Sebelum ini saya telah menulis artikel "Membuang Bayang Cahaya Matahari" dan saya juga kaitkan sekali penggunaan 'Spot Healing Brush Tool' dalam artikel berkenaan tetapi mungkin ada dikalangan pelajar saya tidak perasan bahawa ini adalah topik 'Spot Healing Brush Tool'.
Apabila Pusat Tarbiyyah Taman Permint minta saya mengajar kelas malam untuk Adobe Photoshop saya berkesempatan untuk menambah baik modul yang sedia ada pada blog ini untuk tatapan pelajar saya.
Rasanya paling menarik jika modul ini dibuat dalam bentuk video. Jadi saya namakan tajuk ini sebagai modul pertama yang anda boleh ikut di youtube. Sebelum ini saya minta maaf kepada pelajar yang saya guna gambarnya untuk pengajaran kali ini. Anda sebenarnya cantik, jerawat itu hanya masalah kecil. Semoga Allah memberikan kebaikan kepada anda setelah anda dewasa nanti.
Spot Healing Brush Tool banyak digunakan dalam Photoshop ialah untuk mencantikkan gambar dan membuang kesan sampingan separti jerawat atau garisan berkedut (saya tak ada anak murid yang tua berkedut untuk dijadikan simple).
Gambar sebelum di mana pelajar ini berjerawat dan malu untuk bergambar.
Akhirnya setelah diedit dengan mengguna kaedah Spot Healing Brush Tool rupa paras sangat menakjudkan.
Anda boleh cuba untuk menjayakan modul ini dengan menggunakan contoh di bawah. Klik besarkan gambar tersebut, pilih copy dan buka Adobe Photoshop pilih new, jangan ubah apa-apa kerana anda akan diberikan saiz mengikut apa yang anda copy. Klik ok. Kemudian pilih paste, pastekan gambar di bawah ini pada fail berkenaan seterusnya ikutlah apa yang ada pada video di atas.
Selamat mencuba.
Post a Comment