Mulai sekarang semua artikel berhubung dengan IT hanya di tulis di blog ini tidak lagi blog Notatercicir. Rasa pembahagian ini akan memudahkan rujukkan nanti, terutama kepada pelajar aku yang akan mengambil nota IT.
Sebelum aku beli Notebook Folio13 akan mendapat banyak gambaran yang salah pasal Intel Grafik buil-in (tak ada grafik kad). Kemudian harddisk SSD yang hanya 125GB sahaja. Bagaimana seorang penggunakan seperti aku yang menggunakan 3 wordprosessing seperti Office2013, LotusSmartSuite dan OpenOffice 3.3... Itu belum masuk lagi CorelDraw X6, Photoshop CS6, Sony Vegas Pro 12, Sony SoundForge 10, Power Director 11 dan beberapa software semuanya adalah sofware yang besar..
Cukup ke harddisk SSD 125GB?
Kalau Folio13 HP telah guna 10GB untuk backup windows asalnya.
Dulu aku bimbang... tapi setelah aku guna, sebenarnya lebih daripada cukup. Hanya jangan simpang fail-fail yang besar dan video terlalu banyak di harddisk.
HDD atau cakera keras standard menggunakan pepiring. Bagi HDD, kadar kelajuan ditentukan dalam bentuk putaran per minit, yang memberitahu bilangan pepiring melakukan satu pusingan lengkap.
Secara umumnya, kebanyakan HDD yang terdapat di pasaran mempunyai kelajuan sekitar 5400 rpm, 7200 rpm dan 15500 rpm. Secara umumnya, semakin tinggi RPM, semakin laju akses kepada data di dalam storan tersebut.
SSD pula menggunakan teknologi cip NAND untuk menyimpan data dan bukan pepiring, jadi data tidak perlu dibaca diatas pepiring oleh actuator head dalam harddisk tu. Malah, kelajuan ini pula disokong dengan SSD yang menggunakan SATA 2 dan keatas.
SSD pula menggunakan teknologi cip NAND untuk menyimpan data dan bukan pepiring, jadi data tidak perlu dibaca diatas pepiring oleh actuator head dalam harddisk tu. Malah, kelajuan ini pula disokong dengan SSD yang menggunakan SATA 2 dan keatas.
Video di atas menunjukkan perbandingan beberapa HDD dengan SSD.
Ini pula bagaimana PC buruk menggunakan SDD menunjukkan kelajuan yang sangat memberangsangkan.
Harga SSD 120GB Intel seperti gambar paling atas sekarang ini ialah RM300. Jika kita beli harddisk biasa hanya RM260 sahaja kita dah boleh beli 1000GB (1TB).
Sekarang saya mula bercadang untuk menukar harddisk pada PC HPSlimline QuadCore saya kepada SSD.
Post a Comment