[update ke-2 - 10.20 pagi] Beberapa hari lalu talian 
internet sekolah aku mengalami masalah, dua kali juruteknik call aku kata 
semua kawasan tak ada internet. Malam tu aku ke sekolah, aku setting semua 
sekali network. Ada aku tulis dalam blog ini pada artikel  "Setting 
Network di sekolah aku - Part 1". Aku tak cerita bahawa 8 port switch 
rosak dan satu 'modem/router/wireless Cisco' (linksys) juga rosak port 
RJ11 (DSL) menyebabkan aku terpaksa beli satu lagi modem 3-in one 
TPLink.

TPLink modem jenama baru harganya pun tak sampai 
RM100. Modem ini adalah untuk bekalan line tambahan Streamyx ke 
sekolah. Kalau tak hanya guna line Schoolnet sahaja. Bukan apa ada line 
streamyx banyak perkara boleh buat sebab tak ada sekatan aksesnya. Line streamyx 
aku tak buka kepada pelajar dan limmited untuk guru (guru aktif sahaja 
tahu passwordnya). Line ini juga digunakan untuk buat backup jika 
Schoolnet down...
Kebetulan hari ini aku ke makmal sains untuk 
menyelidik penyataan pengetua bahawa ada makmal sains yang mempunyai 3 skrin 
projektor. Wah menarik... tu. Memang sah ada nanti aku cerita dalam artikel 
lain. Bila aku semak satu akses point (sebenarnya router wireless) di 
makmal sains, router wireless itu rosak. Kena beli baru lagi.... "Tak 
apa sekolah duit peruntukkan pembaikian banyakkan" dalam hati 
aku.
Tapi kita dah biasa berjimat cermat, entah tadi terfikir bagaimana nak setting modem dengan 4 port itu menjadi bridged yang berfungsi sama dengan router wireless.
Tapi kita dah biasa berjimat cermat, entah tadi terfikir bagaimana nak setting modem dengan 4 port itu menjadi bridged yang berfungsi sama dengan router wireless.
Konsep router wireless ialah kabel network yang 
ada line internet daripada punca internet di masukkan ke port WAN dan 4 port LAN 
serta wireless akan menghantar bekalan internet ini ke alatan seperti pc dan 
lain-lain.
Konsep moden ialah bekalan internet daripada RJ11 
(talian telefon)/DSL akan dihantar ke 4 port LAN dan wireless.
Apa yang kita nak buat sekarang ialah moden yang 
rosak RJ11 (DSL) boleh menerima internet daripada sumber lain melalui salah satu 
4 port LAN. Fungsi ini hampir sama dengan router wireless sedia ada. Konsep yang 
sama juga boleh digunakan jika WAN pada router wireless rosak. Kita hanya guna 4 
port LAN yang sedia ada.
Kabel network (putih kepala biru) adalah 
datang daripada salah satu switch yang telah ada bekalan line schoolnet. Kabel 
network kuning pula di sambung ke notebook aku.
Cara settingnya adalah seperti di bawah. Sebelum 
setting pastikan kabel putih dicabut dulu. (semua gambar pada blog aku boleh 
diklik jika nak besarkannya)
Pilih Bridged 
pada Encapsulation. Pilih LLC pada Multiplexing. Pilih automatically 
IP jika kita buat DHCP IP untuk kabel network putih kepala biru 
tadi.
Pastikan isi DNS 
Server. Kalau tak tak dapat internetlah... hanya boleh network sahaja!! Yang 
ditunjuk tu DNS Schoolnet, kalau streamyx gunalah 202.188.1.5 dan 202.188.0.132 
atau 133. Kalau nak guna DNS Google pun tak apa 8.8.8.8 dan 8.8.8.4
IP configuration akan 
menjadi sepeti ini... Walaupun IP pada alat itu adalah 192.168.1.11 
(default) bila kita nak masuk dan setting tapi kita akan dapat IP yang 
diberikan oleh satu rangkain network lain seperti sekolah saya 10.110.226.100. 
Inilah dia Bridged iaitu jambatan antara dua rangkaian network yang 
berbeza!!
Wallahhualam, entahlah aku pun main cuba-cuba aje, tapi alhamdulillah berhasil. Mungkin membantu anak murid aku yang ramai berkeliaran dan ada yang suka mengganas dengan alatan internet!!
Ok nak buat analisis keputusan peperiksaan pertengahan tahun pula. Semua markah cikgu sekolah aku dah key-in. Tahniah!!! masa cuti pun masih rajin datang ke sekolah untuk key-in markah! Inilah dia cikgu zaman sekarang.... zaman orang kata gaji cikgu banyak!!! (kerja banyak orang tak heboh!)






Post a Comment