Sekitar tahun 1994/95  aku suka membuat font sendiri. Setiap font aku ada nama aku dihadapan, misalnya  zul_arial.ttf dsbnya. Aku biasanya ubah font mengikut cita rasa dan kehendak  semasa. Misalnya cikgu sekolah rendah mengajar murid Tahun Satu memerlukan font  yang hampir sama dengan tulisan tangan terutama dalam membuat soalan, mereka  memilih font Century Gothic sebagai pilihan tetapi masih bermasalah dengan huruf  y yang tidak sama dengan tulisan tangan walaupun a dan g hampir menyerupai  tulisan tangan.
Atas dasar itu aku  pun, tak dok kerja 'kobek' font Century Gothic dengan menukar y kepada y yang  menyerupai tulisan tangan. Lihat di bawah.

Hasilnya cukup baik  dan cukup serasi bagi guru Tahun Satu sekolah rendah. Aku namakan font itu  ZulCentury.... Lihat di bawah.
Masa tu aku hanya  menggunakan software Fontograher 3.0 keluaran syarikat Micromedia. Tapi syarikat  ini yang juga membuat Flash telah dibeli oleh syarikat Adobe dan Adobe tidak  menerukan versinya. Versi terakhir yang ada dalam simpanan aku ialah 5.1. Masih  ada di internet kalau mahu dan masih support Windows 7.
Cara penggunaannya  cukup mudah, pilih font pada fail open dan klik pada mana aksara menu edit akan  terpapar. Lihat rajah di bawah. Saya ambil font Arial.
Kemudian pilihlah  apa-apa fungsi. Contohnya saya pusing tulisan arial itu 12 darjah biar di  condong berlawanan dengan biasa (italic).
Pada font info tukar  maklumat supaya anda boleh letak nama anda di font yang bakal dihasilkan.  Generate font. terus jadi. Anda boleh view dengan klik pada font dan install  dalam windows.
Menggunakan apa  software anda boleh cuba font tadi.
Hasilnya  menanjubkan.... mudah. Anda boleh guna fontographer ini untuk mengubah font-font  yang kadang kala ada satu dua aksara anda tak berkenaan. Saya suka tulisan  Georgia, tapi saya cukup benci pada nombor 1 dan 2 dia kerana kecil tak ikut  skala... Fontographer adalah penyelesaian terbaik untuk masalah ini.
Kenapa anda tak  meniru saya??







Post a Comment