Hari ini sudah genap 101 pc dan notebook aku install windows 8 (bukan ori). Makmal ICTL aku sudah boleh ditukar label kepada "Kedai Komputer Servis Lanun". Dulu pelajar tingkatan 6 lihat aku macam lihat "hantu" tapi hari ini mungkin dia orang mula mesra walaupun ada yang masih 'takut-takut'.
Tadi ada 3 orang pelajar tingkatan 6 masuk, dia kata nak jumpa cg Zul. Aku tunjuk cg Yusnizam (cg Disiplin -- ini pun pelajar lihat dia macam hantu). Dia cakap cikgulah... Oii. Nak apa aku tanya?
Cg boleh tak tengok laptop saya? Aku pun cakap memang saya dah tegok (lihat). Cg boleh buka. Tak sempat aku nak loyar... Cg Zam sampuk mana skru driver... nak bukak!.
Pelajar masih tenang dengan kerenah kami, pasal dia nak minta tolong kami kan! Mungkin dia tahu cara aku komunikasi dengan pelajar... pada dasar aku cg lawak bukan ganas seperti yang ter'fitnah' (he he)
Pelajar memilih kami kerana aku, cg Zam (guru Bestari) dan Juruteknik Ina selalu membantu untuk menyelesaikan masalah peralatan it pelajar tanpa sebarang bayaran.
Macam aku cakap sebelum ini bukan sahaja kami menyelesaiakan masalah mereka, kami juga membuat installation software baru misalnya Windows 8, Office 2013 dsbnya. Nasihat tentang penggunaan yang lebih efektif logik daripada pengalaman kami.
Secara peribadinya aku dah boring buat kerja installation daripada windows 3.1 (yang guna 6 keping disket) sehingga Windows Blue (8.1) yang rutinnya tak banyak mencabar... aku lebih suka kalau ada software baru untuk di "godek" (cuba try)
Post a Comment