zulbmohd blog khusus untuk perbincangan it semasa...

Kamera Android Untuk Pengunaan Macam DSLR

Saturday, August 08, 20153comments


Dua hari lepas aku ke kedai ItCity untuk mencari adptor charger HP Folio 13. Aku memang nak ori pasal nak pastikan bateri 9 jam 30 minit yang bertahan ini masih kekal.

Tapi malang tak ada kena order. HP ori yang ada 90W aku punya 65W.

Sambil sembang dengan boss pengurus teknikal kedai tersebut daripada Windows 10, Office 2016 sehingga aku bercakap tentang Windows Phone.

Aku dulu ada juga terasa nak beli lumia pasal dia guna windows. Nak terokai. Tapi tokey Seng Huat tak bagi dan cadang beli Samsung.

Aku tanya apa lebih Lumia? Pengurus teknikal ItCity kata kameranya boleh bersifat DSLR. Boleh akjus bukaan shutter.

Dalam hati ku ni menarik...


Aku memang tertarik dengan design Lumia ni ada seakan-akan kamera 360 tetapi 360 hanya boleh akjus kecerahan, fokus dan kontras.

Balik rumah aku terfikir takkan tak ada android yang buat macam Lumia. Bila tanya Mr Google, akhirnya aku dapat beberapa aplakasi (application... apk) yang dapat mengawal seperti DSLR tetapi hanya kepada beberapa jenis smartphone yang agak mahal dan cangih sahaja. Dalam bahasa IT yang boleh running pada android 5.x (Lolipop) dengan camera API.

Antara dikenal pasti ialah Nexus 5 and 6, Galaxy S4 (Exynos), S5, S6, Note 3, Note 4 dan beberapa yang lain.

Bagi yang terbaik ialah A Better Camera Pro v3.34 





Yang ni amat canggih, tetapi dengan Note3 aku boleh hangging... oii kalau aku gopoh guna.



Boleh ambil gambar macro dan banyak fungsi yang sangat membantu aku ambil gambar. Kalau sebelum ini aku ambil gambar dengan smartphone ni selalu blur tapi sekarang dah aku. Aku rasa Cikgu Afzarizam mesti gelak kalau baca.

Yang kedua, sangat bagus juga ialah Camera FV-5 PRO APK v2.76

 
Yang ni lagi mudah dan ringan. Hampir sama fungsinya dengan A Better Camera Pro v3.34.

Cina tu ada tunjuk dia buat "sparkler photo" untuk anaknya dengan Lumia. Selepas ni bolehlah  buat pergerakkan kereta waktu malam dengan Note3 aku.





















Share this article :

+ comments + 3 comments

Anonymous
August 30, 2015 at 11:27 AM

x fahm







March 2, 2016 at 12:03 AM

Dekat mana nak dpt apk dia tuan?

March 2, 2016 at 12:08 AM

Dekat mana nak dpt apk dia tuan?

Post a Comment

Terbalik Fonts

- no action -

Persekolahan...

 
Hak Cipta Tak Terpelihara - Boleh buat salinan jika suka...
Copyright © 2014. ZULBMOHD - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by ZulbMohd
Proudly powered by Blogger