zulbmohd blog khusus untuk perbincangan it semasa...

Windows Blue (Windows 8.1 Preview): Microsoft terima teguran

Sunday, June 30, 20131comments


Semalam saya download Windows 8.1 Preview juga dikenali sebagai Windows Project Blue. Banyak perkara yang ditegur pada windows 8 lalu telah diperbaiki pada windows 8.1 ini. Sesiapa yang berminat boleh download di sini. Saiz untuk 32-bit ialah 2.8GB manakala untuk 64-bit pula ialah 3.8GB.

Pada keseluruhannya agak menarik. Saya telah cuba hari ini pada salah satu PC di makmal ICT dan keputusan sangat baik. Oh ya windows blue ini tidak support motherboard ATOM.



Paparan pada destop sudah ada kelihat start windows. Microsoft telah menerima teguran ini, sehingga ada kata windows 8 'bodoh'.


Paparan start menu pula boleh edit dengan mengecil dan besarkan icon. dan Application pula ada pada arrow down.



Application boleh di susun atur dengan lebih kemas.

Start windows pula diperkemaskan dengan butang shut down dikembalikan semula seperti windows 7. Ada command promt dengan nama "powershell". Run juga dikembalikan.


Power Shell dengan warna biru, sebelum ini hitam mungkin asal nama projek ini Windows Blue.



Butang pencarian sangat menarik dengan carian pada internet terus.



SkyDrive satu daripada ciri windows 8 dan windows 8.1 preview dimana simpanan pada cloud menjadi ciri-ciri pemkomputeran masa hadapan.

Sangat menarik untuk di cuba.


Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
October 10, 2013 at 5:34 PM

Salam en.zul...kalo kita download windows 8 preview ni ada tempoh had masa boleh pakai ke?mohon pencerahan..TQ

Post a Comment

Terbalik Fonts

- no action -

Persekolahan...

 
Hak Cipta Tak Terpelihara - Boleh buat salinan jika suka...
Copyright © 2014. ZULBMOHD - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by ZulbMohd
Proudly powered by Blogger