirector.

Anda boleh download MAGIX Vegas Pro 13 terbaru dibawah ini.

Size : 78 Mb
  Saiznya sangat kecil 78 Mb ? Ini versi silent, nanti setelah install saiznya menjadi 616/793 Mb.

Via Zippyshare
  Sony Vegas Pro 13.0 Build 543 x64 Final
Via Upfile
  Sony Vegas Pro 13.0 Build 543 x64 Final
Via Datafilehost
  Sony Vegas Pro 13.0 Build 543 x64 Final
Versi 32 Bit hanya di Sony Vegas Pro 11.0.510 X86
  Sony Vegas Pro 11.0.510 X86


Cara nak install, matikan internet kemudian install. Selepas tamat install install pula Silent Install ENG.cmd dan hidupkan internet gunakan firewall sekat software ini daripada dikesan activetion..


Thursday, July 14, 2016

Teknik Video Bekukan Pergerakkan


Bulan puasa saya ada terbaca satu artikel berkenaan teknik video yang menjadi 'trend' baru iaitu membekukan pergerakan. Pada mulanya saya melihat ingatkan yang buat tu menggunakan gambar 'still' tapi bila lihat terdapat pusingan kipas pada video itu tahulah saya bahawa yang buat ni mesti minta semua yang ada untuk tidak bergerak.

Video yang dihasilkan sangat menarik kerana lebih 25 orang tua muda dan kanak-kanak memberikan kerjasama untuk menghasilkannya. Saya cari video itu nak tunjukkan di sini tapi tak jumpa.

Hari ini sekolah saya mengadakan majlis sambutan aidilfitri dan saya kebetulan membawa kamera Sony RX-100. Sebelum balik saya minta beberapa orang yang hadir untuk 'berlakon'. Memang payah juga nak terangkan apa yang nak dibuat, tapi alhamdulillah ada pelajar yang berikan kerjasama walaupun dia tak tahu apa yang saya nak buat.

 

Ini hasil kerja yang dilakukan tak sampai 5 minit dengan beberapa orang pelajar yang ditangkap muat aje. Ada pelajar yang bila saya suruh terus larikan diri tak nak berikan kerjasama...

Kita biarkan mereka..
Terima kasih kepada yang menjayakannya. Bila anda lihat anda boleh buat dengan kawan-kawan apa yang saya tunjukkan.

Monday, April 04, 2016

Serial Number Laptop Atau PC Yang Hilang Sticker


Beberapa hari lalau dapat pm (private massage) Telegram daripada sahabat di Sabah bertanyakan pasal nak tahu nombor siri laptop yang telah tercabut sticker no sirinya. Saya baru sempat nak jawab. Kebelakangan ini bila saya aktif di group telegram Software dan Application (https://telegram.me/softwareapplication)  banyak dapat pm sehingga tak terlayan.

Rasanya baik saya tulis dalam blog supaya boleh jadi rujukan untuk kawan-kawan lain jika ada masalah yang sama.

No. Siri boleh didapati dalam bios. Boleh dipaparkan melalui windows menggunakan command cmd.


Langkah untuk mendapatkan no. siri.
  1. Klik Start dan cari "Run".
  2. Kemudian taip "cmd" atau secara manual cari "Command Prompt".
  3. Kemudian klik pada Command Prompt dan akan terbuka satu tetingkap hitam seperti gambar di atas.
  4. Sila taipkan "wmic bios get serialnumber" dan klik enter.
  5. Nombor serial number laptop/pc anda akan keluar (lihat gambar di atas).
  6. Dan kini anda sudah tahu apa serial number bagi laptop anda.
Langkah untuk mendapatkan model laopto/pc ialah
  1. Klik Start dan cari "Run".
  2. Kemudian taip "cmd" atau secara manual cari "Command Prompt".
  3. Kemudian klik pada Command Prompt dan akan terbuka satu tetingkap hitam seperti gambar  di atas.
  4. Sila taipkan "wmic csproduct get name" dan klik enter.
  5. Nama model laptop anda akan keluar.
  6. Dan kini anda sudah tahu apa nama model bagi laptop/pc anda.
Cara ini sebenarkan membantu untuk kita mendapatkan nombor siri, tanpa perlu terhendap dibelakang PC/laptop. Ada juga ambil kamera, ambil gambar pasal tak nampak no. siri. Jika dia tahu cara di atas sebenarnya tak perlulah tercari-cari...

Selamat mencuba.









Sunday, April 03, 2016

Call Of Duty Black OPS III


Seperti yang pernah saya menulis sebelum ini saya dah berhenti bermain permanain komputer (Games) semenjak 1996 lagi. Saya ada menulis di sini (sila baca). Walaupun saya berhenti bermain tapi tidak menyekat untuk saya masih menyimpan 'games' menarik seperti Call of Duty (COD) dan Pro Evolution Soccer (PES).

Games COD mula saya menyelongkar apabila Cikgu Musa Kaunselor sekolah saya menceritakan simpanan games yang mula rosak kerana CD/DVD tak boleh dibaca (read). Dia dan Manan (pegawai di JRK Dungun) adalah dua orang 'kaki main games'. Manan sanggup cuti semata-mata nak habiskan games Doom.

Cikgu Musa kalau dia cerita pasal games, kita akan rasa itulah games paling hebat sekali... walaupun bila kita semak games itu dah lama ketinggalan.. -- kelebihan kaunselor warna hitam boleh jadi putih.
Suatu hari Cg Musa bawa ke sekolah CD Call of Duty 4: Modern Warfare, malangnya CD tu ada satu tak boleh di'read'. Saya dan Cg Zam (Guru Bestari Sekolah) perhati sahaja gelagat cg Musa tunjukkan petua kesat dengan baju atau gosok dipaha seluar untuk hilangkan kotaran pada CD. Petua itu saya pun amal.... tapi kali ini tak jadi.

Saya ambil CD dan guna DVD Ext. untuk buka, alhamdullilah ok. Saya Install dalam notebook saya HP Ultrabook Folio 13. Boleh main walaupun ada orang kata Ultrabook tak ada kad grafik sedangkan Intel HD Graphics tu card grafik build-in.

Zam install juga pada Acer S7 Ultrabook dia. Lagi cantik pada dia guna Intel HD Graphics 4400.

Esokkannya saya bawa pendrive dengan 6.7GB games Call of Duty 4: Modern Warfare, boleh main main dalam pendrive tanpa perlu Install. Saya 'ngajing' (perli) kepada Cg Musa boleh tohok (buang) CD COD dia.

Selepas peristiwa itu Cg Musa datang dua salinan 4 keping DVD Call of Duty: Ghosts yang dia beli di Lowyat dengan harga RM140 satu set. Beli yang pertama DVD 2 rosak. Beli kali kedua DVD ke-4 pula rosak. Dia minta saya cantumkan pasal dia tak boleh cantum. Saya cuba cantum tetapi memang tak boleh.

Lihat di internet 22.1GB. Saya kata kalau download, lebih baik aku download filem dapat juga lihat 22 cerita blueray punya... Ini games, satu aje pula tu!!

Tapi memandangkan cg Musa dah habiskan RM280 pasal games ini aku gagahi dowmload satu fail rar yang besarnya 22.1GB yang makan masa hampir 16 jam.

lebih kurang 3 pagi download selesai. Aku Install (masa tu windows 8) agak lama juga nak boleh habis extract file.. Bila keluar gambarnya cukup. PC aku masa tu ram 12GB, Harrdisk 2TB dan Nvidia 4MB. Mula-mula ingat video, rupanya games... memang cantik.

Aku whatsapp kepada cg Musa gambar... dan buat portable boleh main dalam pendrive/harddisk pocket.

Aku tak main games tu sekadar test sahaja. Aku serah kepada anak aku. Mak dia bulat mata, tak setuju. memang isteri aku tak suka anak aku lalai main games komputer.

tapi masa aku di KL, pernah isteri aku telefon minta password PC pasal nak berikan anak-anak main games. Bila aku balik anak aku cerita dia habiskan 2 hari sahaja 30 episod COD baru tu!!


Bila COD baru keluar,  Call of Duty: Advanced Warfare (2014) keluar tak sampai seminggu aku dah download 26.6GB games tu. Aku berikan salinan kepada cg Musa dengan pesan jangan habiskan duit beli DVD.

Selepas itu games pun hilang dalam memori aku sehingga tahun ini aku mengajar ICTL Tingkatan 2. Entah macam mana ada beberapa orang pelajar yang agak 'nakal' sikit bercakap pasal COD dan mereka beli 8 keping DVD Call of Duty: Black Ops III dengan harga RM80. Aku memang kadangkala bahasa kasar sikit... aku kata bodoh beli, baik beri kepada cikgu...

Call of Duty: Black Ops III ini telah dilancarkan pada 15 November 2015 lalu. Aku tak ambil kisah pun... sebab memang anak-anak aku dah hampir 3 bulan tak sentuh games..


Aku ni entah apa perangai kalau aku nak sesuatu pasal komputer aku aku ikhtiar sampai dapat. Akhirnya aku download Call of Duty: Black Ops III ini yang bersaiz 31.2GB dalam masa tak sampai 5 jam dengan 3 pc dan tiga talian internet.... Macam mana itu rahsia tauu!!















Games jika di install pada Windows 10 sangat cepat lagi pun Windows 10 mengunakan DirecxtX 12 yang telah dibuild-in dalamnya. ramai yang membuat salah anggap tanpa pengetahuan kononnya Windows 10 susah nak main games!! Banyak lagi mereka ini kena belajar... kalau tak membaca sekurang-kurangnya belajar melalui pengalaman. Cuba dulu jangan buat andaian tanpa pengetahuan yang sah!

Untuk download, fail bersaiz 32.1GB sila ke...
( TORRENT FILE ONLY)
10shared
http://1short.us/1571650

1fichier
http://1short.us/1571651

Arabloads
http://1short.us/1571652

Kumpulbagi
http://1short.us/1571653

Openload.co
http://1short.us/1571654

Uppit
http://1short.us/1571655

Uptobox
http://1short.us/1571656

Userscloud
http://1short.us/1571657


ONE LINK
( RAR FILE ONLY)

1fichier

http://1short.us/1572742
  
Kumpulbagi
http://1short.us/1576699
 


FIVE GIGA PER LINK
Uptobox

http://1short.us/1571683
http://1short.us/1571705
http://1short.us/1571706
http://1short.us/1571707
http://1short.us/1571708
http://1short.us/1571709
http://1short.us/1571710

1fichier
http://1short.us/1571684
http://1short.us/1571685
http://1short.us/1571686
http://1short.us/1571687
http://1short.us/1571688
http://1short.us/1571689
http://1short.us/1571690


TWO GIGA PER LINK

Uptobox

http://1short.us/1571597
http://1short.us/1571598
http://1short.us/1571599
http://1short.us/1571600
http://1short.us/1571601
http://1short.us/1571602
http://1short.us/1571603
http://1short.us/1571604
http://1short.us/1571605
http://1short.us/1571606
http://1short.us/1571607
http://1short.us/1571608
http://1short.us/1571609
http://1short.us/1571610
http://1short.us/1571611
http://1short.us/1571612























Sunday, March 20, 2016

CorelDRAW Graphics Suite X8


15 Mac 2016 lalu CorelDRAW telah mengeluarkan versi barunya versi ke-18. Ada beberapa p perubahan untuk  yang menarik pada versi ini yang berfokuskan kepada Windows 10.

Antara kelebihannnya ialah Multi-monitor, 4K dan Real-Time Stylus support. Semuanya ini penting bagi mereka yang cebur bidang grafik design.

Corel Font Manager™ yang dibekalkan bersama membantu untuk menguruskan font dengan lebih baik.

Antara yang baru dalam tool pula ialah boleh copy "Curve Segments".

Bagi saya CorelDraw telah mengatasi Adobe Illutrator dalam banyak segi tetapi masih kalah dengan Adobe Photoshop. Oleh itu nampaknya CorelDRAW cuba mempertingkatkan keupayaan Corel PHOTO-PAINT dengan menambahkan kepuyaan "Gaussian Blur feature".


Bila saya sebut  Corel PHOTO-PAINT ramai akan kelirus dengan Corel PaintShop Pro X8 atau Corel Painter X8.

Sebenarnya Corel sendiri ada kekeliruaan versi setelah dia membeli software Paint Shop Pro, macam Adobe juga yang kita keliru antara Adobe Illutrator dan InDesign. kalau Sony pula antara ACID dengan SoundForge.

Saya masih menunggu CorelDraw baru boleh membuat Graf Chat macam Illustrator tetapi malang masih belum ada. Itulah sedikit kelemahan bagi CoreDRAW.

Anda boleh cuba trial di
http://www.coreldraw.com/au/free-trials/?topNav=au



Saya masih menunggu keygen tapi belu ada. Rusia dan Turki nampaknya dan keluar Retail tapi masih belum ada keygen yang benar-benar mampu menyelesaikan masalah trial ini. Tak apa guna dulu 16 hari sebelum wujud keygen.