zulbmohd blog khusus untuk perbincangan it semasa...

Windows 8 untuk Makmal ICT 2013?

Sunday, November 18, 20120 comments


Hari ini aku install windows 7 dan windows 8 untuk PC makmal sekolah aku sebagai percubaan untuk sistem windows pada sesi 2013 nanti. Masa cuti ini banyak masa. Boleh buat eksperimen.

Dulu semasa office 2007 mula keluar aku install semua pc di makmal dengan office 2007. Aku tinggal satu buat 'baka'. Ramai guru mengadu dan 'bengang' kepada aku. Tapi itu cara terbaik untuk memaksa mereka berubah. Kalau tak perkembangan it menjadi jumud.

Tahun lalu aku install satu pc dengan windows vista dan satu lagi dengan windows 7 di makmal sekolah sebagai bahan ujikaji. Aku dapati windows 7 adalah lebih baik daripada windows xp dan tidak mengalami banyak masalah. Aku buat keputusan nanti cuti ni aku nak install semua pc dengan windows 7.

Bila windows 8 keluar, aku dapati windows 8 lebih mudah dan cepat. Aku install kedua-duanya dan didapati windows 8 lebih cepat selesai berbanding windows 7.


Dua PC untuk eksperimen..


Windows 8 dan Windows 7

Aku buat keutusan tahun hadapan semua pc makmal aku menggunakan windows 8.

Wah nanti kita akan tegok bagaimana reaksi cikgu-cikgu yang menggunakannya. Aku rasa pelajar tak ada masalah... tapi cikgu.. tak boleh nak kata. Mereka terpaksa mengikut perkembangan dunia IT. Kalau nak berjaya rancangan ini, jangan ada satu pun pc makmal menggunakan windows xp atau windows 7. Kalau nak buat baka windows xp simpan aje di tempat tersorok.
Share this article :

Post a Comment

Blog Archive

Terbalik Fonts

- no action -

Persekolahan...

 
Hak Cipta Tak Terpelihara - Boleh buat salinan jika suka...
Copyright © 2014. ZULBMOHD - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by ZulbMohd
Proudly powered by Blogger