zulbmohd blog khusus untuk perbincangan it semasa...

Perlukah Antivirus Pada Windows 8 atau 8.1?

Sunday, October 27, 20131comments


Ramai yang bertanya, adakah perlu antivirus pada Windows 8. Aku selalu jawab secara 'ngajing' (perli).. "Kalau banyak pitis (wang) pakailah (gunalah)".

Tapi kadang kala orang tak yakin dengan kenyataan aku. Tak banyak yang tulis perkara ini, yang aku dengar ramai cerdik pandai komputer yang beri kursus akan sebut perlu install antivirus pada windows 8, mungkin itu secara teori.

Aku ditugaskan mengurus makmal ICT semenjak 2002. Pada masa itu dibekalkan antivirus Mc Afee. Selepas itu makmal tunggang langgang pasal pihak yang bertangungjawab tak tahu nak urus kebajikan makmal. Antivirus tak dibekalkan. Aku 'crack' Mc Afee dan boleh guna secara sah menggunakan email aku (hotmail.com) dan email sekolah Sultan Omar.

Aku mula malas nak guna antivirus lain, walaupun mc afee menyebabkan pc menjadi slow untuk load tapi setakat aku guna pakai sehingga 2007 tak ada masalah. Virus Brontok (puak Indon punya) yang banyak menyerang pada masa itu tidak dapat menebusi makmal aku sebab aku perangkap dengan full sharing untuk satu komputer bagi mengesan kedududkan brontok dalam rangkaian network sekolah.

Malah dengan bantuan satu program Iran (nanti kata aku syiah pula!!) RRT.exe komputer yang dijangkiti virus brontok boleh baik pulih sendiri selepas mc afee di update.
Aku bertukar kepada kaspersky setelah makmal diambil alih oleh Schoolnet. Masa tu ada juga kompratasi aku dengan pihak Schoolnet pasal nak guna Mc Afee atau Kapasersky.

Dia orang pandai nak install (dapat duit) yang nak mampus nanti menjaga makmal nanti aku... Aku kata ikut akulah nak letak apa?? Kan logik... Tapi akhirnya aku mengalah.

Selepas itu aku mula 'mengganas' kaspersky. Aku guna yang workstation punya versi 6. Ada satu cerita joke seorang pelajar aku yang aktif dalam komputer nak beri aku Kaspersky Anti-Virus versi 8 (masa tu terkini). dia ingat aku pakai versi 6, "komang" (rendah atau tak baik..)  punya

Sebenarnya pelajar tersebut tak faham kaspersky ada banyak versi dan workstation walaupun versi 6 adalah yang terbaik kerana khusus untuk server dan rangkainnya.

Aku mula menghadapi masalah dengan kaspersky workstation apabila kaspersky tak support untuk windows server 2008. Akhirnya mereka downgradekan server aku kepada server 2003.

Macam selalu akhirnya pengurusan makmal pihak atasan tunggang langgang lagi. Antivirus tak dibekalkan. Aku mula 'crack' kaspersky dan menggunakannya sehingga wujud  Microsoft Security Essentials yang diberikan secara percuma kepada pengguna windows 7 original.


Bila aku beli HP Folio13 dengan Windows 7 Profesional Original. Aku masa tu malas nak intall antivirus (aku sebenar lebih suka tak ada antivirus... tak serabut..) dan penggunaan pula secara lasak (banyak masuk laman crack dan hackers) tetapi aku dapati Microsof Security Essentials (MSE) boleh menangkis serangan malware dengan baik. Malah fail amtlib.dll (untuk crack photoshop) pun dikesan oleh MSE ini sebagai potentially harmful software.

Bila aku mula install Windows 8 dalam bahasa Sepanyol (masa tu masih tak ada crack dalam versi english) "berjelir juga"... (baca di sini) aku cuba install MSE tetapi tak dibenarkan kerana Microsoft kata MSE sama sahaja dengan Windows Defender yang ada ada pada windows 8.

Rupaynya Microsoft tukar MSE kepada Defender dan sebelum semasa windows XP, Vista dan Windows 7 defender sekadar pertahanan biasa kepada malware tidak bersifat fully protected.

Selepas aku guna hampir 11 bulan untuk 50 pc makmal (tak masuk lagi notebook dll) aku dapati Windows Defender adalah terbaik bagi yang malas nak install antivirus. teruji bukan teori semasa khusus!! tak percaya? marilah ke makmal aku bawalah pendrive yang ada virus... Boleh pilih mana-mana pc untuk di "cucuk cuba".

Sekarang aku sudah tidak lagi download antivirus dan juga burning sofware (ini aku tulis nanti) Tak payah cari dengan aku BitDefender, Avira, Kaspersky, Mc Afee, Kerio, Panda, Shawdows dll

Satu masalah kepada Windows Defendar ialah kita tak tahu macam mana dia bekerja. Mungkin microsoft buat begini untuk mengatasi "Anti Monopoli". Kalau tidak mampus syarikat antivirus. Macam mana mampusnya Norton PC Anyware apabila microsoft buat Remote Destop sendiri yang buil-in daripada dalam. Windows defender adalah buil-in daripada dalam OS. Bagi saya sangat baik.


Bila ada gangguan (virus, spyware, malware dll) bendera di hujung kanan akan bertanda pangkah (ini kadang kala pengguna tak sedar). Tanda amaran sebenar keluar tapi sekejap aje dan tanda hilang. Pengguna kena klik bendera tersebut. Satu paparan seperti di bawah akan keluar.

Kalau jenis yang membahayakan, tanda amaran hujung sebelah atas kanan akan keluar sekejab aje dan virus atau malware berkenaan akan dibunuh (clean) secara automatik.  



Yang saya suka dengan Windows Defender kerana dia tanya kita dulu nak buat apa. Ini boleh menyelamat fail-fail crack daripada automatik clean.


Kita boleh piliha action.



dan pastikan paparan hijau akan kelihatan.

Bagaimana nak matikan Windows Defenders untuk install sesuatu crack yang di'makan' oleh defender.


Tekan WIN + X untuk menu tepi bar. Pilih Control panel --> Pilih Windows defender dan tipkan Turn On Real Time Protetion. Awas jangan lupa tips semula kalau kita tak tips on sampai bila-bila pc kita tak protect!!

Kalau tanya saya, saya akan jawab TAK PAYAH INSTALL ANTIVIRUS, sudah memadai dengan Windows Defender.




Share this article :

+ comments + 1 comments

September 25, 2015 at 11:34 AM

Bahasanya sulit dimengerti

Post a Comment

Terbalik Fonts

- no action -

Persekolahan...

 
Hak Cipta Tak Terpelihara - Boleh buat salinan jika suka...
Copyright © 2014. ZULBMOHD - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by ZulbMohd
Proudly powered by Blogger