Ramai orang suka bergambar untuk Facebook dengan pelbagai gaya. Sebahagiannya nak tunjuk cantik atau lawa. Walaupun ada yang berniat selain daripada itu. Gambar kadangkala tidak mengambarkan realiti. Orang Terengannu sebut "ma'kang gambar" dan "dok ma'kang gambar".. maksudnya tak fotogenik.
Saya cadangkan yang suka sangat nak tunjuk ex gambar dia di FB gunalah photoshop ubah kening, mata, muka jadi macam anak ayam yang selalu di jual di pasaran yang biasanya datang daripada Thailand atau China.
Penjualan anak ayam berwarna di pasar di Negara China |
Walaupun kita tahu ayam China atau Siam tu di suntik telurnya dengan pewarna dan ditutup dengan lilin sebelum di'ram'. Sehingga anak ayam itu menjadi berwarna dan tahi ayam itu pun berwarna. Tapi warna ini tak kekal sehingga membesar... sama macam orang warnakan rambut...
Anak kucing di atas tak di suntik dengan perwana sebab kucing tak bertelur!! Kecuali ada teknologi perubatan moden boleh suntik telur sperma dengan pewarna!
Di bawah adalah gambar asal kucing di atas.
Gambar asal sebelum diubah dengan Photoshop |
Bagaimana anda nak ubah gambar kucing di atas kepada warna yang dikehendaki.
Mula-mula pilih select tool menggunakan samada Lasso Tool, Magnetic Lasso Tool atau Quick Selection Tool untuk menandakan mana-mana anak kucing untuk di tukar warnanya. Misalnya kita select untuk anak kucing yang ketiga.
Kemudian pilih Images ---> Adjustments ---> Replace Color... Lihat menu seperti di atas.
Kemudian guna pick untuk ambil warna yang nak di tukarkan dan tukar melalui 'Hue'. 'akjus' Hue untuk dapat warna yang dikehendaki.
Akhir tukar semua warna anak kucing mengikut kehendak anda.
Saya pernah menggunakannya untuk menukar baju anak saya untuk beberapa sesi gambar kebetulan masa itu di kuburan. Hasil gambar adalah seperti di bawah...
Orang yang sama dengan baju sama, tapi posisi berlainan |
Selamat mencuba.
Post a Comment