Part 1 aku ada cerita pasal DOS, IBM 386, Games VGA..(boleh baca di sini - sila klik) kali ini aku nak sambung pasal Windows pula. Windows 1.0 mula dilancar pada November 1985, tapi penggunaan Windows di Malaysia agak lambat sedikit pasal 'pirate' masa tu tak hebat seperti sekarang sehingga Malaysia termasuk antara 10 negara 'pirate' solfware terutama... wah bangga aku sebagai rakyat Malaysia!!
Masa di UTM aku belum lagi kesempatan menggunakan windows, sekadar guna Apple Macitosh (masa tu sempatlah guna mouse... mouse pada masa dalu adalah suatu yang hebat!!) itu pun yang berada di pejabat TNC HEP, kebetulan aku agak baik juga dengan Prof Madya Tuan Haji Syed Mohd Fahmi. Pasal UTM nanti kalau ada masa aku aku cerita lebih panjang. Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang, Naib Censolor UTM sekarang tu pun senior aku dan kami pernah berdebat dalam mesyuarat ketika bersama di MPP.... ok kita sorok cerita-cerita ini...
Bila aku posting di Kapit Sarawak, perkembangan komputer aku agak lambat, kadang kala aku terpaksa menghabiskan wang untuk satu call telefon RM35 semata-mata nak selesaikan masalah WordPerfect 5.1 pada masa itu dengan sehabat junior aku Hishamuddin (aku cari dia sampai sekarang tak jumpa...)
Aku hanya sempat guna Windows 2.0 dan 3.0. Bila aku balik ke kampung perkembangan pengetahuan komputer aku bercambah secara mendadak dan mengalahkan hampir semua tok guru - tok guru....
Windows 1.0
Windows 1.0
menggunakan antara muka grafik GUI. Oleh kerana MAC masa itu telah paten design
untuk Macitosh menggunakan konsep tertingkap berlapis maka microsoft hanya buat
berbentuk jubin sahaja. Windows 1.0 hanya bersaiz 712KB sahaja.
Windows
2.0
Windows 2.0
diterbitkan pada November 1987. Antara muka adalah lebih baik berbanding dengan
versi 1.0. Selepas itu diperbaiki dengan versi 2.1 yang menggunakan memori lebih
baik. Windows 2.01 hanya bersaiz 1.19MB sahaja.
Windows
3.0
Windows 3.0 mula terbit 22 May 1990. Windows masih
kalah dengan Apple Macintosh dan Commodore Amiga.
Bila aku balik ke Dungun 1 Mei 1994, aku beli PC
sendiri IBM486 DX2 66 dengan ram 8MB (bukan 8GB.. harga masa itu adalah 1MB
ialah RM100 berbanding sekarang 4GB tak sampai RM100) Semua nya dengan harga
RM5700. Masa itu aku belum beli lagi CD ROM, Install guna disket sahaja. PC aku
menggunakan 2 drive proppy disk. Sekarang beli PC desktop mana ada driver A
propy disk!!
Pagi tadi cikgu Munawar ada telefon aku cerita masalah nak hantar data JPM menggunakan disket sedangkan destopnya tak ada drive A. Aku beritahu dia bukan sahaja desktop, malah power suppy pun yang terkini kabel untuk proppy disk tak ada.
Pagi tadi cikgu Munawar ada telefon aku cerita masalah nak hantar data JPM menggunakan disket sedangkan destopnya tak ada drive A. Aku beritahu dia bukan sahaja desktop, malah power suppy pun yang terkini kabel untuk proppy disk tak ada.
Dulu kalau ada dua drive A dan B macam aku ni kira
hebatlah!!! Aku pakai dua-dua 3¼ ada yang guna A untuk 3½ dan B untuk 5¼ inci
(disket besar).
Bila ada PC sendiri aku dah mula pandai install
windows sendiri. Dengan menggunakan 6 keping disket. Proses install windows
makan masa kadang kala sehingga 30 minit.
Solitaire mula
ditebitkan pada windows 3.0
Skrin server adalah
program third party Norton. Pada masa ini Norton menguasai sofware DOS untuk
utilities.. dan boleh guna skrin server menarik daripada AfterDark.
Konsep tertingkap
pada windows.
Windows 1.0
beroperasi pada16 warna dalam mod EGA dan VGA manakala Windows 2 hanya mempunyai
menu berwarna dan kotak tetingkap dengan grafik menjadi monokrom. Warna 256 VGA
mod disokong untuk kali pertama berjalan dengan baik pada windows 3.
Aplikasi seperti
Notepad telah diperkenalkan dan pembaikian kepada Brush (Dulu Cat dan sekarang
Paint.)
Pada masa itu aku aku guna Ami Pro 3.0 (Ami Pro adalah soflware pertama menggunakan 386, sekarang Lotus Word Pro), Lotus 123, dBase 5 for windows, Hardvard Grphic, PrintMaster, Lotus Approach, PhotoStyler dll...
Windows 3.1 hanya
bersaiz 4.38MB sahaja
Aku masih ada lagi
software untuk windows 1.0, 2.0 dan 3.0. Jika nak boleh download di
bawah:-
Windows 2Windows 3
.......ok sambung nanti dengan windows 95....
Post a Comment