zulbmohd blog khusus untuk perbincangan it semasa...

Terkena dengan Printer Canon LBP 7018C

Wednesday, October 09, 20130 comments

Semalam hampir pukul 3 petang pelajar datang bawa printer, minta aku replace toner. Katanya cg Musa suruh. Aku lihat pada printer ada tag nama Lenny. Kaunseling punya kot!

Kebetulan pula aku nak balik dan kakak ipar datang ke rumah. Aku dalam gopoh tak boleh selesaikan masalah ini.

Pagi ini aku masuk bilik terus ke printer berkenaan. Lihat design memang tak boleh cabut... hanya satu yang atas sahaja mudah cabut... itu sepatutnya. Nak tak nak kena tanya Mr Google atau Youtube... Tapi malang tak ada pun.. ini mesti komang (tak baik) punya printer.

Akhir sekali kena download manual daripada laman Canon sendiri.

Bila lihat manual, rupanya printer ini hanya boleh cabut satu sahaja dan kena pusing untuk toner serusnya kerana tonernya berada dalam bentuk gelung.

Tekan butang paper indicator tentukan mana toner yang nak dicabut samada ada CYMK.

Terkena juga aku dengan printer ini.

Bengong punya printer.... kalau ada orang nak beli aku memang tak galakkan.. menyusahkan sahaja!!





Share this article :

Post a Comment

Terbalik Fonts

- no action -

Persekolahan...

 
Hak Cipta Tak Terpelihara - Boleh buat salinan jika suka...
Copyright © 2014. ZULBMOHD - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by ZulbMohd
Proudly powered by Blogger