zulbmohd blog khusus untuk perbincangan it semasa...

Gadget kabel untuk smartphone atau tablet (VGA, USB dan HDMI)

Thursday, April 03, 201429comments


Saya selalu ditanya "boleh tak tablet saya disambung ke projetor?" Jawapan boleh tapi masalahnya apakah alatan (gadget) yang diperlukan untuk kerja penyambungan ini.

Satu lagi masalh ialah kebanyakkan projetor sekolah (versi lama) tidak mempunyai connetor HDMI (High-Definition Multimedia Interface). Apa dia HDMI? satu connetor yang boleh menghantar video dan audio sekali berbeza dengan VGA (Video Graphics Array) yang hanya menghantar video sahaja tanpa suara.




Paling muda boleh dilihat pada laptop untuk membezakan VGA, HDMI dan satu lagi USB (
Universal Serial Bus).

sebelum saya lanjutkan perbincangan lebih suka kita lihat dulu jenis-jenis USB. mungkin ada dikalangan kita ingat USB tu macam yang ada di laptop aje!


USB diguna mengikut jenis dan biasa kita guna hanya kita mungkin tak tahu itupun USB juga rupanya. Misalnya printer biasanya menggunakan USB type B. Satu lagi USB ini ada jantan (male) dan betina (female)...  Kalau kita renung sejenak sambil lihat designnya kita boleh kenal yang mana jantan dan yang mana betina... tak payah letak dalam basen berisi air macam filem P. Ramlee!Sekarang USB 3.0 seperti gambar di atas makin digunakan sebab transfer datanya 10x lebih laju, USB 3.0 sebenarnya boleh digunakan dengan kabel micro USB untuk mengecas yang ini saya akan tulis dalam tajuk khusus.


Dah tahu USB kena tahu pula jenis-jenis  HDMI. Penggunaan biasa lebih tertumpu kepada HDMI (type A), mini HDMI (type C) dan micro HDMI (type D).

Bagaimana nak sambung smartphone atau tablet ke peralatan lain?? Saya fokus peralatan terkini kebanyakkannya menggunakan micro USB dengan syarat smartphone/tablet ini support (membolehkan akses) OTG (
On The Go) dan MHL (Mobile High-Definition Link).  Sebagai contoh Samsung Galaxy Tab 3.0 7 inci tidak support OTG dan MHL.. kesianlah siapa yang membelinya. Samsung Note kebanyakkan support OTG dan MHL. Pasal tu harga kadang kala berbeza.

micro USB to USB

Kita bincang kegunaan OTG dulu. Lihat gambar di atas. Kabel ini berharga sekitar RM10. Boleh digunakan untuk menyambung pendrive kepada smartphone/table. Boleh juga guna untuk keyboard, mouse, printer dll.

micro USB to HDMI

Sekarang kita lihat kegunaan MHL pula. Lihat gambar di atas (kabel hijau). Kabel ini berharga sekitar RM25. Boleh digunakan untuk menyambung ke projetor LCD yang ada HDMI atau ke TV yang ada HDMI. Pada kabel ini ada satu port USB yang kena sambung kepadanya untuk bekalan power (kuasa) menjalankan fungsi MHL. Ada satu lagi (kabel putih) jenis yang guna changer (micro USB) bukan USB biasa bagi bekalan power.
micro USB to VGA

Bagaimana pula dengan projektor yang tidak ada HDMI sekadar ada VGA sahaja. Yang ini perlukan kabel seperti di atas. Harganya sekitar RM79.90. kabel ini memerlukan mini USB untuk bekalan kuasa, Maknanya ambil charger handphone 'sumbat situ'..
Video ini membantu sebahagian daripada penerangan di atas.



Tadi android sekarang kita ke gadget windows pula.

Acer Iconia W4 dengan windows 8.1 dan paparan skrin 8 inci boleh digunakan untuk projektor dengan menggunakan kabel yang hampir sama iaitu mini HDMI to VGA. Lihat gambar di bawah.
micro HDMI to VGA

Kabel 
micro HDMI to VGA yang boleh dibeli dengan harga  sekiar RM63 tidak memerlukan sumber bekalan
power. Satu lagi kelebihannya seperti yang saya tulis di atas HDMI menghantar audio sekali dengan video.
 

Satu lagi boleh juga dapatkan micro HDMI to Famale HDMI seperti gambar di atas. Harganya sekitar RM11. Kegunaannya jika kita nak sambung projektor yang jauh memerlukan satu kabel sokongan HDMI to HDMI yang panjang 30 meter berharga sekitar RM180.

Saya 
rasa setakat ini dulu... dah lapar nak sarapan dulu.


















Share this article :

+ comments + 29 comments

April 5, 2014 at 7:07 PM

Tq ur info...

April 16, 2014 at 9:25 PM

Salam. Cgu. Mano tmpat kito nok orde kabel usb vga tuh. Ambo rso nk bli sbutir .tq

Anonymous
April 29, 2014 at 10:20 AM

Boleh beli di lelong.com.my - cg Zul

Anonymous
May 28, 2014 at 3:43 AM

lenovo p780 support otg @ mhl x?

May 28, 2014 at 9:30 PM

nk beli kabel tu camne yer? dh cari kat lelong.my...tak jumpa

June 16, 2014 at 11:55 AM

ini cth link tapi cari yang harga murah. Link mahal

http://www.lelong.com.my/micro-usb-to-vga-3-5mm-audio-mhl-adapter-galaxy-s2-note-tv-video-doinfinity-K1615215-2007-01-Sale-I.htm

Anonymous
December 22, 2014 at 10:35 PM

saya nak tanya .. kalau smartphone sambung ke tv pakai kabel yang mane?

December 22, 2014 at 10:47 PM

Jika tv ada vga connection boleh guna micro usb to vga. Jika tidak guna micro usb to hdmi bagi tv yang ada hdmi

Anonymous
February 15, 2015 at 5:35 PM

Saya nak sambung smartphone dengan skrin monitor boleh tak. Cpu PC rosak. Nak tengok melalui phone kecik la bebenor.

November 19, 2015 at 5:01 PM

Saya nak tanya..saya pakai phone samsung galaxy mega 2 ...tp sy bca spec dy...xde mhl...so phone sy xleh guna kabel hdmi laa kn?? Mcmmna sy nk bg bleh guna kt phone sy ye...mntk tlg tuan...

November 20, 2015 at 8:41 PM


Kimi Wilson cuba guna sidesync.

December 12, 2015 at 1:26 PM

Boleh tak kalau microphone studio pasang pada telefon

Anonymous
December 19, 2015 at 1:56 AM

Salam bro.
Saya guna Lenovo S930..kalau nak sambung TV macamana? Guna kabel apa dan sambung kat mana pd TV.tq

April 17, 2016 at 11:12 PM

Salam.sy nak tanya mcm mn nk guna kat kereta.kereta sy ada hdmi.cm sy tak tahu cable apa nk beli nk smbg dr tel.sy guna hp smsung j7, n note 2

January 4, 2017 at 10:54 PM

Lenovo k4note x boleh la
..bokeh bg cara nya atau yg lain sanbungan ke tv

January 7, 2017 at 3:05 PM

Salam.
Sy nak smbungkan ipad air sy ke prjektor. Sy perlu beli kabel yg mana ye.. Sbb contoh kat atas tu samsung tab..sy takut ipad pakai cable beza..silap beli pulak..hrp sudi mmbantu sy.tqia.

January 9, 2017 at 11:41 PM

Salam,
Saya nak tanya..
Saya guna phone vivo v3,boleh ke, kalau nak sambungkan ke tv, guna cable tu

February 19, 2017 at 11:02 PM

Salam, tuan ... Kabel yg mane yang perlu utk connect laptop vga ke projektor HDMI ... Sya ade beli satu converter vga to HDMI kemudian satu kabel HDMI di dua2 side ... Tpi x dpt disply ke skrin ...

Anonymous
May 24, 2017 at 11:18 PM

bole guna miracast untuk projektor/tv yg mempunyai HDMI

https://www.cnet.com/how-to/miracast-everything-to-know-about-mirroring-android/

September 20, 2017 at 11:24 PM

Assalamualaikum admin..saya guna oppo f1s..hp ni cuma ada OTG shj..tp saya ingin tgk movie di hp kpd tv..tv ada support hdmi..mcm caranya nk instal..boleh admin bg senarai cable yg mesti saya beli..sekian terima kasih..assalamualaikum

September 20, 2017 at 11:30 PM

Assalamualaikum admin..saya nk mtk tunjuk ajar..sya ada oppo f1s..hp ni cuma ada OTG shj..sya ingin tgk movie hp sya pd tv..tv ada hdmi..mcm cara nk instal..tlg admin senaraikan brg yg mesti ada..sekian tima kasih..assalamualaikum

September 21, 2017 at 12:47 PM

Term kasih ....sangat membantu..

May 3, 2018 at 10:17 PM

Saya ada beli mcm cable yng warna hijau tu. Tapi detect kat tv. Saya guna tv led dan hp asus. Kenapa ye tak dpt ye tuan

September 10, 2018 at 11:39 PM

Saya mau nanya apakah hp lenovoaa5000 bisa support kabel adapter aux

November 15, 2018 at 3:14 PM

As salam sy ada mini projector uc 28, tak boleh detect hard disk usb 3.0 sy. Macam mana nk buat ya?

October 22, 2019 at 2:35 PM

Kedai mana yang ada jual cable no.. Semalam Tanya pekerja kat Kedai komputer dia macam tak tahu pape je..

April 27, 2020 at 2:47 PM

Semua android ke boleh sambung dgn HDMI ? Aku punye vivo Y69 kena pakai wayar ape utk cucuk HDMI belakang TV? Ade org kate bukan semua android boleh support HDMI.. Plesae..

Post a Comment

Terbalik Fonts

- no action -

Persekolahan...

 
Hak Cipta Tak Terpelihara - Boleh buat salinan jika suka...
Copyright © 2014. ZULBMOHD - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by ZulbMohd
Proudly powered by Blogger