zulbmohd blog khusus untuk perbincangan it semasa...

Sony Vegas Pro 10

Sunday, September 16, 20120 comments


Semalam aku baru terperasan bahawa Sony Vegas Pro telah mengeluarkan versi baru. Bukan sahaja baru malah dah versi 10d iaitu yang keempat daripada versi 10nya.

Memang kebelakangan ini, aku kurang buat projek video. Tahun ini hanya satu sahaja video klip iaitu majlis penutupan program Adab. Itupun banyak dikendalikan oleh Cikgu Zam.

Macam biasa versi terbaru dikalangan pembuat software video utilities sekarang menumpukan kebolehan membuat video dalam versi 3D.

Sony Vegas Pro 10 masih lagi berlatarbelakangkan warna hitam (aku tak berapa suka sebenarnya) dan agak lebih laju daripada versi sebelum ini.

Aku masih lagi beranggapan Vegas Pro 10 terbaik, diikuti dengan Pinnacle 14, Adobe Premiere CS5, Cyberlink Power Director 9 dll termasuklah MAGIx


Keselesaan menggunakan software bergantung sejauh mana kita mendalaminya, kehendak kita dan pengkhususan pada setiap software video ini.

Saya lebih suka mengambungkan Vegas Pro 10 dengan Pinnacle Studio 14. Kelebihan cepat dan friendly pada Vegas dan transition menarik pada Pinnacle.

Walahualam
Share this article :

Post a Comment

Blog Archive

Terbalik Fonts

- no action -

Persekolahan...

 
Hak Cipta Tak Terpelihara - Boleh buat salinan jika suka...
Copyright © 2014. ZULBMOHD - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Modify by ZulbMohd
Proudly powered by Blogger