zulbmohd blog khusus untuk perbincangan it semasa...

Kamera CyberShot 1200mm Lens

Tuesday, May 28, 20130 comments


Semalam saya dengan Cg Musa ke kedai Seng Huat Kuala Terengganu untuk cari kamera yang serba guna, tapi semaca DSLR. Saya cadang kepada cg Musa Sony HX300. Kamera ini harga standard RM1799.00 tapi saya boleh dapat dengan RM1500.00 sahaja. Ini kira harga 'anak beranak muhibbah 1 Malaysia'. Sesiapa nak beli kamera, tel, lcd dll bolehlah ajak aku...

Kamera ini 20.4 MP, 50x optical zoom/100x clear image zoom dengan kanta Carl Zeiss Vario-Sonnar T* lens. Boleh ambil gambar panorama, 3D dan dengan ISO 12800 aku rasa cukup baik dengan harga berkenaan sebab aku bandingkan dengan Nikon DSLR 3200 pun setanding.

Balik daripada membeli kami singah di kedai nasi ayam. Sambil makan aku test dulu kamera tu. Masa aku ambil gambar tangan aku terketar.. cg Musa tegur. AKu cakap aku pernah jatuh masa kecil pasal tu aku tak pakai kamera SLR.. Aku sekadar beli jenis poket. (Terakhir aku beli Sony RX-100).


Ini aku fokus dengan zoom 1X. Lihat bulatan merah tu, ada tanda "signboard" (boleh klik gambar diatas untuk besarkan). Gambar apa.



Kemudian aku zoom dengan 50X tanpa stand... tapi aku select 'Stadyshot'. INi hasilnya 2 gadis ada di tepi signboard.. tapi aku tak ambil mukanya.. Itu aku belum ambil 100X.

Biasanya kalau lens 1200mm perlukan stand untuk lens itu sahaja, Lihat contoh lens 1200mm di bawah.



Teknologi sekarang makin canggih. Kita makin tak perlu 'benda' yang besar.

Selain sony canon juga mengeluarkan kamera jenis hampiri SLR dengan 50X. PowerShot SX50 HS juga ada beberapa kelebihan daripada sony HX300 tapi hanya 12MP sahaja. Harga untuk Canon ialah RM1699.00 (Belum tawar lagi)


Antara lebihan Canon ialah dia ada flash luar dan bodynya lebih kecil sikit.Manakala skrinnya boleh flip out ini baik untuk buat movie.











Share this article :

Post a Comment

Terbalik Fonts

- no action -

Persekolahan...

 
Hak Cipta Tak Terpelihara - Boleh buat salinan jika suka...
Copyright © 2014. ZULBMOHD - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by ZulbMohd
Proudly powered by Blogger