Catatan: Artikel ini aku dah tulis dalam laman sekolah pasal blogspot.com  mengalami gangguan. Ok
Hari ini nak buka blog tak boleh kerana www.blogspot.com mengalami gangguan. Jarang  berlaku pada syarikat besar ini mengalami gangguan yang agak lama. Untuk itu  saya mengambil kesempatan menulis di laman www.Aizek.Net yang kini kurang dikemaskini  dengan berita-berita sekolah.
Aktiviti sekolah memang banyak, tapi  pemberitaan masih lagi tak begitu kemas. Rasanya ini adalah cabaran kepada  cikgu-cikgu bahasa dan khususnya kepada Panitia Bahasa. Takkan orang sains pula  yang menulis?
Menurut laporan Windows 8 build  7994 telah disusun, saat ini sumber-sumber telah memberitahu bahawa  Windows 8 build 7996 telah disusun dengan string pembinaan penuh sebagai  6.2.7996.0.winmain.110429-1810
Ada juga sumber mengatakan bahawa  Microsoft akan melancarkan versi beta dari Windows 8 Build 8000 pada sekitar  pertengahan tahun ini.
Sebelum ini Windows 8 build 7959 yang dikatakan  telah dibocorkan dan boleh di download. Ada juga yang mengatakan semua Windows 8  Build 7971 torrents yang terdapat di internet adalah palsu.
Buat  masa ini saya belum berminat untuk mencubanya walaupun telah menjumpai link-link  berkenaan. Untuk versi 32 bit hanya bersaiz sekitar 1.19GB sahaja.
Di antara ciri-ciri yang lain dari Windows 8 yang meliputi  Metro UI, Modern Reader, SmartScreen keselamatan fail pemeriksaan (SmartScreen  file checking security), Sejarah Gudang (History Vault - betul dok terjemahannya  Wafi?) dan pengaktifan OEM.
Lagi satu ciri-ciri baru-baru yang bocor  adalah Windows App Store yang tidak hanya termasuk dalam  Windows 8 tetapi juga akan sedia sebagai software standalone disokong  oleh Windows 7.
Rupanya Windows App Store terlihat serupa dengan Apple  Mac App Store, tapi mungkin kedai terbesar untuk PC. Sejumlah besar aplikasi,  mulai dari permainan untuk aplikasi pejabat dan dari pelayar ke aplikasi  internet yang berkaitan akan sedia untuk di-download.
Kesimpulannya  Microsoft masih lagi berada ditahap "peniruan yang liar" bermakna dia meniru  tapi seolah-olah dia yang mendahulinya kerana dia telah 'meracuni' fikiran kita  bahawa windows adalah segala-galanya.
Pasti cikgu Rizal dan Wafi  tersenyum lebar membaca artikel ini.
Lakaran untuk memulakan satu lukisan yang lebih jitu
                      -
                    
Secara ringkas Seni Lukis adalah terdiri dari dua perkataan 'Seni' dan 
'Lukis'. Seni bermaksud 'sesuatu keadaan/bentuk yang menarik/unik yang 
dapat membe...
7 years ago



Post a Comment