zulbmohd blog khusus untuk perbincangan it semasa...

Bagaimana Memasukkan Subtitle (fail SRT) Pada Sesebuah Filem (MKV, AVI, MP4 dll)

Monday, November 07, 20162comments


Sebelum ini saya telah menulis bagaimana nak edit subtitle daripada Bahasa Inggeris atau apa-apa bahasa ke Bahasa Melayu. Anda boleh baca di sini (Alih Bahasa Subtitle Filem). Hari ini saya akan menunjukkan pula bagaimana subtitle itu terus dimasukkan kedalam filem tanpa perlu ada fail sampingan SRT, ASS dll di sisi file filem.


Sebelum saya tunjukkan bagaimana nak masukkan fail SRT dalam file filem berkenaan seperti di atas saya akan tunjukkan kita boleh guna beberapa subtitle untuk sesebuah filem dengan menambahkan 'titik' pada fail berkenaan misalnya "Big Hero (2016).srt" kepada "Big Hero (2016).BI.srt" maka MoviePlayer akan membaca kedua-dua file SRT berkenaan.

Untuk masukkan SRT ke file Filem kita perlukan satu software percuma iaitu MKVToolNix GUI versi 9.50. Anda boleh download di sini (klik)



Klik "Add Source Files" dan masukkan file filem dan SRTnya sekali. Lihat di atas.


Namakan Subtitle pada "Track Name" dan setkan default Bahasa apa yang akan keluar semasa filem berkenaan dimainkan secara automatik jika anda masukkan beberapa subtitle.

Fail filem baru akan disimpan dengannama baru pada sisi fail filem asal. Anda boleh delete filem asal dan fail subtitle kerana anda tak perlu lagi fail srt berkenaan. Jika fail filem asal adalah selain MKV fail baru adalah dalam format MKV.

Selamat Mencuba.









Share this article :

+ comments + 2 comments

December 18, 2016 at 2:36 PM

Saya pula tukarkan nama fail subtitle tersebut ke nama filem.
contoh : Filem: Abunawas.mkv
Subtitle:Abunawas.srt

Bolih dimainkan di komputer (cth: VLC)
atau di smarttv tanpa memerlukan applikasi tambahan.

December 21, 2016 at 7:16 AM

Artikel di atas bukan bertujuan nak main filem dengan 2 fail. Itu biasa puluhan tahun dulu hanya rename sama fail boleh dibaca hampir semua player.

Apa yang saya tulis ialah bagaimana fail Abunawas.mkv dan Subtitle:Abunawas.srt dicantumkan kepada hanya satu fail sahaja MKV. Malah fail MKV boleh letak beberapa fail subtitle..

Post a Comment

Terbalik Fonts

- no action -

Persekolahan...

 
Hak Cipta Tak Terpelihara - Boleh buat salinan jika suka...
Copyright © 2014. ZULBMOHD - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by ZulbMohd
Proudly powered by Blogger