zulbmohd blog khusus untuk perbincangan it semasa...

Windows 8 - Takdok kerja cari kerja....

Sunday, November 18, 20120 comments

Paparan Mula Windows 8
[Artikel ini aku tulis setahun yang lalu] 

26 Oktober 2011 aku ada sedikit masa free. Aku ambil keputusan nak install "Windows 8 Developer Preview" pada Notebook aku. Mulai-mula nak install pada notebook HP Tablet touchscreen, tapi kebetulan apdater telah dirosakkkan oleh anak aku (ni kes main FES2011).

Aku download daripada laman Microsoft untuk versi beta (tested) 2.8 GB dengan lesen sehingga 2013. Dulu masa Windows 7 pun aku pernah guna lesen RTM ini secara percuma selama setahun. Tak ada apa-apa kelebihan hanya kita sempat 'pening pala' dulu daripada orang sebelum Microsoft jual buat duit!!!

Atas keghairah nak mencuba, walaupun notebook aku ni bukan touchsreen pun aku install juga.


Ada kelaianan pada wall desktop

Windows 8 ini masih lagi memggunakan rekabentuk Windows 7 dan sebenarnya masih lagi windows 7.61. Secara keseluruhannya boleh kata ada kerja kuat dibuat oleh Microsoft untuk bersaing dengan Samsung Galaxy.

Bila buka explor paparan win7 masih kelihatan
walapun tak program files

Ini pertama kali aku lihat pembinaan windows agak berbeza sedikit dengan sebelum ini. Jika kita mengikut perkembangan windows daripada versi 3.11, Win95, Win98... XP sehingga Win7 ikon tatacara masih sama. Hanya mungkin kaedah dan tema sahaja berbeza.

Ikon dah mula berubah konsep

Tapi sekarang Microsoft cuba menukar selera selaras dunia IT yang kian maju, bentuk paparan dan ikon sudah ada sedikit kelaianan.

Bila install program, program file berada di paparan
utama macam ini.
Nak cari program sebelah kanan bukan sebelah kii
macam biasa
\Paling aku nak gelak, aku tak jumpa cari butang shut down. Aku boleh search dan tanya Mr. Google, tapi aku ada ego tersendiri.... Akhirnya aku tutup bodoh aje komputer.


Nak shut down kena pilih start -- pilih setting --
barulah keluar menu ini yang ada butang shut down

Esoknya aku bawa notebote ke sekolah, sampai pukul 10 pagi baru aku jumpa butang shut down.. "celaka bengong" programming microsoft. Buat malu aku, JU ICT pun dok jumpa butang shut down!!


Paparan pilihan user juga menarik

Paparan menarik yang boleh dikongsikan dengan pembaca antara lain ialah...


Ini salah satu games yang ada


Note - aku pun tak tahu kekuatan fungsinya


Dua paparan IE dan Win8 guna IE 10 yang rasanya lebih laju


Ini Paparan Personalis


Ada kelebihannya Windows 8 ini boleh guna
program 16 bit.


Lesen ori sehingga 2013


My komputer yang lebih menarik

Selepas sehari semalam aku "main-main" dengan windows 8 aku buat kesimpulan windows ni memang untuk orang yang tak dok kerja nak cari kerja.. (dalam bahasa yang mudah kalau anda rasa banyak masa, dan memang tak ada kerja mungkin sudah pencen atau memang kaki nge'lak kerja bolehlah install windows 8 kerana anda akan ada kerja banyak untuk windows ini)

Aku terpaksa format semula windows 8 dan install semula windows 7 dan dua hari pula nak complex semua installer..



Share this article :

Post a Comment

Blog Archive

Terbalik Fonts

- no action -

Persekolahan...

 
Hak Cipta Tak Terpelihara - Boleh buat salinan jika suka...
Copyright © 2014. ZULBMOHD - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by ZulbMohd
Proudly powered by Blogger