zulbmohd blog khusus untuk perbincangan it semasa...

Membuat Laman Web Dengan Adobe Photoshop

Sunday, May 11, 20140 comments


Minggu ini adalah minggu terakhir sebelum peperiksaan. Saya kena habiskan Adobe Photoshop untuk pelajar saya sebelum saya nak masuk ke CorelDraw X7. Minggu depan peperiksaan dan cuti. Saya cuba tamatkan pengajaran asas photoshop dengan membuat web seperti di atas.



Mula-mula buka web dan pilih saiz 1024 x 768 pixel dengan putih sebagai latarbelakang.


Pilih Rectangle tool (U) dengan satu bar untuk saiz header sesuatu laman.

Ambil gambar yang sesuai untuk header dan sebaiknya gambar itu melebih rectangle yang kita buat untuk dapatkan kesenian yang lebih.


Tulis perkataan untuk laman dan solekkan supaya nampak menarik. Saya buat secara ringkas aje.



Pilih Rounded Rectangle untuk buat menu atas untuk laman.


Lengkapkan kepada berapa banyak topik yang nak dilinkkan. 

Solekkan rounded rectanggle ini dengan menggunakan Layer Style dengan menambah Bevel & Embos



Masukkan teks pada setiap ronded rectangle berkenaan.


Boleh nak tukar warna untuk satu dua topik untuk kelaianan.


Buat satu bar di bawah header. Saya pilih warna biru tua.

Masukkan untuk menu login dan tarikh. 



Pilih Slice Tool untuk buat pecahan pada gambar. 


Buat slice bagi setiap topik pada menu laman.


Siapkan semua kelima-lima menu.


Buat pula pada ruang login laman.


Kemudian pilih menu "Save for web" seperti yang pernah anda buat untuk membuat animasi gif sebelum ini.


Full skrin menu save for web.


Double klik pada slice menu.


Masukkan link URL yang berkaitan. 


Buat sehingga habis. 


 Kemudian save file berkenaan dan pilih HTMl dan images.

Forder images selepas di simpan adalah seperti berikut.




Buka laman anda dengan mana-mana broswer. Ok Satu laman simple telah siap. Anda boleh mencuba sekarang.






Share this article :

Post a Comment

Terbalik Fonts

- no action -

Persekolahan...

 
Hak Cipta Tak Terpelihara - Boleh buat salinan jika suka...
Copyright © 2014. ZULBMOHD - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by ZulbMohd
Proudly powered by Blogger