[Update 10/1/2013 jam 9.40 malam] Bila saya menulis artikel berkenaan Pendrive digunakan sebagai Installer Windows 8 (baca di sini -- klik), ramai yang bertanya saya pasal bagaimana nak buat. Saya malas nak jawab banyak kali hanya saya nak beritahu, sangat mudah dan 'friendly'.
Sebaiknya-baik guna pendrive yang besar 8GB ke atas. Kaedah yang saya tunjukkan adalah menggunakan DISKPART dan DISKSECT iaitu penggunakan DOS (cmd - command prompt). Kenapa kita guna kaedah ini berbanding dengan menggunakan sofware sedia ada yang didownload?
Jawabnya bila kita telah set pendrive kita dengan bootmgr kita boleh guna pendrive itu untuk os yang berbeza dengan syarat jangan format pendrive itu. Maksud saya jika kita nak install windows 8 kita masukkan fail windows 8 daripada fail ISO te pendrive dan kita boleh install windows 8 melalui pendrive.
Jika kita nak install windows 7, kita buang windows 8 dan gantikan fail windows 7 pula dan kita boleh install windows 7 dengan pendrive yang sama. Kan menjimatkan!!!
Konsep dan idea ini sebenar telah digunakan zaman komputer XT 86. Masa itu tak ada harddisk. Hanya ada disket besar 5.25". Satu untuk boot, satu untuk wordstar/PW, satu untuk Lotus 123, dll
Disket besar masih ada dalam simpanan saya |
Semalam selepas saya
install windows 8 untuk pc makmal. Saya nak install pula pada HP Folio 13. Oleh
kerana notebook guna sistem 64bit dan pc makmal 32bit. Saya delete semua
fail berkenaan dengan windows 8 32bit dan ganti dengan 64bit. Takkan saya nak
buat pendrive khas untuk sekali penggunaan.
Saya kekal crack, install lain yang ada di dalamnya. Pendrive itu digunakan untuk format HP Folio 13.
Lagi satu Installer
fail kerja dan apa sahaja 'tok nenek' boleh dimasukkan dalam pendrive berkenaan.
Kan mudah.
Macam tok nenek ada dalam pendrive |
Di atas adalah
pendrive installer saya yang mana saya guna rambang dan semasa. Tak perlu
pendrive lain untuk kerja sampingan dan copy mana-mana fail.
Anda boleh guna pendrive ini untuk install Vista, Windows 7 dan 8, 32 atau 64bit. Hanya tak boleh guna untuk windows XP kerana semasa kita set /nt60 bukan /nt52 yanbg digunakan untuk XP. (Lihat artikel sebelum ini). Jika keluar windows 9 pun boleh guna jugak!!
Boleh guna apa sahaja dengan syarat jangan format dan jangan kena virus...
ok...
Post a Comment