Pages

Wednesday, December 25, 2013

Mini Tool Power Data Recovery & GetDataBack


Semasa pasang harddisk kedua pada PC baru aku, aku nak buang satu partition windows asal.. tiba aku terdelete volume (partition). Apa lagi 500GB pada partition itu semuanya hilang. Tak boleh nak bayangkan data yang bertahun-tahun semuanya hilang... nak keluar peluh juga.

Aku motivasi diri aku dengan 'takdir'... kalau nak mati atau barang hilang. Itu semua kehendak Allah kita kena terima. 


Dulu (hampir 10 tahun lalu..) pernah kena pada hardisk 80GB (ini kira besar sangat dah masa itu). Aku simpan hardisk itu tanpa buat apa hingga aku dapat software GETDATABACK. Dengan Software ini 100% data aku dapat semua dan hardisk itu diformat dan boleh diguna semula.



Selepas itu aku letak GetDataBack 4 antara software simpanan aku.

Pernah anak Cg Ghani telefon aku tengah malam, beritahu pendrivenya terdelete dan tanya bagaimana nak buat. Aku minta dia download GetDataBack (guna trial pun tak apa.. pasal bukan kita guna selalu) dan dia berjaya dapatkan semua datanya.

Pertengahan tahun ini seorang pelajar datang dengan Harddisk poket 500GB yang hilang demua data. Aku guna GetDataBack juga. Aku recovery tinggal dan esok datang semua datang dapat direcovery.

Bila aku guna GetDataBack.. dia tak jumpa partition sebab aku dah delete volume. Lagi aku pening.. Tanya Mr. Google. Ada disebut Mini Tool Power Data Recovery.

Aku pun download dan crack akhirnya data aku boleh dapat semua setelah 9 jam discan... Sehari suntuk aku habis masa untuk selesaikan copy semua data ke tempat selamat. Gamba koleksi keluarga aku semenjak aku guna kamera Sony Cybershot P8 terselamat... alhamdulillah.









Selepas daripada hari itu aku dah tinggalkan GetDataBack.. sekarang MiniToll Data Recovery pula adalah koleksi software penting aku. Boleh cuba jika anda terdelete pendrive, memory card dsbnya.




Sunday, December 15, 2013

Clipping Mask Antara CorelDraw X6 dengan Adobe Photoshop CC


Clipping Mask antara yang menjadi satu daripada tajuk bila saya mengajar Adobe Photoshop. Perkembangannya juga bergerak cukup laju, maksud saya cara menghasilkannya. Dalam bahasa mudah Clipping Mask ialah memasukkan gambar ke dalam text. Kalau dulu guna Photoshop 7 (sebelum Photoshop CS) kena buat beberapa step.. mungkin sampai 7 step. Tapi Photoshop CS6 dan terbaru Photoshop CC step ini menjadi satu kali klik sahaja.
  


Tahun 2012 saya buat kad raya macam ni letak dalam FB. Ramai yang komen pasal 1 Malaysia, warna biru dal banyak menjurus kepada politik. Al Hamdulillah ada juga yang bertanya dan minta fail PSD (photoshop).

Sebenarnya setiap kali saya posting dalam FB, ada 'something' yang cuba saya sampaikan tapi tak ramai (tuju kepada pelajar saya) yang mengerti. Sebagai guru kita kadang kala nak tujuk sesuatu supaya pelajar kita bertanya....

Pelajar yang 'cemerlang' akan tanya cikgu macam mana cikgu buat? Software apa? Teknik apa??

Clipping Mask satu teknik yang menarik dalam Photoshop dan boleh juga dibuat dalam CorelDraw. Walaupun Photoshop dan CorelDraw bukan bandingan pasal Photoshop adalah botmap manakala CorelDraw adalah vektor.

Photoshop kena banding dengan Corel PhotoPaint atau Corel PaintShop Pro. CorelDraw kena banding dengan Adobe Illustrator.

CorelDaw tak panggil clipping mask tapi teknik ini boleh dilakukan menggunakan PowerClip.


 Video youtube di bawah adalah perbandingan dua software terbaik pada kerja desktop di atas. Video 13 minit ++ .





Selamat mencuba..... Saya telah menulis berkaitan perkara ini dalam artikel sebelum ini. [ Sila ke Edit Gambar Menjadi Kepingan Dengan Photoshop ]











Wednesday, November 20, 2013

Macam mana nak download Adobe CC secara standalone?

Ada pelajar tanya saya, cikgu macam mana nak download Adobe CC, sedangkan kalau download melalui laman Adobe akan diinstall secara terus (online).

Memang betul. Bagaimana kita nak simpan installer berkenaan.

Saya guna cara begini.

1. Masuk atau daftar jika belum ada ID melalui https://www.adobe.com/account/sign-in.adobedotcom.html

2. Kemudian guna 'save as' untuk simpan installer.

Creative Cloud – Adobe CC Download Links – ALL Languages

Adobe CC
Direct Downloads
WindowsMac OS
SizeFilesSizeFile
See the CC System Requirements for complete platform information.
‘****’ = No File 1 – just use a utility like 7-Zip to extract File 2.
Photoshop CC1.3 GBFile 1File 2881 MBFile 1
Illustrator CC1.8 GBFile 1File 21.8 GBFile 1
Dreamweaver CC324 MBFile 1315 MBFile 1
InDesign CC1.1 GBFile 1File 2854 MBFile 1
InCopy CC952 MBFile 1File 2628 MBFile 1
Flash Professional CC922 MBFile 11.1 GBFile 1
Premiere Pro CC1.0 GBFile 1File 21.2 GBFile 1
After Effects CC1.1 GBFile 1File 21.3 GBFile 1
Audition CC277 MBFile 1323 MBFile 1
Prelude CC599 MBFile 1620 MBFile 1
SpeedGrade CC126 MBFile 1155 MBFile 1
Adobe Muse CC59 MBFile 1182 MBFile 1
Edge Animate CC143 MBFile 149 MBFile 1
Edge Code CC30 MB****File 234 MBFile 1
Edge Inspect CC30 MB****File 229 MBFile 1
Edge Reflow CC25 MB****File 228 MBFile 1
Adobe Scout CC17 MB****File 213 MBFile 1
Bridge CC (32-bit)314 MBFile 1File 2370 MBFile 1
Bridge CC (64-bit)349 MBFile 1File 2370 MBFile 1
Extension Manager CC108 MBFile 1File 2103 MBFile 1
CC Desktop App3 MBFile 15 MBFile 1
Other Tools Included in Creative Cloud
Fireworks CS6438 MBFile 1627 MBFile 1
Encore CS6 (readme)1.1 GBFile 1File 21.6 GBFile 1
Flash Builder 4.7 Prem1.0 GBFile 11.1 GBFile 1
Lightroom 5869 MBFile 1513 MBFile 1
Acrobat XI Pro498 MBFile 1File 2585 MBFile 1
Adobe Camera Raw 8.247 MB****File 238 MBFile 1
ExtendScript Toolkit94 MBFile 196 MBFile 1
Exchange Panel Toolkit79 MBFile 1File 290 MBFile 1
Adobe Gaming SDK270 MBFile 1284 MBFile 1
Touch App Plugins3.9 MBFile 18 MBFile 1
[ What do these different applications do? Check out the Creative Cloud product page. ]

Crack untuk semua software di atas ada dengan saya. Kalau nak hantar e-mel nanti saya kirimkan.
Selamat mencuba.


Adobe InCopy CC Wordprocessing keluaran Adobe

Petang tadi aku download Adobe InCopy CC (Creative Cloud). Saiz 952MB. Sebenarnya aku tak tahu 'natang apa pulak' Adobe buat software ni! Rupanya wordprocessing. Nak integrate dengan Adobe InDesign. Aku memang daru dulu tak berapa serasi dengan Adobe yang suka buat software pecah-pecah tidak seperti Corel yang terfokus.

Dulu aku ada tulis pasal apa ada dua Adobe Illustartor dan Adobe InDesign.. kenapa tak sekalikan sahaja. (Baca di sini - klik)

Sekarang ada pula InCopy. Jadi kita kena guna Photoshop untuk design gambar, dan nak halusi design kena guna Illustrator dan jika nak buat desktop publisher kena guna pula InDesign. Kalau ada teks yang banyak kena pula integrate dengan InCopy..... pening 4 Software.. itu belum lagi Adobe Firework!!

Tapi kalau saya saya buat design dengan Photoshop (Saya tak suka guna CorelPhoto Paint) dan saya guna CorelDraw untuk jadikan desktop publisher... hanya dua sahaja.




Ini paparan story, kalau dalam Corel WordPrefect dipanggil Reveal Codes yang mudahkan kita cari kesilapan script. Saya suka semenjak WordPrefect 5 dan masa itu WordStar... Microsoft Word belum wujud lagi.. sekadar ada Write aje. 

Ini adalah paparan normal. 

Secara kasarnya tak ada yang menarik bagi saya pada Adobe InCopy CC yang telah dilancarkan pada 17 Jun 2013 yang lalu.

Kalau tak ada kerja... boleh mencuba, mana tahu serasi dengan anda.


Monday, November 04, 2013

Network Wifi Limit Pada Windows 8. Forget Network Tak Terpapar


Ada yang bertanya kenapa wifi menjadi limit? Ada banyak kemungkinan. Internet tak ada pun jadi limit kerana tak boleh buat IP jika IP DHCP. Ada juga kerana wifi memberikan IP sekadar "cukup makan" (bilangan IP dibuka mungkin sedikit dan pengguna ramai). 

Jika kes seperti ini sebelum akses wifi kita perlu buat IP manual biasa guna IP standard iaitu 192.168.1.x (guna x untuk no. 2-255 dan ambil nombor yang lebih besar misal 200 keatas, Insya-Allah boleh masuk). Saya pernah mengalami masalah seperti ini untuk wifi di Sekolah Menengah Islam DarulBayan.

Limit juga berlaku jika pertukaran password ID wifi sedangkan nama ID masih sama. bagi sesetengah pc yang dah menyimpan password lama akan menyebabkan limit.

Masalah yang dikemukan kepada saya. Nak klik sebelah kanan mouse untuk dapatkan "Forget This Network" tak boleh kerana tak ada apa-apa reaksi. Ini berlaku pada windows 8.1 baru.  



Cara atasinya ialah buka Commad Prompt pada sebelah kiri windows atau tekan butang WIN + R untuk dapatkan Run. taipkan CMD.

Selepas itu taipkan pada command prompt itu:
netsh wlan show profiles

Satu papar senarai wifi yang sedia ada akan ditunjukkan dan untuk delete sila guna command berikut:-

netsh wlan delete profile name="nama wifi"

Boleh juga untuk 'clear'kan passwordnya. taipkan:-
netsh wlan show porfile name="nama wifi" key=clear

Selamat mencuba...






Sunday, November 03, 2013

Hari ini kesempatan Install Adobe Photoshop CC (Creative Cloud) @ versi14 @ CS7


Adobe Photoshop CC (Creative Cloud) telah dilancar pada 17 Jun 2013 lalu. Tapi aku tak kesempatan "nok kobek" (explorer). Kalau diteliti secara khusus tak banyak perubahan yang dibuat sekitar 15 elemen baru sahaja. Sebab itu ada yang buat komen Photoshop CC ibi juga disebut sebagai Photoshop $$ (pitihlah tu!!). Tapi aku setakat ni tak banyak habis pitih pasal semuanya 'crack' belaka.

Jika kita dah ada versi lama misalnya CS6, tak perlu uninstall sekadar install sahaja yang baru failnya sekitar 302MB sahaja. Kalau sebelum ini jika kita install CS6 dan CS5 akan berfungsi beransingan, tetapi yang ni tak. Kedua-dua sekali dan Jika kita bukan CC kita tak boleh buka CS6 begitu juga sebaliknya. 



Antara yang aku lihat ok ialah Smart Sharpen, Intelligent Upsampling, Camera Shake Reduction dan editable rounded rectangles. Yang lain semuanya tak banyak berkaitan.

Kalau tak ada kerja, bolehlah download dan install.
\







Sunday, October 27, 2013

Perlukah Antivirus Pada Windows 8 atau 8.1?


Ramai yang bertanya, adakah perlu antivirus pada Windows 8. Aku selalu jawab secara 'ngajing' (perli).. "Kalau banyak pitis (wang) pakailah (gunalah)".

Tapi kadang kala orang tak yakin dengan kenyataan aku. Tak banyak yang tulis perkara ini, yang aku dengar ramai cerdik pandai komputer yang beri kursus akan sebut perlu install antivirus pada windows 8, mungkin itu secara teori.

Aku ditugaskan mengurus makmal ICT semenjak 2002. Pada masa itu dibekalkan antivirus Mc Afee. Selepas itu makmal tunggang langgang pasal pihak yang bertangungjawab tak tahu nak urus kebajikan makmal. Antivirus tak dibekalkan. Aku 'crack' Mc Afee dan boleh guna secara sah menggunakan email aku (hotmail.com) dan email sekolah Sultan Omar.

Aku mula malas nak guna antivirus lain, walaupun mc afee menyebabkan pc menjadi slow untuk load tapi setakat aku guna pakai sehingga 2007 tak ada masalah. Virus Brontok (puak Indon punya) yang banyak menyerang pada masa itu tidak dapat menebusi makmal aku sebab aku perangkap dengan full sharing untuk satu komputer bagi mengesan kedududkan brontok dalam rangkaian network sekolah.

Malah dengan bantuan satu program Iran (nanti kata aku syiah pula!!) RRT.exe komputer yang dijangkiti virus brontok boleh baik pulih sendiri selepas mc afee di update.
Aku bertukar kepada kaspersky setelah makmal diambil alih oleh Schoolnet. Masa tu ada juga kompratasi aku dengan pihak Schoolnet pasal nak guna Mc Afee atau Kapasersky.

Dia orang pandai nak install (dapat duit) yang nak mampus nanti menjaga makmal nanti aku... Aku kata ikut akulah nak letak apa?? Kan logik... Tapi akhirnya aku mengalah.

Selepas itu aku mula 'mengganas' kaspersky. Aku guna yang workstation punya versi 6. Ada satu cerita joke seorang pelajar aku yang aktif dalam komputer nak beri aku Kaspersky Anti-Virus versi 8 (masa tu terkini). dia ingat aku pakai versi 6, "komang" (rendah atau tak baik..)  punya

Sebenarnya pelajar tersebut tak faham kaspersky ada banyak versi dan workstation walaupun versi 6 adalah yang terbaik kerana khusus untuk server dan rangkainnya.

Aku mula menghadapi masalah dengan kaspersky workstation apabila kaspersky tak support untuk windows server 2008. Akhirnya mereka downgradekan server aku kepada server 2003.

Macam selalu akhirnya pengurusan makmal pihak atasan tunggang langgang lagi. Antivirus tak dibekalkan. Aku mula 'crack' kaspersky dan menggunakannya sehingga wujud  Microsoft Security Essentials yang diberikan secara percuma kepada pengguna windows 7 original.


Bila aku beli HP Folio13 dengan Windows 7 Profesional Original. Aku masa tu malas nak intall antivirus (aku sebenar lebih suka tak ada antivirus... tak serabut..) dan penggunaan pula secara lasak (banyak masuk laman crack dan hackers) tetapi aku dapati Microsof Security Essentials (MSE) boleh menangkis serangan malware dengan baik. Malah fail amtlib.dll (untuk crack photoshop) pun dikesan oleh MSE ini sebagai potentially harmful software.

Bila aku mula install Windows 8 dalam bahasa Sepanyol (masa tu masih tak ada crack dalam versi english) "berjelir juga"... (baca di sini) aku cuba install MSE tetapi tak dibenarkan kerana Microsoft kata MSE sama sahaja dengan Windows Defender yang ada ada pada windows 8.

Rupaynya Microsoft tukar MSE kepada Defender dan sebelum semasa windows XP, Vista dan Windows 7 defender sekadar pertahanan biasa kepada malware tidak bersifat fully protected.

Selepas aku guna hampir 11 bulan untuk 50 pc makmal (tak masuk lagi notebook dll) aku dapati Windows Defender adalah terbaik bagi yang malas nak install antivirus. teruji bukan teori semasa khusus!! tak percaya? marilah ke makmal aku bawalah pendrive yang ada virus... Boleh pilih mana-mana pc untuk di "cucuk cuba".

Sekarang aku sudah tidak lagi download antivirus dan juga burning sofware (ini aku tulis nanti) Tak payah cari dengan aku BitDefender, Avira, Kaspersky, Mc Afee, Kerio, Panda, Shawdows dll

Satu masalah kepada Windows Defendar ialah kita tak tahu macam mana dia bekerja. Mungkin microsoft buat begini untuk mengatasi "Anti Monopoli". Kalau tidak mampus syarikat antivirus. Macam mana mampusnya Norton PC Anyware apabila microsoft buat Remote Destop sendiri yang buil-in daripada dalam. Windows defender adalah buil-in daripada dalam OS. Bagi saya sangat baik.


Bila ada gangguan (virus, spyware, malware dll) bendera di hujung kanan akan bertanda pangkah (ini kadang kala pengguna tak sedar). Tanda amaran sebenar keluar tapi sekejap aje dan tanda hilang. Pengguna kena klik bendera tersebut. Satu paparan seperti di bawah akan keluar.

Kalau jenis yang membahayakan, tanda amaran hujung sebelah atas kanan akan keluar sekejab aje dan virus atau malware berkenaan akan dibunuh (clean) secara automatik.  



Yang saya suka dengan Windows Defender kerana dia tanya kita dulu nak buat apa. Ini boleh menyelamat fail-fail crack daripada automatik clean.


Kita boleh piliha action.



dan pastikan paparan hijau akan kelihatan.

Bagaimana nak matikan Windows Defenders untuk install sesuatu crack yang di'makan' oleh defender.


Tekan WIN + X untuk menu tepi bar. Pilih Control panel --> Pilih Windows defender dan tipkan Turn On Real Time Protetion. Awas jangan lupa tips semula kalau kita tak tips on sampai bila-bila pc kita tak protect!!

Kalau tanya saya, saya akan jawab TAK PAYAH INSTALL ANTIVIRUS, sudah memadai dengan Windows Defender.




Sunday, October 13, 2013

Papar (view) fail PSD (Photoshop) sebagai thumbnail

Bila kita ada banyak fail photoshop (biasanya dalam format PSD) kita sukar nak pilih mana satu yang terkini kerana kita tak tahu kandungannya melainkan kita kena buka dulu. Kalau guna harddisk SSD (baca di sini) dengan komputer terkini tidak menjadi masalah. Tapi kalau komputer buruk kena tunggu untuk load photoshop.

Jika ada thumbnail, perkara ini tidak menjadi masalah. Photoshop tak tersedia tumbnail seperti Coreldraw. Ada 2 cara untuk memamparkan thumbnails di explorer

Cara Pertama:

Sebelum diplug-inkan

Mula download plugin di sini

Kemudian copy fail psicon.dll ke folder C:\Program Files\Common Files\Adobe\Shell
(Jika folder ini tidak ada sila buatkan.)

Langkah seterusnya Run fail Adobe.reg
(Kalau ditanya untuk pengesahan, klik aje OK.)

Boleh Restart PC.

Selepas plug-in fail psicon.dll

Cara Kedua: (Sah ok untuk win10 64bit)

Cara ini adalah menggunakan software free SageThumbs 2.0.0.22
(Boleh dowload di sini)  atau https://telegram.me/software_application

Kelebihan software SageThumbs ini ialah boleh thumbnails bukan sahaja fail PSD malah banyak lagi fail-fail lain. Tapi dia menggunakan sedikit memory pc.

Satu lagi saya suka ialah semasa list view pun thumbnail kelihatan. Lihat contoh di bawah.

Sebelum install SageThumb

Selepas Install SageThumbs

Selamat mencuba
Terima kasih...









Wednesday, October 09, 2013

Terkena dengan Printer Canon LBP 7018C

Semalam hampir pukul 3 petang pelajar datang bawa printer, minta aku replace toner. Katanya cg Musa suruh. Aku lihat pada printer ada tag nama Lenny. Kaunseling punya kot!

Kebetulan pula aku nak balik dan kakak ipar datang ke rumah. Aku dalam gopoh tak boleh selesaikan masalah ini.

Pagi ini aku masuk bilik terus ke printer berkenaan. Lihat design memang tak boleh cabut... hanya satu yang atas sahaja mudah cabut... itu sepatutnya. Nak tak nak kena tanya Mr Google atau Youtube... Tapi malang tak ada pun.. ini mesti komang (tak baik) punya printer.

Akhir sekali kena download manual daripada laman Canon sendiri.

Bila lihat manual, rupanya printer ini hanya boleh cabut satu sahaja dan kena pusing untuk toner serusnya kerana tonernya berada dalam bentuk gelung.

Tekan butang paper indicator tentukan mana toner yang nak dicabut samada ada CYMK.

Terkena juga aku dengan printer ini.

Bengong punya printer.... kalau ada orang nak beli aku memang tak galakkan.. menyusahkan sahaja!!





Monday, October 07, 2013

Mana lebih baik Nokia Lumia 1020 dengan Samsung Galaxy S4?


Ada yang bertanya saya mana lebih baik Nokia Lumia 1020 berbanding dengan Samsung Galaxy S4? Susah aku nak jawab sebab aku ni guna telefon sekadar nak telefon sahaja. Dulu kalau orang SMS aku beberapa kali aku tak jawab. Kalau aku nak cakap aku call sahaja... tak main SMS.

Nokia aku pernah pakai 3120 dan Buterfly. Samsung aku pernah guna Galaxy Y dan Advance S... Kira boleh call aje. Kena baca pasal kedua-duanya yang terkini.


Aku pernah lihat Ustaz Mahadi beli S4 masa tu masih dalam kotak lagi, kebetulan aku ke pejabatnya sebelum dia pindah naik pangkat!

Nokia Lumia 1020 telah dijual Lembah Klang pada 25 September lalu dengan harga RM2499 manakala harga S4 kini dengan LTE 4G sekitar RM1900 ++

Nokia Lumia 1020 menggunakan Windows Phone 8 manakala Samsung Galexy S4 menggunakan Android 4.2.2 (Jelly bean)

Samsung Galaxy S4 mempunyai paparan yang lebih baik disebabkan paparan 5 inci Super AMOLED resolusi yang lebih tinggi 1080 x 1920 pixel. Sebaliknya, Lumia 1020 pula 4.5 inci HD + PureMotion paparan ClearBlack AMOLED dengan resolusi 768 x 1280.

Kedua-duanya menarik kerana mempunyai saiz normal pada tangan iaitu bersaiz kecil, tetapi jika kita perlu memilih yang lebih ringan dan kukuh.

S4
lebih ringan dan lebih nipis daripada Lumia 1020 tapi Nokia 1020 mempunyai reka bentuk yang lebih menarik dan pembinaan yang melengkung serta sudut tirus halus. Manakala unibody polikarbonat sangat baik. Galaxy S4 walaupun polikarbonat tapi kelihatan sedikit lebih rapuh daripada luar.

Dari segi kamera pula walaupun Nokia Lumia datang dengan 41 Megapixel berbanding dengan S4 hanya 13 Megapixel tapi mengiku perbandingan yang dilakukan S$ lebih baik. Mungkin Nokia Lumia 1020 perlu orang yang lebih Pro untuk mengendalikannya.

Saya paparan daripada laman yang telah membuat bandingan pada kedua-dua 'nantang ni'. (kelik gambar untuk besarkannya)


Taken under a patio umbrella on a bright sunny day.

Taken outside on a sunny afternoon.

Taken on a sunny afternoon in the shade.

Taken in an office setting with ample daylight coming through the window.

Taken in an office with the lights off and daylight coming in from behind me. The flash was on.

Taken in an office setting with no lights on, but the blinds wide open to let daylight in

Taken in a dark office with the flash on.

Taken inside an office setting with light directly overhead.

Taken in an office building with ample lighting.

Taken in a dark office with the lights off and doors and blinds closed.


Untuk paparan video saya juga lebih suka perbandingan yang dibuat oleh gamanist1000.


Saya rasa cukuplah untuk perbandingan ini dan mungkin menjawab soalan yang ditanya.