zulbmohd blog khusus untuk perbincangan it semasa...

Network Wifi Limit Pada Windows 8. Forget Network Tak Terpapar

Monday, November 04, 20130 comments


Ada yang bertanya kenapa wifi menjadi limit? Ada banyak kemungkinan. Internet tak ada pun jadi limit kerana tak boleh buat IP jika IP DHCP. Ada juga kerana wifi memberikan IP sekadar "cukup makan" (bilangan IP dibuka mungkin sedikit dan pengguna ramai). 

Jika kes seperti ini sebelum akses wifi kita perlu buat IP manual biasa guna IP standard iaitu 192.168.1.x (guna x untuk no. 2-255 dan ambil nombor yang lebih besar misal 200 keatas, Insya-Allah boleh masuk). Saya pernah mengalami masalah seperti ini untuk wifi di Sekolah Menengah Islam DarulBayan.

Limit juga berlaku jika pertukaran password ID wifi sedangkan nama ID masih sama. bagi sesetengah pc yang dah menyimpan password lama akan menyebabkan limit.

Masalah yang dikemukan kepada saya. Nak klik sebelah kanan mouse untuk dapatkan "Forget This Network" tak boleh kerana tak ada apa-apa reaksi. Ini berlaku pada windows 8.1 baru.  



Cara atasinya ialah buka Commad Prompt pada sebelah kiri windows atau tekan butang WIN + R untuk dapatkan Run. taipkan CMD.

Selepas itu taipkan pada command prompt itu:
netsh wlan show profiles

Satu papar senarai wifi yang sedia ada akan ditunjukkan dan untuk delete sila guna command berikut:-

netsh wlan delete profile name="nama wifi"

Boleh juga untuk 'clear'kan passwordnya. taipkan:-
netsh wlan show porfile name="nama wifi" key=clear

Selamat mencuba...






Share this article :

Post a Comment

Terbalik Fonts

- no action -

Persekolahan...

 
Hak Cipta Tak Terpelihara - Boleh buat salinan jika suka...
Copyright © 2014. ZULBMOHD - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by ZulbMohd
Proudly powered by Blogger