Hari ini aku keseorangan  di bilik 104 setelah 'geng kik Dungun' dah balik. Tak tahu tak buat apa, kurang  sihat pula tu akibat aircond 22 darjah celcius sehingga subuh  tadi.. Apatah lagi semalam ada sedikit hujan menyebabkan aku dengan Zam dah  hampir jadi 'dingin beku'. Zam pagi tadi masih cergas pasal pembungkusannya  dengan selimut sempurna (macam mayat... pasal kepala pun terbungkus  sama).. aku pula terlentang tanpa selimut..Oleh kerana tak tahu nak buat apa, aku buka "Dropbox" untuk melihat tugas-tugas KIK Negeri Terengganu, tapi mood kerja sudah mencapai tahap minumum.. aku sekadar lihat aje..
Buka emel, ada yang tanya pasal pendrive Cina. Baru-baru ini pun ramai yang bertanya aku pasal pendrive Cina. Aku sebenarnya dah tulis perkara ini (klik di sini) dan aku memang tak galakkan untuk dibeli barang-barang 'tipu-tipuan'.
Penipuan pertama ialah pendrive yang saiz terlalu besar misalnya 256GB, 500GB dan terbaru 1000GB (1 tera). Ini aku dah tulis dan aku malas nak ulas lebih lanjut lagi... engkau baca artikel lama aku.
Penipuan kedua pendrive sebenarnya menggunakan microSD binaan dalamannya. Cara pembinaannya cukup menarik. Konsepnya sahaja berbeza. Rasanya gambar di bawah cukup untuk pembaca memahami cara kerjanya.
![]()  | 
| Hanya cip microSD disambung dengan pemacu USB | 
![]()  | 
| Pelbagai jenama | 
Baru-baru anak murid aku minta copy video hari guru. Dia bagi aku  pendrive 32GB. Aku macam teruja juga pelajar tingkatan 1 ada pendrive 32GB....  aku hanya ada 16GB kapasiti besar sekali. Bila aku transfer data, aku dah  rasa pendrive ini bukan ori.
Untuk mengetahui ori atau tidak lihat label pada hujung USB pendrive  tersebut.
![]()  | 
| Lihat label laser pada hujung USB | 
Anda juga boleh semak  pada laman kingston untuk mengetahui pendrive anda ori atau tidak. Lihat lebel  di belakang pembalut pendrive kingston dan masukkan item seperti rajah di bawah  pada link berikut http://www.kingston.com/asia/verifyflash 
Jika anda dah terbeli  pendrive yang telah dibesarkan kapisitinya. Misalnya daripada 2GB dijadikan 8GB,  bagaimana anda nak kembalikan kepada asal iaitu 2GB supaya pendrive itu tidak  mengalami masalah untuk digunakan? Saya mendapat maklumat daripada pencarian  adalah seperti berikut:-
Anda boleh  test dengan solfware H2testw 1.4  untuk mengetahui kebenaran pendrive tersebut. Jika  ada kesilapan anda boleh lihat pada paparan seperti di bawah.
Anda juga boleh  dapatkan solfware Chip Genius  V3.01.0613 untuk mengesan cip itu ori atau tidak.
Selepas restart  pendrive (cabut dan cucuk semula) anda boleh semak kapasiti baru.
Selain pendrive, Cina  juga mengeluarkan harddisk poket palsu. Harddisk 500GB hanyalah menggunakan  pendrive yang telah dipalsukan kapasitinya seperti yang saya terangkan di atas.  Sila lihat bagaimana kreatifnya penipuan dibuat.
![]()  | 
| Bagaimana sambungan dibuat kepada pendrive dalam binaan dalam. | 
Walaupun saya banyak  memberikan tumpuan kepada jenama kingston tetapi pembaca juga harus mengambil  perhatian kepada jenama-jenama lain seperti Transend, Kingmax, Scandisk, Apache  dll.















Post a Comment