Semasa saya format Notebook Cikgu Mahmood, saya install windows  vista ultimate dan saya dapati windows switcher cukup menarik  ada sedikit semacam apple.Saya sebenarnya kurang biasa dengan Windows Vista, kerana sebelum ini semasa saya menggunakan vista pada notebook tablet, saya terus guna windows 7 RC versi percubaan hampir setahun sebelum dilancarkan.
Saya cari dan dapati sebenarnya Windows Swicther ada untuk versi 7 tapi dihiddenkan dan kita akan ketemuainya jika kita buka hide pada folder option.
URL untuk mendapatkan Windows Swicther ialah;
C:\Users\"nama_akaun_start_windows"\AppData\Roaming\Microsoft\Internet Explorer\Switch between windows
Saya membuat pencarian di internet dan ada cara lain lebih mudah adalah seperti berikut yang boleh dikongsikan bersama;
1. Buat shortcut
Klik  sebelah kanan mouse buat satu shortcut seperti gambar di atas.
Copy url ini,  C:\Windows\System32\rundll32.exe DwmApi #105 pada type of location  kerana ini adalah singkatan cepat ke "windows swicther". Lihat gambar  di bawah sebagai contoh;

Kemudian namakan  shortcut ini dan klik pada finish. Lihat gambar sebagai panduan.
2. Membina  Icon
Klik sebelah  kanan mouse pada ikon tadi dan pilih properties. Lihat gambar  di bawah
Seterusnya pilih  Change Icon. Lihat gambar di bawah;
Kemudian masukkan URL  ini C:\Windows\System32\imageres.dll pada Look for icon. Lihat gambar  di bawah sebagai panduan.
3. Pin Pada  Taskbar
Drag ikon berkenaan pada taskbar. Pinkan di situ untuk memudahkan penggunaannya. Lihat gambar di bawah;

Selamat mencuba,  terima kasih.






Post a Comment