Saya banyak dapat email invate atau apa-apa hal mengenai open source daripada Rizal Hanafi. Sebahagiannya saya delete terus aje.. baca pun tak. Entah hari itu saya nampak Dropbox, macam menarik juga. Aku pun cuba-cuba untuk install dan jarang aku install selagi aku faham tapi dropbox ni entah aku boleh install. Mungkin nak mencuba....
Bulan puasa lalu saya ada jumpa dengan team IT geng aku dengan beberapa orang kawan daripada Selangor di Rumbia Resort. Kami berbuka puasa dan bersahur di sana. Aku perkenalkan Dropbox dengan memberitahu bahawa banyak maklumat boleh dikongsikan bersama dan tak memerlukan lagi Yohoo e-Groups misalnya. Aku demo guna TV Sony LED 32" yang baru dibeli untuk buat test bagi metting kumpulan kecil tanpa perlukan projektor LCD. TV menggunakan kabel HDMI boleh support audio dan video sekali. Memang best. Kalau dapat TV 52" lagi best!!! tapi duit kantoi!
Tapi tak ada perkembangan positif mengenai dropbox daripada pertemuan itu.
Selepas itu saya terlibat pula dengan Kumpulan Inovatif dan Kreatif Negeri Terengganu dan kami bertanding peringkat kebangsaan. Oleh kerana kedudukan kami berjauhan antara satu sama lain dan banyak fail dan kerja perlukan kami menyemak bersama satu alternatif selain daripada e-mail diperlukan. Aku perkenalkan dropbox dan kumpulan kami yang terdiri 10 semuanya ;install' dropbox.
Masa ini aku mulai nampak ada kebaikan yang boleh dimanafaatkan dengan dropbox dan aku mula "mengempeng" untuk dropbox.
Semalam saya berjumpa pengetua untuk bincang buat kad jemputan, pengetua saya ada sebut pasal dropbox ini dan saya pasti ini adalah hasil 'geng kik negeri' (sektor pengurusan akademik) yang buat "gong" dengan geng jabatan lain!!
Kita juga boleh invate rakan-rakan dan jika rakan menggunakan dropbox kita akan diberikan space lagi sehingga maksimum 8GB.
Bila kita install software dropbox di pc, satu folder khas di pc kita akan dibina. Apa-apa yang kita masuk dalam folder berkenaan akan di upload secara terus ke server dropbox. Proses upload ini bergantung kepada line internet kita guna. Biasanya kita tak sedar sebab proses dilakukan secara hidden dan makluman secara 'pop' akan keluar jika proses ini selesai.
Contoh folder dalam Notebook saya |
Satu perkara menarik ialah kita boleh buat folder dan kita boleh nak kongsikan folder itu dengan sesiapa sahaja yang ada akaun dropbox. Prosesnya mudah sahaja kita boleh buat misalnya folder A untuk di kongsikan dengan si Ali dan si Ahmad. Folder B misalnya di kongsikan dengan Si Ali dan Kamal. Si Kamal tak boleh lihat apa yang ada di folder A tapi boleh akses dan edit apa yang ada di folder B. Soal keselamatan bahan adalah terjamin.
Satu contoh lagi misalnya kita masukkan minit dalam folder kongsian ini, si Kamal lihat namanya tak betul ejaan dia edit fail berkenaan dan apa yang diedit akan tersimpan secara automatik di pc kita. Kalau dia orang delete fail berkenaan fail dalam pc kita pun terdelete sama. BAHAYAkan... tapi kita masih boleh ambil (restore) semula daripada server melalui laman dropbox. Setiap apa yang dibuat akan dicatat di events log.
Kita boleh lihat siapa yang ganas mendelete tu!!!
Buat masa ini saya telah diberikan space 6.75GB. Jika anda berminat anda boleh install dropbox dan kongsikan dengan mana-mana rakan anda bahan-bahan bersama.
Sila layari
http://db.tt/KtPZSdt
...........
Always have your stuff when you need it with @Dropbox. 2GB account is free! http://db.tt/XPPhyXg
Post a Comment