Beberapa hari ini ramai betul yang tanya aku pasal Windows 8. Aku pun bukan tahu sangat, sekadar suka mencuba. Apa yang aku tahu aku akan maklumkan dan mungkin ada yang baik di kongsikan bersama. Jadi tak payah telefon aku, baca aje di sini.
1. Windows 8 Developer Preview telah dilancarkan pada September 2011. Microsoft beri untuk cubaan biasanya setahun sebelum dilancarkan. Jadi pada masa itu boleh download dan dapat secara percuma. Aku telah cuba windows ini pada November 2011. Baca di sini. [klik]
Paparan boot skrinnya adalah seperti berikut.
Masih ada lagi butang start, walaupun tak ada program didalamnya.
2. Windows 8 Consumer Preview pula adalah realase selepas itu. Windows ini akan tamat pada 15/1/2013. Paparan boot skrinya adalah seperti di bawah.
Paparan desktop pula
adalah seperti berikut:
3. Windows 8 Final
RTM (released to manufacturing) build 9200 ada 2 iaitu Pro
dan Enterprise. Aku dah download yang Enterprise 64 bit 3.25GB. Pakai
'berukband' YES dekat 2 jam. RTM Microsoft bagi free guna selama 90 hari. Kena
aktif. Selepas drp 90 hari keluar blank skrin dan windows akan shutdown sendiri
automatik..
Paparan bot skrinnya memang baru betul-betul asli.
Manakala papaan
startnya pula adalah seperti di bawah:-
4. Jika anda ingin dapatkan Windows RTM percuma 90 hari sila masuk ke links ini dan download sendiri. Lepas itu crack... he he he
http://technet.microsoft.com/en-us/evalcenter/hh699156.aspx
5. Jika anda ingin beli Windows 8 Pro dengan harga RM49.92 anda boleh masuk ke link ini.
https://www.windowsupgradeoffer.com/en-MY/
6. Suatu perkara yang tidak asing lagi bagi pengguna Windows ialah Blue Screen of Death atau nama singkatannya BSOD. Paparan BSOD akan terpapar sekiranya Windows mengalami ralat untuk beroperasi dengan betul. Apa yang menarik, paparan BSOD kini telah digantikan dengan paparan yang lebih menarik. Lihat seperti di bawah.
Nanti ada yang tanya saya macam mana nak dapatkan BSOD. Ganaslah pc anda sehingga BillGates pening kepala!!!
7. Dari segi prestasi, kelajuan keseluruhan sistem operasi Windows 8 Consumer Preview adalah sedikit perlahan jika nak dibandingkan dengan Windows 8 Developer Preview. Steven Sinofsky menyebut lebih 100,000 ribu perubahan pada ciri-ciri dari Windows 8 Developer Preview ke Windows 8 Consumer Preview. Jadi mungkin Microsoft dapat memperbaiki sedikit sebanyak masalah pada Windows 8 Consumer Preview menjelang final release. Jika anda mengguna Windows 8 RTM adalah lebih baik kerana banyak perubahan daripada Consumer Preview telah dibuat.
8. Ada banyak keyboard shortcut baru pada Windows 8. Buat kali pertamanya Windows boleh menangkap screenshot secara natif, hanya tekan Windows key+Prnt Scrn. Kalau dulunya kena copy paste di clipboard atau guna perisian pihak ketiga kini tak payah lagi.
Aku memang lama dah bengang dengan Microsoft pasal hal capture skrin kalau nak banding dengan Linux. Aku ada nak tulis pasal Linux Deephin tapi tak tertulis lagi.
Anda boleh guna Windows key+Z untuk mengganti right click pada perisian gaya Metro, Windows key+C untuk Charms, Windows key+, untuk Snap perisian Metro. Ada banyak lagi keyboard shortcut untuk memudahkan pengguna mengunakan Windows 8 pada tablet, desktop ataupun laptop. aku rasa Microsoft dan buat kerja yang bagus kat sini.
9. Windows 8 menguna pakai infrastruktur chip ARM. Ini memperluas jangkauan Windows 8 di arena tablet, kerana kebanyakan tablet yang beredar dipasaran sekarang mengguna chip ARM. Oleh itu Windows 8 lebih laju. Nanti ada yang tanya aku 'menantang' apa ARM. Itu carilah sendiri dalam google.
10. Microsoft menyatakan komputer yang bisa yang menggunakan Windows 7 dapat menjalankan Windows 8 tanpa perlu upgrade PC tersebut. Menurut Microsoft, prosesor Intel Atom dan RAM 1 GB sudah cukup untuk menjalankan OS Windows 8 ini. Aku test pada HP Athlom DuoCore sekolah aku ok. Aku belum test lagi pada PC Dell 520 (tahun 2006) tapi aku berpendapat ok juga.
Paling bestnya tak perlu cari driver. Kemudian bila nak install printer pun mudah aje. Tak perlu cari driver....
11. Satu sentuhan akhir lainnya dalam Windows 8 adalah menghilangkan Aero Glass UI yang digunakan di dalam Windows Vista dan Windows 7. Sekalipun banyak pengguna yang menyukainya, namun banyak juga yang menganggapnya sebagai aksesoris tak berguna. Terlebih lagi Aero Glass UI juga sangat banyak menggunakan memory.
Aero Glass UI tu nampak bayang.... lawo kalau tengok tapi memberatkan pc.
a) Ukuran ikon pada desktop adalah besar dan jarangnya agak jarang dan membuatkan ikon menjadi penuh jika ada terlalu banyak shortcut.
b) Fungsi Alt-Tab tidak ada. Sukar menukar daripada satu program ke program lain.
c) Aero Glass UI sudah diganti, menyebabkan design nampak macam administrator themes aje.
d) Metro dan Metro Multitasking agak kaku pada pc mungkin baik pada tablet dan ada sedikit kekeliruan untuk tablet dan pc.
e) Flash tidak berfungsi dan memerlukan install RealPlayer bagi mendokong beberapa player yang tak boleh dijalankan kerana memerlukan flash. Walaupun alasan untuk menjimatkan bateri dan gangguan crash mungkin perkara ini boleh diatasi.
f) JIka menggunakan broswer IE 10 memerlukan upgrade kepada windows RT bagi menjalankan application melalui IP. Tapi boleh diselesaikan jika menggunakan boswer lain.
13. Bagi yang nak start menu macam versi windows sebelum ini, anda boleh download Start8 dan crack. Windows 8 anda dah jadi macam Windows 7. Lihat di bawah:-
Bagi yang banyak duit
boleh bayar $4.99 (dollar weeei) dengan download di sini http://www.stardock.com/products/start8
Aku malas doh nak
nulis panjang lebar.... akhir sekali jika anda melayari dengan Ubuntu 12.04 anda
akan dikesan oleh Microsoft sebagai OS Windows 8.
Apa yang disimpulkan
Microsoft 'bengong' atau memang Ubuntu tu script untuk Windows 8 yang microsoft
tiru secera senyap!! Itu saja aku nak lawak, tapi engkau orang boleh
cuba!!!
Artikel berkenaan
Windows 8
1. Windows
8 - Takdok kerja cari kerja....2. Instalando Windows 8
3. Windows 8 untuk Makmal ICT 2013?
Post a Comment