zulbmohd blog khusus untuk perbincangan it semasa...

Membuang Bayang Cahaya Matahari

Tuesday, July 17, 20120 comments


Antara masalah kepada pengguna kamera ialah mengambil gambar sebarang tanpa mengira sudut cahaya. Akibatnya gambar terlindung dengan bayang. Kamera compact digital pula 'main' auto flash dan pengesan cahaya sekadar mengesan cahaya pada sekitar juru kamera sedangkan objek terlindung cahaja.

Gambar di atas adalah contoh bagaimana kesan bayang menyebab rupa objek tidak dapat dikesan. Adobe Photoshop mempunyai ciri-ciri untuk membetulkannya.
Pilih Images ---> Adjustments ---> Shadows/Highlights.



Pilih untuk shadows misalnya 70% dan highlights amount 0. Hasilnya seperti di bawah.


Bagaimana nak hilangkan bintik hitam pada perahu dan batu pada pasir di belakang gambar budak perempuan ini?

Pergi ke Tool, pilih "Spot Healing Brush Tool" dan pilih saiz brush yang sesuai dengan menekan kekunci [ atau ] dalam proses membesar atau mengecil. Select kawasan batu dan tunggu seketika. Lihat batu hilang. Lihat gambar di bawah.

Begitu juga untuk poko kelapa, proses yang sama dilakukan.



Kemudian buang sebatang lagi pokok kelapa. Lihat hasilnya seperti di bawah.


Saya rasa cukup hari ini untuk satu tips ringkas menggunakan fungsi "shadows/Hightlights" dan "Spot Healing Brush Tool" Kalau ada masalah boleh bertanya saya dalam kelas ICTL nanti.



Share this article :

Post a Comment

Terbalik Fonts

- no action -

Persekolahan...

 
Hak Cipta Tak Terpelihara - Boleh buat salinan jika suka...
Copyright © 2014. ZULBMOHD - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by ZulbMohd
Proudly powered by Blogger