zulbmohd blog khusus untuk perbincangan it semasa...

Asus antara notebook yang sukar nok 'kobek'

Monday, October 07, 20130 comments


Seperti yang pernah saya sebut, antara kerja rutin baru saya hampir setiap minggu mesti ada 2 atau 3 notebook yang saya diminta untuk install win8 atau win8.1 (blue). Notebook di atas adalah notebook yang ke-116 saya install windows 8.

2 hari lalu "kacek"  cg Anuar (Bapak komputer Terengganu Install Win8 dalam notebooknya). Susah juga cg Anuar nak cuba win8 pasal dia adalah tukang buat pelan GAMIN dan PAPAGO. Banyak software yang hanya untuk win7 sahaja. Software tu support atau tidak itu bermain dalam fikiran. Nak cuba-cuba bukan mudah pasal notebook bapak komputer mesti ada serba tok nenek. Tapi saya yakin win8 adalah pilihan terbaik dan boleh menyelesaikan masalah ini.

Saya masih guna Lotus SmartSuite 9.8 yang dibina pada tahun 1999 pada windows 8. Alhamdulillah ternyata win 8 ok.

Pengalaman install win8 setakat ini hanya 2 notebook bermasalah dan kedua-duanya adalah daripada ASUS. Satu masalah hardisk tidak menggunakan basic atau dynamic volume dimana tak boleh buat 2 bootable windows asal dan windows 8.

Masalah yang kedua, yang diatas ialah driver selepas install tak boleh guna. Asus Eee PC X101CH bila install windows 8 tak support driver VGA.

Cara mengatasinya ialah download sahaja driver win7 dan sumbat dalam windows 8 (kalau dia warning tekan aje runawal). Selepas itu restart notebook. Insya-Allah akan berhasil.

Antara notebook yang tak masalah nok kobek (cuba, try, buka dll yang maksud ubahsuai) ialah HP dan ACER. Tapi bukan bermakna Asus tak bagus hanya kerenah sahaja. Tapi saya sukang minat...
Share this article :

Post a Comment

Terbalik Fonts

- no action -

Persekolahan...

 
Hak Cipta Tak Terpelihara - Boleh buat salinan jika suka...
Copyright © 2014. ZULBMOHD - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by ZulbMohd
Proudly powered by Blogger