zulbmohd blog khusus untuk perbincangan it semasa...

Membuat Animasi dengan Adobe Photoshop

Monday, May 05, 20140 comments


Usop Sontorian ialah siri animasi Malaysia yang pertama. Siri kartun tersebut direka oleh Ujang bersama Kamn Ismail dan diterbitkan oleh Kharisma Pictures Sdn. Bhd. pada tahun 1993. Kartun animasi ini menggunakan lukisan 8 gambar pada satu saat. Oleh sebab itu pergerakkannya agak kaku.


Kebiasaannya filem normal menggunakan 29 gambar satu saat (ada yang guna 24fps dan 30fps. Ada games menggukan 59fps untuk pergerak lebih 'halus' dan detail)

Hari ini saya akan tunjukkan bagaimana animasi boleh dibuat dengan Adobe Photoshop untuk pelajar saya tingkatan 2. Saya akan tunjukkan contoh paling 'simple' orang lidi. (bukan stickman yang animasi orang lidi sangat menarik -- lihat disini)


Buka new file ambil saiz biasa misalnya 800 x 640 pixel. Lakar bulat sebagai kepala orang lidi.


Buat layer baru..


Tambah badan


Buat layar demi layer untuk kaki dan tangan...


Tambahkan tangan dan kaki untuk orang lidi melompat


Tambah perkataan YEE! seolah dia bertepik!


Set (tiks) windows Timeline (Photoshop lama guna animasi)


Tambahkan layer pada timeline


Matikan mana yang patut (lihat tanda mata pada layer) untuk susun pergerakan.


Setkan masa pada timeline yang sesuai untuk menentukan kelajuan pergerakan.


Pilih file dan ambil "Save for Web.."


Pilih forever untuk pergerakkan tanpa henti atau ulangan.


Anda sebenarnya boleh buat macam-macam perkara dengan "Tweens animasi frame" misanya nak gerakan tulisan atau blur. Anda boleh mencuba. Akhir sekali Save file tersebut sebagai format gif. 

Di bawah satu lagi contoh menggunakan gambar kucing untuk pergerakkan simple...



Hasil kerja anda akan lihat seperti di bawah:-


Selamat mencuba...




Share this article :

Post a Comment

Terbalik Fonts

- no action -

Persekolahan...

 
Hak Cipta Tak Terpelihara - Boleh buat salinan jika suka...
Copyright © 2014. ZULBMOHD - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by ZulbMohd
Proudly powered by Blogger