Pages

Thursday, March 26, 2015

Windows 10 Makin "Smooth"


Saya mula guna Windows 10 Techical Preview pada 2 September 2014. Saya sanggup format HP Folio 13 saya walaupun laptop itu mempunyai windows original. Sepanjang penggunaan Windows 10 rasa 3 kali update yang melibatkan perubahan yang besar, termasuk yang terkini drp buld 9226 kepada 10041.

Sepanjang hampir 7 bulan menggunakan Windows 10 tak ada masalah. Ok dan yang terbaru makin smooth.

Ada juga yang kenapa Windows 10 tak Windows 9 yang sepatutnya selepas Windows 8. Setahu saya Microsoft tidak mengelirukan dengan Windows 95, Windows 98 kerana kedua-dua windows tersebut bermula dengan angka 9.



Tak banyak perubahan, hanya balik semula kepada 'stail' Windows 7 dengan kemaskini Windows 8.


Multi desktop..



Ini yang baru..







Saya suka Windows Media Player yang boleh edit. Tapi mungkin kena bayar nanti.




Masih saya guna Windows Defender. Dah 2 tahun makmal ICT sekolah saya hanya guna windows Defender (baca di sini). Ok mudah dan 'dok serabut arut dengan anti-virus' (yang ni built-in kita pun tak sedar dia ada)


Untuk gagahkan Windows Defender tambah Malwarebytes Anti-Malware. Dua ni boleh sekali... jangan buat letak 2 anti virus sekali bukan bertambah baik.. mampus komputer!!



Saya masih letak menu program di sini. Nak buat baca di sini.

Microsoft menawar Windows 10 Percuma kepada pengguna walaupun mereka mempunyai windows asal bukan original.



Thursday, March 19, 2015

VivaVideo Editor Sangat Baik Untuk Buat Video Klip atau Slide Show


Banyak kali saya menulis pasal software video editor, saya hanya tumpu kepada pc/laptop tidak pada smartphone (android). Sebelum ini saya ada menulis pasal membuat video klip hanya menggunakan kamera degital sahaja. Saya pernah buat satu video klip Hari Guru dengan menggunakan kamera Sony DSC T700. Saya guna lebih 100 scene yang ambil masa kira-kira 5 - 8 saat setiap satu scene dan fade sebagai transition effects.

Hari ini saya ingin mencadangkan satu software android yang sangat power dan mudah untuk membuat video klip dan slide show daripada gambar yang diambil. Ada yang free boleh dapat di Play Store.



Paparan awal pada file manager dimana fail kerja dan gambar serta video tersimpan. Pilih Create.



Ada 5 Pilihan lagi... Pilih Capture untuk rakam video sendiri.



Boleh Pilih basic atau pilihan lain.





Menu pilihan, misalnya FX akan terpapar untuk menambah  ceria pada video.



Jika anda pilih untuk buat slaide show, anda akan diberikan pilihan untuk dapatkan gambar daripada file manager.



Anda pilih gambar mana yang dibuat slaide..



Ini adalah video klip yang dihasil. tempalete tersedia boleh dipilih. Anda boleh ubahsuainya jika anda rajin.



Video yang dah siar boleh disimpan pada handphone atau dipaparkan pada media sosial.


VivaVideo Editor yang Pro boleh didapati di sini.
Ok Selamat mencuba.







Monday, March 16, 2015

Bagaimana Nak Besar atau Kecilkan Text Masej Pada SmartPhone?


Bila kita dah tua, mata dah rabun. Saiz text masej pada handphone mungkin kabur kalau tak pakai cermin mata. Ada cara yang mudah untuk membacanya tanpa mencari cermin mata (ini jenis yang pakai cermin bila nak membaca). Klik aje + atau - pada volume. Saiz text akan membesar dan mengecil secara automatik tanpa perlu pergi ke setting option.

Mudahkan.. Tapi ramai tak ambil tahu.



Ini berfungsi semasa anda berada pada 'massage' aje. Jika anda main muzik, volume akan bersifat membesarkan suara. Juga pada android 4 ++ tidak pada android jenis lama.

Selamat mencuba.







Sunday, March 15, 2015

WordPerfect Office X7


WordPerfect Office X7 juga dikenali sebagai Corel WordPerfect Office X7 satu software wordprosessing yang bersaing hebat dengan Microsoft Office di luar negara. Tapi di Malaysia saya rasa tak ramai yang guna pakai.

Dulu zaman tahun 80an. Semasa itu WordStar 6, Profesional Write 2 dan WordPrefect 5.5 adalah program dos yang paling top. Walaupun WordStar dan Profesional Write lebih kedepan, tapi WordPrefect antara yang canggih sebab dia mempunyai banyak kemudahan.

Semasa saya mengajar di Sarawak, saya selalu berhubung dengan kawan saya Hishamuddin (budak utara yang tinggal di Wangsa Keramat, geng UTM dia ambil cos IT) untuk bertanya pasal WordPerfect.



WordPerfect mengalami banyak perubahan pernah dibeli oleh syarikal Novel dan akhirnya dibeli oleh syarikat Corel. Semasa tu Corel dah ada Corel Office (simple aje), tapi dengan pembelian ini Corel telah kembangkan WordPerfect dengan banyak kemudahan yang ada pada CorelDraw termasuk boleh membaca fail pdf (semasa itu Word tak boleh lagi).


WordPerfect Office X7 datang dengan Quattro Pro X7 (Sama dengan Excel) dan Presentations X7 (sama dengan PowerPoint).


Quattro Pro mula saya kenal semasa saya berada di SMK Sultan Omar. Semasa itu saya lihat cikgu Azam (Guru Sukan Daerah Dungun) guna. Masa itu saya guna Lotus 123. Saya bawa aliran Lotus 123 maka penggunaan Quattro Pro makin terhakis.


Penggunaan pada masa itu lebih kepada buat jadual berbanding sheet untuk kiraan.




Presentations X7 pula jarang orang guna pasal ramai menggunakan PowerPoint. Hanya ada kelebihan sebab ada Presentations Graphic X7 dimana sangat mudah melukis grafik untuk persembahan slide sebab banyak kebolehan drawing yang ada pada CorelDraw dimasukkan di sini.

Anda pula boleh save fail sebagai PowerPoint.

Saya rasa ada baik juga installer WordPerfect Office X7, sekurang-kurangnya kita tak lah jumud pada satu software aje.

Macam biasa kalau nak yang 'kebas punya'

Single link [Firedrive]: http://links.aspirasisoft.us/VD

atau

part link [Uppit]
Part 1: http://links.aspirasisoft.us/VE
Part 2: http://links.aspirasisoft.us/VF
part 3: http://links.aspirasisoft.us/VG

Keygen only: http://links.aspirasisoft.us/VH


Saturday, March 14, 2015

CyberLink PowerDirector 13 Ultimate


Semasa saya pergi memberi kursus video di PKG Paka, ramai dikalangan peserta telah mendapat gambaran kononnya CyberLink PowerDirector adalah yang terbaik. Masa itu versi 8. Saya secara peribadinya tak pernah "kobek" CyberLink PowerDirector. Banyak software video editing saya 'kobek' seperti Adobe Premier, Pinnacle, Vegas, Magic, Uled Media Studio dll termasuk iMovie dan MovieMarker,.. tapi tak pada CyberLink PowerDirector.

Kebetulan PKG Bukit Besi juga menggunakan CyberLink PowerDirector. Saya rasa semenjak saya tinggal lama video ni... aliran CyberLink PowerDirector telah menguasai guru-guru bermula daripada PKG.


Pada awal saya lihat, CyberLink PowerDirector macam setanding dengan Sony Vegas Pro malah ada yang kata dia lebih baik. Kenyataan ini mungkin subjetif....

Pernah saya buat kursus video (Vegas Pro) untuk PKG Seri Dungun, kebetul satu sekolah tu ada masalah dengan notebooknya, jadi semua versi Vegas tak boleh install... jadi saya install CyberLink PowerDirector kebetulan boleh. Semasa pembentangan, tiba-tiba sekolah itu nampak menarik videonya dan lain daripada orang.. Saya mula terlintas CyberLink PowerDirector bagus untuk asas sebab dia banyak auto...



Kelebihan yang ada pada CyberLink PowerDirector ialah dia ada Slide Show yang memudahkan untuk kita nak buat motaj ringkas bagi sesuatu program. Tak macam Pinnacle atau Vegas perlu buat secara manual.


Menarik slide shownya.... Saya cari satu software yang boleh menandingi slide show CyberLink PowerDirector. Saya terjumpa Photodex ProShow Gold 6.0 yang agak lebih baik lagi. Tapi CyberLink PowerDirector dah cukup.


Pernah berlaku, bila seorang sahabat saya kena buat video klik untuk satu program besar, dia kena bertolak ke Mesir... kawan dia minta saya buat. Alhamdulillah saya gambungkan Sony Vegas Pro, Pinnacle dan CyberLink PowerDirector dan video itu menarik sehingga ada yang tanya saya buat dengan apa?

Bagi saya CyberLink PowerDirector untuk amatur manakala Sony Vegas Pro lebih kepada yang pro kerana banyak perkara kena buat sendiri.

Untuk sekolah saya cadangkan baik guna 
CyberLink PowerDirector.

Untuk intallernya ( lebih kurang 1GB) sila ke...

Link Download (pilih salah satu):

Uppit     : http://links.aspirasisoft.us/XC

Tusfiles  : http://links.aspirasisoft.us/XD

Userfiles : http://links.aspirasisoft.us/XB





Friday, March 13, 2015

Nak Buat Butang SHUTDOWN pada Windows 8



Orang tak minat Windows 8 antara puncanya susah nak tutup PC/laptop pasal tak jumpa cari butang "Shutdown".

Itulah runggutan yang saya terima. Pertama kali saya install Windows 8 pun saya mengalami masalah yang sama. Baca di sini pengalaman saya (sila klik)

Tapi bila lama guna, rasa baik Windows 8 pula. Tapi bila microsolf keluar windows 10, butang tu dah mudah nampak. Programming mereka sedar kerja bodoh mereka selama ini.

Di sini saya tunjukkan cara bagaimana nak buat butang "shutdown" sendiri.
  1. Navigasui desktop anda.
  2. Klik sebelah kanan dan pilih New -> Shortcut. Menu akan terpapar seperti di bawah.
     Create new Shortcut
  3. Taip shutdown /s /t 0 (0 (kosong) bukan O) pada ruang text dan pilih next.
    Enter Shutdown /s /t 0 in the location box of the create a shortcut window.
  4. Buat nama sebaiknya guna shutdown atau Tutup PC dan tekan Finish. Paparan seperti di bawah terpapar
    Name your shortcut and click Finish 
  5. Klik sebelah kanan dan pilih Properties. Paparan seperti di bawah.
  6. Klik Click Change Icon pada Shortcut tab dan Klick Ok pada warning box pada shutdown.exe ikon.
    Click Change Icon
  7. Pilih pada Icon yang sesuai kemudian klick Ok 2 kali 
     Choose the Icon for Your Shortcut
  8. Klik kanan pada shortcut dan pilih Pin to Start. Paparan seperti di bawah
     Pin to Start
  9. Drag shutdown ikon kepada mana-mana tempat yang sesuai 
    Drag your button to a prominent place
  10. Klik kanan pada ikon dan pilih Pin pada Taskbar jika anda nak mudahkan paparan ini dilihat.
    The Shutdown icon can be pinned to taskbar
  11. Anda boleh buat butang Restart sperti ini. Guna command “shutdown /r /t 0″ pada text field. 

Selamat mencuba.