zulbmohd blog khusus untuk perbincangan it semasa...

Edit Gambar Menjadi Kepingan dengan photoshop

Sunday, September 16, 20121comments

  
Artikel ini pernah saya siar di laman CikguCyber.net Januari lalu. Oleh kerana saya dah buat satu blog khusus untuk IT iaitu blog ini, jadi beberapa artikel berkaitan dengan IT saya pindahkan di sini. Seperti yang selalu saya sebut, jika contoh-contoh untuk photoahop selalunya gambar wanita digunakan. Kenapa bukan lelaki?

Untuk muqadimmah ini saya guna gambar saya (seorang lelaki sejati), selepas ini saya hanya copy tutorial sedia ada pasal sudah ada orang membuat tutorial ini. Malas saya nak letihkan badan buat yang lain. Itu namanya bijaksana kan?

Tulisan nurizspace sangat jelas dan rasanya saya panjangkan untuk pelajar saya membuat latihan mengikut apa yang nurizspace tunjukkan.
Sebelum ni Nuriz ada buat photo cluster dengan photoshop, gambar yang dihasilkan menjadi terpotong potong. Kali ni Nuriz nak buat edit gambar lebih kurang macam photo cluster tapi yang ni ada stroke atau garisan di keliling gambar seperti kepingan kepingan gambar. Boleh kata agak renyah jugak buat benda ni tapi hasilnya memang syokk :)
Dalam BI efek ni disebut vertical panel, dibahagi beberapa panel dan panel ni boleh diubah dan diadjust size dan kedudukan. Tak seperti teknik cluster yang hanya boleh dipotong saja.




Cara cara :
1. Buka imej yang nak diedit
Buat New Layer dan create new fill ( bulatan separuh hitam dan putih) .Pilih Solid color. Warna mesti putih. RGB set : 255 255 255
2. Buat copy background imej ( ctrl+ J)
3. Ubah Layer color fill biar duduk di tengah2.
4. Pilih rectangle tool dan shape option
5. Di background imej copy, buat bentuk 4 segi memanjang atas imej. Layer Shape akan terhasil secara automatik. Guna ctrl+ T untuk adjust size dan kedudukan kotak tu.
6. Bila terhasil kotak tadi , layer tu di sebut Shape . Ubah Shape layer biar di bawah background imej copy ( biar di atas layer fill color). Lihat gambar di no 5.
7. Di background copy , buat clipping mask . Right Click > clipping mask.
8. Di Shape 1 Layer , buat drop shadow. Pilih iconfx. Set kan kepada Blend mode : multiply.
Angle 120 , Distance 10 , Spread 0 , size 10 .
Stroke pilih warna putih, Position Inside, blend mode : normal.


9. Tiba masa nak buat Layer group. Pilih background copy dan Layer Shape ( Hold shift dan pilih dgn mouse kedua2 layer tu). Di menu photoshop, pilih Layer > New > Group from Layers) > Ok.
10. Lepas tu kita perlu COPY group tadi. Right clik group dan pilih Duplicate Group. Jangan buat apa2 lagi.
11. Bila sudah ada dua GROUP , ubah kedudukan Group Copy ke bawah Group 1 ke bawah . Guna Ctrl + left bracket ( [ ). automatik group tu pindah ke bawah.
12. Buka Group Copy 1 dengan menekan anak panah tiga segi di tepi folder. Anda akan nampak background dan shape dalam tu.
Pilih Shape Layer .
Pada Group copy 1 pilih Shape Layer
Guna Move Tool pergi ke imej dan gerakkan kursor ke sebelah kanan perlahan lahan hingga dapat hasil. Boleh adjust kotak dengan ctrl T .
Bila dah puas hati. Tutup group dengan menekan anak panah semula.
13. Buat copy group sekali lagi dengan mengikut langkah-langkah di no 10. Ulang langkah 11, dan 12. Sampai habis.
Ini contoh kedudukan group2 yang seharusnya anda dapat . Lihat imej ni
Selamat mencuba.

Sumber: klik


Saya ada buat satu kada raya menggunakan konsep ini. Rasanya pelajar boleh mencubanya jika ingin menguji sejauh mana kefahaman anda tentang tutorial ini.




Share this article :

+ comments + 1 comments

December 4, 2015 at 8:58 PM

tak dapat la. bahagian hasilkan shape tu macam mana. saya guna cs6 last sekali hasilnya gambar yang sama je berulang kali.

Post a Comment

Blog Archive

Terbalik Fonts

- no action -

Persekolahan...

 
Hak Cipta Tak Terpelihara - Boleh buat salinan jika suka...
Copyright © 2014. ZULBMOHD - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by ZulbMohd
Proudly powered by Blogger