zulbmohd blog khusus untuk perbincangan it semasa...

Serial Number Laptop Atau PC Yang Hilang Sticker

Monday, April 04, 20160 comments


Beberapa hari lalau dapat pm (private massage) Telegram daripada sahabat di Sabah bertanyakan pasal nak tahu nombor siri laptop yang telah tercabut sticker no sirinya. Saya baru sempat nak jawab. Kebelakangan ini bila saya aktif di group telegram Software dan Application (https://telegram.me/softwareapplication)  banyak dapat pm sehingga tak terlayan.

Rasanya baik saya tulis dalam blog supaya boleh jadi rujukan untuk kawan-kawan lain jika ada masalah yang sama.

No. Siri boleh didapati dalam bios. Boleh dipaparkan melalui windows menggunakan command cmd.


Langkah untuk mendapatkan no. siri.
  1. Klik Start dan cari "Run".
  2. Kemudian taip "cmd" atau secara manual cari "Command Prompt".
  3. Kemudian klik pada Command Prompt dan akan terbuka satu tetingkap hitam seperti gambar di atas.
  4. Sila taipkan "wmic bios get serialnumber" dan klik enter.
  5. Nombor serial number laptop/pc anda akan keluar (lihat gambar di atas).
  6. Dan kini anda sudah tahu apa serial number bagi laptop anda.
Langkah untuk mendapatkan model laopto/pc ialah
  1. Klik Start dan cari "Run".
  2. Kemudian taip "cmd" atau secara manual cari "Command Prompt".
  3. Kemudian klik pada Command Prompt dan akan terbuka satu tetingkap hitam seperti gambar  di atas.
  4. Sila taipkan "wmic csproduct get name" dan klik enter.
  5. Nama model laptop anda akan keluar.
  6. Dan kini anda sudah tahu apa nama model bagi laptop/pc anda.
Cara ini sebenarkan membantu untuk kita mendapatkan nombor siri, tanpa perlu terhendap dibelakang PC/laptop. Ada juga ambil kamera, ambil gambar pasal tak nampak no. siri. Jika dia tahu cara di atas sebenarnya tak perlulah tercari-cari...

Selamat mencuba.









Share this article :

Post a Comment

Terbalik Fonts

- no action -

Persekolahan...

 
Hak Cipta Tak Terpelihara - Boleh buat salinan jika suka...
Copyright © 2014. ZULBMOHD - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by ZulbMohd
Proudly powered by Blogger