Pages

Sunday, October 27, 2013

Perlukah Antivirus Pada Windows 8 atau 8.1?


Ramai yang bertanya, adakah perlu antivirus pada Windows 8. Aku selalu jawab secara 'ngajing' (perli).. "Kalau banyak pitis (wang) pakailah (gunalah)".

Tapi kadang kala orang tak yakin dengan kenyataan aku. Tak banyak yang tulis perkara ini, yang aku dengar ramai cerdik pandai komputer yang beri kursus akan sebut perlu install antivirus pada windows 8, mungkin itu secara teori.

Aku ditugaskan mengurus makmal ICT semenjak 2002. Pada masa itu dibekalkan antivirus Mc Afee. Selepas itu makmal tunggang langgang pasal pihak yang bertangungjawab tak tahu nak urus kebajikan makmal. Antivirus tak dibekalkan. Aku 'crack' Mc Afee dan boleh guna secara sah menggunakan email aku (hotmail.com) dan email sekolah Sultan Omar.

Aku mula malas nak guna antivirus lain, walaupun mc afee menyebabkan pc menjadi slow untuk load tapi setakat aku guna pakai sehingga 2007 tak ada masalah. Virus Brontok (puak Indon punya) yang banyak menyerang pada masa itu tidak dapat menebusi makmal aku sebab aku perangkap dengan full sharing untuk satu komputer bagi mengesan kedududkan brontok dalam rangkaian network sekolah.

Malah dengan bantuan satu program Iran (nanti kata aku syiah pula!!) RRT.exe komputer yang dijangkiti virus brontok boleh baik pulih sendiri selepas mc afee di update.
Aku bertukar kepada kaspersky setelah makmal diambil alih oleh Schoolnet. Masa tu ada juga kompratasi aku dengan pihak Schoolnet pasal nak guna Mc Afee atau Kapasersky.

Dia orang pandai nak install (dapat duit) yang nak mampus nanti menjaga makmal nanti aku... Aku kata ikut akulah nak letak apa?? Kan logik... Tapi akhirnya aku mengalah.

Selepas itu aku mula 'mengganas' kaspersky. Aku guna yang workstation punya versi 6. Ada satu cerita joke seorang pelajar aku yang aktif dalam komputer nak beri aku Kaspersky Anti-Virus versi 8 (masa tu terkini). dia ingat aku pakai versi 6, "komang" (rendah atau tak baik..)  punya

Sebenarnya pelajar tersebut tak faham kaspersky ada banyak versi dan workstation walaupun versi 6 adalah yang terbaik kerana khusus untuk server dan rangkainnya.

Aku mula menghadapi masalah dengan kaspersky workstation apabila kaspersky tak support untuk windows server 2008. Akhirnya mereka downgradekan server aku kepada server 2003.

Macam selalu akhirnya pengurusan makmal pihak atasan tunggang langgang lagi. Antivirus tak dibekalkan. Aku mula 'crack' kaspersky dan menggunakannya sehingga wujud  Microsoft Security Essentials yang diberikan secara percuma kepada pengguna windows 7 original.


Bila aku beli HP Folio13 dengan Windows 7 Profesional Original. Aku masa tu malas nak intall antivirus (aku sebenar lebih suka tak ada antivirus... tak serabut..) dan penggunaan pula secara lasak (banyak masuk laman crack dan hackers) tetapi aku dapati Microsof Security Essentials (MSE) boleh menangkis serangan malware dengan baik. Malah fail amtlib.dll (untuk crack photoshop) pun dikesan oleh MSE ini sebagai potentially harmful software.

Bila aku mula install Windows 8 dalam bahasa Sepanyol (masa tu masih tak ada crack dalam versi english) "berjelir juga"... (baca di sini) aku cuba install MSE tetapi tak dibenarkan kerana Microsoft kata MSE sama sahaja dengan Windows Defender yang ada ada pada windows 8.

Rupaynya Microsoft tukar MSE kepada Defender dan sebelum semasa windows XP, Vista dan Windows 7 defender sekadar pertahanan biasa kepada malware tidak bersifat fully protected.

Selepas aku guna hampir 11 bulan untuk 50 pc makmal (tak masuk lagi notebook dll) aku dapati Windows Defender adalah terbaik bagi yang malas nak install antivirus. teruji bukan teori semasa khusus!! tak percaya? marilah ke makmal aku bawalah pendrive yang ada virus... Boleh pilih mana-mana pc untuk di "cucuk cuba".

Sekarang aku sudah tidak lagi download antivirus dan juga burning sofware (ini aku tulis nanti) Tak payah cari dengan aku BitDefender, Avira, Kaspersky, Mc Afee, Kerio, Panda, Shawdows dll

Satu masalah kepada Windows Defendar ialah kita tak tahu macam mana dia bekerja. Mungkin microsoft buat begini untuk mengatasi "Anti Monopoli". Kalau tidak mampus syarikat antivirus. Macam mana mampusnya Norton PC Anyware apabila microsoft buat Remote Destop sendiri yang buil-in daripada dalam. Windows defender adalah buil-in daripada dalam OS. Bagi saya sangat baik.


Bila ada gangguan (virus, spyware, malware dll) bendera di hujung kanan akan bertanda pangkah (ini kadang kala pengguna tak sedar). Tanda amaran sebenar keluar tapi sekejap aje dan tanda hilang. Pengguna kena klik bendera tersebut. Satu paparan seperti di bawah akan keluar.

Kalau jenis yang membahayakan, tanda amaran hujung sebelah atas kanan akan keluar sekejab aje dan virus atau malware berkenaan akan dibunuh (clean) secara automatik.  



Yang saya suka dengan Windows Defender kerana dia tanya kita dulu nak buat apa. Ini boleh menyelamat fail-fail crack daripada automatik clean.


Kita boleh piliha action.



dan pastikan paparan hijau akan kelihatan.

Bagaimana nak matikan Windows Defenders untuk install sesuatu crack yang di'makan' oleh defender.


Tekan WIN + X untuk menu tepi bar. Pilih Control panel --> Pilih Windows defender dan tipkan Turn On Real Time Protetion. Awas jangan lupa tips semula kalau kita tak tips on sampai bila-bila pc kita tak protect!!

Kalau tanya saya, saya akan jawab TAK PAYAH INSTALL ANTIVIRUS, sudah memadai dengan Windows Defender.




Sunday, October 13, 2013

Papar (view) fail PSD (Photoshop) sebagai thumbnail

Bila kita ada banyak fail photoshop (biasanya dalam format PSD) kita sukar nak pilih mana satu yang terkini kerana kita tak tahu kandungannya melainkan kita kena buka dulu. Kalau guna harddisk SSD (baca di sini) dengan komputer terkini tidak menjadi masalah. Tapi kalau komputer buruk kena tunggu untuk load photoshop.

Jika ada thumbnail, perkara ini tidak menjadi masalah. Photoshop tak tersedia tumbnail seperti Coreldraw. Ada 2 cara untuk memamparkan thumbnails di explorer

Cara Pertama:

Sebelum diplug-inkan

Mula download plugin di sini

Kemudian copy fail psicon.dll ke folder C:\Program Files\Common Files\Adobe\Shell
(Jika folder ini tidak ada sila buatkan.)

Langkah seterusnya Run fail Adobe.reg
(Kalau ditanya untuk pengesahan, klik aje OK.)

Boleh Restart PC.

Selepas plug-in fail psicon.dll

Cara Kedua: (Sah ok untuk win10 64bit)

Cara ini adalah menggunakan software free SageThumbs 2.0.0.22
(Boleh dowload di sini)  atau https://telegram.me/software_application

Kelebihan software SageThumbs ini ialah boleh thumbnails bukan sahaja fail PSD malah banyak lagi fail-fail lain. Tapi dia menggunakan sedikit memory pc.

Satu lagi saya suka ialah semasa list view pun thumbnail kelihatan. Lihat contoh di bawah.

Sebelum install SageThumb

Selepas Install SageThumbs

Selamat mencuba
Terima kasih...









Wednesday, October 09, 2013

Terkena dengan Printer Canon LBP 7018C

Semalam hampir pukul 3 petang pelajar datang bawa printer, minta aku replace toner. Katanya cg Musa suruh. Aku lihat pada printer ada tag nama Lenny. Kaunseling punya kot!

Kebetulan pula aku nak balik dan kakak ipar datang ke rumah. Aku dalam gopoh tak boleh selesaikan masalah ini.

Pagi ini aku masuk bilik terus ke printer berkenaan. Lihat design memang tak boleh cabut... hanya satu yang atas sahaja mudah cabut... itu sepatutnya. Nak tak nak kena tanya Mr Google atau Youtube... Tapi malang tak ada pun.. ini mesti komang (tak baik) punya printer.

Akhir sekali kena download manual daripada laman Canon sendiri.

Bila lihat manual, rupanya printer ini hanya boleh cabut satu sahaja dan kena pusing untuk toner serusnya kerana tonernya berada dalam bentuk gelung.

Tekan butang paper indicator tentukan mana toner yang nak dicabut samada ada CYMK.

Terkena juga aku dengan printer ini.

Bengong punya printer.... kalau ada orang nak beli aku memang tak galakkan.. menyusahkan sahaja!!





Monday, October 07, 2013

Mana lebih baik Nokia Lumia 1020 dengan Samsung Galaxy S4?


Ada yang bertanya saya mana lebih baik Nokia Lumia 1020 berbanding dengan Samsung Galaxy S4? Susah aku nak jawab sebab aku ni guna telefon sekadar nak telefon sahaja. Dulu kalau orang SMS aku beberapa kali aku tak jawab. Kalau aku nak cakap aku call sahaja... tak main SMS.

Nokia aku pernah pakai 3120 dan Buterfly. Samsung aku pernah guna Galaxy Y dan Advance S... Kira boleh call aje. Kena baca pasal kedua-duanya yang terkini.


Aku pernah lihat Ustaz Mahadi beli S4 masa tu masih dalam kotak lagi, kebetulan aku ke pejabatnya sebelum dia pindah naik pangkat!

Nokia Lumia 1020 telah dijual Lembah Klang pada 25 September lalu dengan harga RM2499 manakala harga S4 kini dengan LTE 4G sekitar RM1900 ++

Nokia Lumia 1020 menggunakan Windows Phone 8 manakala Samsung Galexy S4 menggunakan Android 4.2.2 (Jelly bean)

Samsung Galaxy S4 mempunyai paparan yang lebih baik disebabkan paparan 5 inci Super AMOLED resolusi yang lebih tinggi 1080 x 1920 pixel. Sebaliknya, Lumia 1020 pula 4.5 inci HD + PureMotion paparan ClearBlack AMOLED dengan resolusi 768 x 1280.

Kedua-duanya menarik kerana mempunyai saiz normal pada tangan iaitu bersaiz kecil, tetapi jika kita perlu memilih yang lebih ringan dan kukuh.

S4
lebih ringan dan lebih nipis daripada Lumia 1020 tapi Nokia 1020 mempunyai reka bentuk yang lebih menarik dan pembinaan yang melengkung serta sudut tirus halus. Manakala unibody polikarbonat sangat baik. Galaxy S4 walaupun polikarbonat tapi kelihatan sedikit lebih rapuh daripada luar.

Dari segi kamera pula walaupun Nokia Lumia datang dengan 41 Megapixel berbanding dengan S4 hanya 13 Megapixel tapi mengiku perbandingan yang dilakukan S$ lebih baik. Mungkin Nokia Lumia 1020 perlu orang yang lebih Pro untuk mengendalikannya.

Saya paparan daripada laman yang telah membuat bandingan pada kedua-dua 'nantang ni'. (kelik gambar untuk besarkannya)


Taken under a patio umbrella on a bright sunny day.

Taken outside on a sunny afternoon.

Taken on a sunny afternoon in the shade.

Taken in an office setting with ample daylight coming through the window.

Taken in an office with the lights off and daylight coming in from behind me. The flash was on.

Taken in an office setting with no lights on, but the blinds wide open to let daylight in

Taken in a dark office with the flash on.

Taken inside an office setting with light directly overhead.

Taken in an office building with ample lighting.

Taken in a dark office with the lights off and doors and blinds closed.


Untuk paparan video saya juga lebih suka perbandingan yang dibuat oleh gamanist1000.


Saya rasa cukuplah untuk perbandingan ini dan mungkin menjawab soalan yang ditanya.





Asus antara notebook yang sukar nok 'kobek'


Seperti yang pernah saya sebut, antara kerja rutin baru saya hampir setiap minggu mesti ada 2 atau 3 notebook yang saya diminta untuk install win8 atau win8.1 (blue). Notebook di atas adalah notebook yang ke-116 saya install windows 8.

2 hari lalu "kacek"  cg Anuar (Bapak komputer Terengganu Install Win8 dalam notebooknya). Susah juga cg Anuar nak cuba win8 pasal dia adalah tukang buat pelan GAMIN dan PAPAGO. Banyak software yang hanya untuk win7 sahaja. Software tu support atau tidak itu bermain dalam fikiran. Nak cuba-cuba bukan mudah pasal notebook bapak komputer mesti ada serba tok nenek. Tapi saya yakin win8 adalah pilihan terbaik dan boleh menyelesaikan masalah ini.

Saya masih guna Lotus SmartSuite 9.8 yang dibina pada tahun 1999 pada windows 8. Alhamdulillah ternyata win 8 ok.

Pengalaman install win8 setakat ini hanya 2 notebook bermasalah dan kedua-duanya adalah daripada ASUS. Satu masalah hardisk tidak menggunakan basic atau dynamic volume dimana tak boleh buat 2 bootable windows asal dan windows 8.

Masalah yang kedua, yang diatas ialah driver selepas install tak boleh guna. Asus Eee PC X101CH bila install windows 8 tak support driver VGA.

Cara mengatasinya ialah download sahaja driver win7 dan sumbat dalam windows 8 (kalau dia warning tekan aje runawal). Selepas itu restart notebook. Insya-Allah akan berhasil.

Antara notebook yang tak masalah nok kobek (cuba, try, buka dll yang maksud ubahsuai) ialah HP dan ACER. Tapi bukan bermakna Asus tak bagus hanya kerenah sahaja. Tapi saya sukang minat...

Friday, October 04, 2013

Mana Pergi Startup pada Windows 8?


Ada pelajar tanya saya, cikgu mana pergi Startup pada windows 8? Startup atau Start Menu adalah untuk 'load' software bila kita mula buka windows. Jika kita install sesuatu program selalunya program ini akan buka bersama dengan windows dan ini membuat kita tak selesa dan memakan memori.

Pada windows 7, startup ada tapi bagaimana nak buang pada windows 8?


Biasanya ada 2 tempat "nantang" ni duduk
  • C:\Users\<username>\AppData\Roaming\Microsoft\Windows\Start Menu\Programs\Startup
  • C:\ProgramData\Microsoft\Windows\Start Menu\Programs\StartUp
Kita boleh juga menggunakan common. Tekan butang key window dan R serentak (WIN + R)



Taipkan
  • shell:startup
  • shell:common startup
Folder startup akan terpapar. Selamat mencari...


#