Artikel saya dah tulis dalam laman sekolah http://www.aizek.net/. Oleh kerana saya dah  mula untuk berblog semula saya rasa semua tulisan saya harus ada dalam blog,  just saya copy & paste aje di sini...
Saya selalu didatangi oleh  cikgu yang mengatakan failnya (terutama fail microsoft word) hilang dan ada  sesetengah PC failnya nampak tetapi kelabu dan kebanyakkan PC tidak nampak  seolah-olah kosong sahaja pen drivenya.
Biasanya Cikgu Zam akan  menyelesaikan masalah ini dan boleh dikata hampir setiap hari masalah yang sama  kami terpaksa selesaikan.
Oleh itu terfikir saya untuk  menulis di sini supaya cikgu atau mana-mana pembaca laman ini yang mengalami  masalah yang sama boleh menyelesaikannya sendiri.
Perkara ini berlaku  kerana ada virus pada PC yang digunakan membuatkan fail berkenaan tidak dilihat  (hidden). Lihat pada rajah di bawah.
Ada beberapa cara mengatasi  masalah ini. 
CARA 1
1. Klik Start --> pilih  Run --> taip cmd 
Kemudian klik OK dan paparan  seperti berikut akan kelihatan.
Jika pen drive ada berada pada G  misalnya. Taipkan G: kemudian enter. Selepas itu taipkan perkataan  ini
attrib -r -a -s -h /s  /d
Kemudian enter
Insya-Allah fail yang hilang akan nampak  semula. Selamat mencuba.
CARA 2
Cara ini ialah  membuatkan satu fail mengatasi masalah ini jika berlaku lagi.
Mula-mula  buka notepad. taipkan perkataan ini dalam notepad tersebut.
attrib -r -a -s -h /s /d
exit
Savekan fail berkenaan dengan  nama misalnya  unhide.bat
Masukkan fail ini dalam pen drive kemudian  klikkan pada fail ini. Tunggu sehingga selesai dan folder msdos ditutup sendiri.  Kalau lambat bermakna ada banyak fail. Insya-Allah semua fail akan kembali  kepada keadaan asal.
Selamat mencuba.
Lakaran untuk memulakan satu lukisan yang lebih jitu
                      -
                    
Secara ringkas Seni Lukis adalah terdiri dari dua perkataan 'Seni' dan 
'Lukis'. Seni bermaksud 'sesuatu keadaan/bentuk yang menarik/unik yang 
dapat membe...
7 years ago





Post a Comment