zulbmohd blog khusus untuk perbincangan it semasa...

Banner, Bunting, Backdrop dan Poster serta Perbezaan RGB dengan CMYK

Sunday, September 16, 20120 comments

Pintu gerbang sekolah aku dengan 2 bunting Kebitaraan
untuk SKK (Sekolah Kecemerlangan Kluster)

Satu tugas yang kadang kala memenatkan untuk mendapatkan hasil yang baik ialah membuat banner, bunting backdrop atau poster. Memang nampak mudah tapi memenatkan untuk mendapatkan hasil yang baik. Pihak atasan selalunya nak segera sedangkan kita kurang masa untuk berfikir bagi menghasilkan satu design yang menarik seperti yang dihendaki. Sebab utama apa yang kita buat adalah subjektif dan penilaian seseorang tak sama. Design pula perlu orang yang seni dan kreatif. Kreatif dan seni adalah bakat... bukan boleh diperolehi dalam sekejap masa.

Kita buat 'abis tea' (buat dengan cukup bersungguh-sungguh) tapi hasilnya selepas cetak tak menjadi!! Pernah juga berlaku kita buat lebih kurang tapi hasilnya dapat pujian. Apatah lagi jika kita bukan pakar seni atau grafik.






Sebagai contoh gambar kebitaraan Matematik di atas, telah diminta untuk ditukarkan kerana tidak sesuai dengan tema. Akhirnya diganti dengan yang di bawah ini.



Ini lagi simple. Jika saya tanya pembaca mesti ada percanggahan pendapat antara dua reka bentuk di atas. Sebab itu sebelum sesuatu reka bentuk di buat kita perlukan tema. warna tema, objek dan fokus.

Reka Bentuk Saiz Sebenar

Satu perkara yang perlu kita ambil kira dalam membuat banner, bunting dan backdrop ialah saiz design asal. Ini tidak terikat sangat kepada poster. Misalnya bunting di atas bersaiz 5 kaki x 9 kaki. Kita mesti pilih fail new untuk photoshop misalnya dengan saiz sebenar iaitu ialah 60' X 108'.

Untuk dpi pula kita pilih adalah 300dpi atau lebih tinggi, fail tersebut akan 'memakan' space sekitar 500 - 800MB. Bayangkan kalau pc kita jenis yang 'kodi' (lama atau buruk) setiap kali kita gerakkan objek kita sempat buat teh segelas dengan 2 sudu gula!!!

Jika kita kecilkan saiz atau dpi kita akan dapati cetakkannya pula tak menarik.

Mesin Cetakan

Satu lagi yang penting ialah mesin cetakkan di kedai berapa dpi dia orang boleh cetak. Misalnya di kedai "Pusat Banner Dungun", mesin barunya boleh cetak 1200 dpi. Tapi adakah tokey kedai akan cetak dengan cetakkan dpi yang tinggi?

Kos dakwat akan meningkat dan masa cetakkan makin lambat. Kedai cetakkan banner akan cuba untuk mengecilkan dpi cetakkan untuk dapatkan hasil cetakkan yang lebih banyak satu hari, barulah pendapatannya lebih.

Itu belum masuk kos baiki head pencetak yang perlu ditukar setiap 6 bulan sekali... Banyak faktor mempengaruhi hasil kerja yang kita lakukan tapi semua ini tidak ramai orang nak mengambil tahu. Apa yang kita selalu hadapi'siap' dan boleh dapat pada masa yang tepat.

Contoh Banner dengan Saiz fail 400MB


Bunting saiz biasa dengan fail 235MB

Poster Saiz A4 dengan Saiz fail 101MB
Backdrop dengan saiz 8' X 4' memakan fail 367MB
Perbezaan RGB dengan CMYK


Satu lagi unsur yang penting ialah jika nak cetak pastikan fail dalam format CMYK bukan RGB. Kerana warna cetakkan dakwat adalah dipecahkan kepada 4 komponen iaitu Black, Mengeta, Yellow dan Cyan.

Mesti ada yang nak tahu apa bezanya RGB dan CMYK?


RGB dan CMYK adalah dua profil warna yang boleh dikatakan paling popular dan sering digunakan dalam industri sekarang. Walaupun perkara ini tidak terlalu dititikberatkan dalam mnembuat design untuk pecetakkan, tetapi pengetahuan mengenainya mungkin dapat membantu sesetengah pengguna memahami apakah yang membezakan antara profil warna RGB dan CMYK.

RGB (Red-Green-Blue)

Red, Green dan Blue adalah warna yang dikategorikan sebagai warna-warna tambahan ("additive"). Mengapa ianya dipanggil sedemikian? Kerana latar belakang bagi warna ini adalah hitam. Sekiranya ketiga-tiga warna ini digabungkan bersama, warna yang akan terhasil adalah warna putih.

Inilah prinsip yang digunakan dalam televisyen dan skrin monitor anda. Beribu-ribu LED mikro atau tembakan laser akan menyalakan latar belakang hitam berdasarkan kepada tahap kecerahan setiap warna. Variasi keterangan warna RGB ini akan menghasilkan pelbagai tona dan jenis warna yang anda lihat sekarang.

Warna-warna ini sebenarnya tidak ditindih antara satu sama lain sebaliknya disusun dengan begitu rapat. Pancaran cahaya dari skrin monitor seterusnya akan memasuki retina mata manusia. Disebabkan oleh susunannya yang terlalu rapat, mata manusia tidak dapat membezakan dan seolah-olah ditipu untuk menghasilkan variasi warna yang pelbagai. Semakin tinggi bilangan warna yang disusun dalam satu ruangan (contohnya 1 inci x 1 inci) semakin tinggi resolusi dan variasi warna dapat dihasilkan. Semakin tinggi resolusi semakin tajam warna dan imej yang dihasilkan.

Inilah konsep yang digunakan dalam High Defination yaang menghasilkan 1080 pixel (bilangan pixel) dalam satu inci ruangan. Dalam erti kata mudah, dalam satu inci persegi skrin monitor mengandungi 1080 LED yang menyalakan tiga variasi warna secara bergilir iaitu RGB.

CMYK (Cyan-Magenta-Yellow-Black)



Berbeza dengan RGB, CMYK terdiri daripada 3 warna utama iaitu Cyan, Magenta dan Yellow. CMYK diklasifikasikan sebagai warna penyerap ("subtractive"). Sekiranya kita mencetak ketiga-tiga warna ini pada kertas putih (berlatar belakangkan putih), cahaya yang dipancarkan kepada kertas akan diserap oleh warna-warna ini.

Tahap kekuatan dan ketebalan dakwat yang digunakan akan menentukan jumlah cahaya yang diserap. Sekiranya ketiga-tiga warna ini dicampurkan bersama, keseluruhan cahaya akan diserap dan tiada sebarang cahaya yang dapat dipantulkan masuk ke mata manusia. Ini akan menghasilkan warna hitam.

Namun, dalam proses cetakan bagi menghasilkan warna hitam, memerlukan ketiga-tiga warna dicampurkan atau dicetak berulang kali di atas kertas. Walau bagaimanapun, warna yang terhasil adalah bukan warna hitam asli sebaliknya coklat suram. Lapisan yang tebal perlu dilakukan sehingga warna hitam betul-betul terhasil. Keadaan ini akan mengakibatkan kertas mula menjadi basah dan membazirkan dakwat.

Disebabkan kelemahan ini, satu warna tambahan iaitu hitam diwujudkan dan dilabelkan sebagai "K" berbanding "B" agar tidak tersalah maksud sebagai "Blue". Oleh itu, dalam dunia pencetakan, selalunya profil warna CMYK ditulis berbanding CMY sahaja. Perhatikan juga bahawa CMYK menggunakan warna yang lebih ringan berbanding RGB kerana dalam prinsip cetakan, untuk hasilkan tona yang lebih gelap hanya perlu tambahkan sukatan dakwat tersebut. Jika warna gelap terus digunakan, cetakan untuk imej terang akan menjadi gelap.


Beza warna RGB dan CMYK



Sebagai kesimpulannya, RGB dan CMYK boleh dirumuskan sebagai:



1. RGB digunakan untuk menghasilkan dan memaparkan imej pada skrin manakala CMYK digunakan dalam pencetakan pada kertas atau bentuk media yang lain

2. Kedua-duanya mengunakan konsep yang sama (bilangan piksel atau titik dalam satu ruang persegi); semakin tinggi bilangan piksel, semakin tajam imej yang dihasilkan.

3. RGB adalah model warna tambahan (memancar cahaya pada latar hitam), manakala CMYK adalah model warna penyerap (menyerap cahaya pada latar putih)

4. CMYK menggunakan warna tambahan hitam dalam profilnya berbanding mengabungkan ketiga-tiga warna untuk hasilkan warna hitam

5. Kedua-dua model ini saling bersangkutan, RGB --> CMYK --> RGB

Perkara Lucu

Pernah berlaku dalam cetakkan kerana kurang mahir pasal CMYK dan RGB bila sesuatu dakwat kurang tercetak akan menghasilkan warna lain. Misalnya nak cetak biru tapi keluar hampir hijau... ini disebabkan warna kuning terlebih campuran.

Oleh kerana warna biru + kuning ---> hjau dan boleh menjadi perkara lucu kepada pihak atasan yang 'biru' dan probia 'hijau'.

Share this article :

Post a Comment

Blog Archive

Terbalik Fonts

- no action -

Persekolahan...

 
Hak Cipta Tak Terpelihara - Boleh buat salinan jika suka...
Copyright © 2014. ZULBMOHD - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by ZulbMohd
Proudly powered by Blogger