Semasa pasang harddisk kedua pada PC baru aku, aku nak buang satu partition windows asal.. tiba aku terdelete volume (partition). Apa lagi 500GB pada partition itu semuanya hilang. Tak boleh nak bayangkan data yang bertahun-tahun semuanya hilang... nak keluar peluh juga.
Aku motivasi diri aku dengan 'takdir'... kalau nak mati atau barang hilang. Itu semua kehendak Allah kita kena terima.
Dulu (hampir 10 tahun lalu..) pernah kena pada hardisk 80GB (ini kira besar sangat dah masa itu). Aku simpan hardisk itu tanpa buat apa hingga aku dapat software GETDATABACK. Dengan Software ini 100% data aku dapat semua dan hardisk itu diformat dan boleh diguna semula.
Selepas itu aku letak GetDataBack 4 antara software simpanan aku.
Pernah anak Cg Ghani telefon aku tengah malam, beritahu pendrivenya terdelete dan tanya bagaimana nak buat. Aku minta dia download GetDataBack (guna trial pun tak apa.. pasal bukan kita guna selalu) dan dia berjaya dapatkan semua datanya.
Pertengahan tahun ini seorang pelajar datang dengan Harddisk poket 500GB yang hilang demua data. Aku guna GetDataBack juga. Aku recovery tinggal dan esok datang semua datang dapat direcovery.
Bila aku guna GetDataBack.. dia tak jumpa partition sebab aku dah delete volume. Lagi aku pening.. Tanya Mr. Google. Ada disebut Mini Tool Power Data Recovery.
Aku pun download dan crack akhirnya data aku boleh dapat semua setelah 9 jam discan... Sehari suntuk aku habis masa untuk selesaikan copy semua data ke tempat selamat. Gamba koleksi keluarga aku semenjak aku guna kamera Sony Cybershot P8 terselamat... alhamdulillah.
+ comments + 1 comments
assalammualaikum,,, sy guna mini tool yang trial.. sbb nak ambil balik file sy lost dalam hard disk .. tpi stelah scanning... dan sy nk save file tu semua ... dia x dpt save semua kerna hanya bagi 1gb.. :( ... so how?
Post a Comment